Saturday, 15 August 2009

A yahanda Alm. Hj Yusoff Bin Ahmad



Alm.ayahanda Hj.Yusoff Ahmad telah kembali kerahmatullah pada 12.12.2004.

Beliau menjalani operation polip usus sebelumnya dan operation

itu berjalan lancar cuma selepas beberapa hari ada komplikasi di paru paru beliau.

Kami redha pemergianmu tapi kami rindu padamu.


Alm.ayahanda saat menjaga cucunda selepas bersunat




Alm.ayahanda dulunya seorang guru yang tegas tapi disenangi
oleh murid2nya. Mempunyai tulisan yg sang at cantik dan kemas.

Pandai melukis. Mempunyai tandatangan yang unik.
Sangat aktif dalam persatuan pengakap di zaman mudanya.
Selepas bersara beliau menghabiskan masanya di dusun durian.
Selain durian di dusun tu ada bermacam2 pokok antaranya

cempedak, rambutan
dokong dan banyak lagi.
Birthday abang terakhir yg diikuti ayahanda(2004)


Ayahanda menderita kencing manis (diabetes mellitus) sejak sekian lama.
Beliau sangat displain, akan memastikan memakan ubat2an

yang berbagai2 warna dan berbagai2 saiz setiap hari.
Ubat2an itu disimpan dlm beg hitam bersaiz sederhana.
Beg itu sentiasa menemani beliau kemana saja
sehinggalah beliau pergi untuk selama2nya.

Ketika menemani cucu untuk bersunat

Banyak kenangan bersama ayahanda yg masih segar diingatan.

Sewaktu aku remaja beliau suka mengajar bagaimana melakukan

solat hajat, solat jamak qasar, solat dhuha , masbuq dan banyak lagi.

Beliau juga suka mengajar doa doa harian.



Sewaktu pulang dari sekolah, seusai makan siang biasanya

kami akan berehat di ruang tamu
sambil berlumba menyelesaikan silangkata di surat khabar.
Kadang kadang bermain monopoli bersama2.

Waktu kecil beliau suka menyuruhku mencari uban

dan setiap helai dapat upah 1 sen.

hee..he ternyata aku dah buat business sejak kecil lagi.

Dapat duit terus ke kedai esah untuk beli snack( wafer coklat).


Beliau juga suka bercerita, biasanya cerita lawak...
ushuk anga!!!, nabera, sudabera dan basubera
antara cerita yg paling top...he he
Cerita2 ini akan selalu bermain di ingatan

walaupun ayahanda telah tiada





Menghantar abg long ke Jepun.Ini juga detik terakhir buat abg long bersama Tok Bak

Ayahanda sangat tegas sewaktu kami masih kecil,

terutama waktu bergaduh sesama kami.

Tapi beliau sangat baik hati pada semua orang

dan tidak berprasangka buruk.
Pemurah..kalau musim buah,

kebanyakan buah di dusunnya disedekahkan

pada jiran tetangga, sanak saudara dan kawan2nya.
Suka buat lawak dan tersenyum.
Sewaktu kecil, jika minta duit dgn nya,

ayahanda tak pernah mengecewakanku..

tapi jarang minta duit
dgn beliau kerana segan.
(tau malu juga rupanya..hiii)

Hari keluarga terakhir buat ayahanda.. Janda Baik 2004



Al fatihah buat ayahanda tercinta, semoga bersama2 roh org2 yg beriman

Bak, I Love u very much.


Hari Raya yang terakhir bersama ayahanda




4 comments:

  1. rindu cerita ushuk anga tu...
    rindu arwah pegang kepala, gosok2 dan bace2 doa di kepala..
    rindu arwah buat air dan limau nipis untuk mengubati resdung saya..
    rindu arwah buat balik buahan2 dr kebun pda hujung minggu untuk saya..
    rindu segala2nya ttg arwah..
    rindu bak...............

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...