Thursday, 17 September 2009

Kerja Setengah Hari

Hari ni rasa gumbira sebab kerja half day.
Sebenarnya dah tutup..tapi kena
siapkan kerja yg belum selesai..
nanti ptn tak boleh pakai gg plsu baru..sian pulak.
Dia orang pun nak cantik gak...
boleh le nak senyum, nak makan sedap..raya2 ni
kira ibadah gak le..menolong orang
Cuma tak leh makan dodol ye..pakcik2..makcik2


Mas (staff) kasi kue tart sebalang.
Dia berusaha siapkan juga semalam
sebab takut tak sempat nak kasi.
Sian dia...begitu berusaha menyiapkan tart tu
Terimakasih Mas....awak baik sekali.


Qima (staff) pula kasi kek coklat semalam
Topping nya memang mengancam
Terimakasih juga...
Semoga di murahkan rezeki ye
Anda berdua memang baik..


Balik...wau, bestnya dapat tengok matahari!!!
Biasanya balik, matahari dah merajuk,
dah menyorok dia..he he
Sebenarnya nak gi econsave, tapi parking penuh
Semangat nak masak.
Ubah rancangan gi JJ aje.


Balik dari JJ, masak le ala kadar
Aqi pun dah balik pagi tadi dari asrama.
Abang dan Adik pun dah balik dari sekolah.
Adik nampak teruja sangat bila Aqi dah balik
Semua menghulurkan bantuan waktu masak tadi.
Jadi cepat le masak
dan boleh relex


Petang tadi dapat SMS pertama
ucapan hari raya
Ucapan tu dari Kak Ma..satu satunya kakak yg aku punya
Tapi belum balas sebab belum ada sms yg ok
untuk di forwardkan..he he jujurnya.


SMS Kak Ma berbunyi begini

Ada tikanya suara kita tak senada
Ada tikanya tingkah kita tak sehaluan
Ada tikanya bicara kak ma menguris rasa
Ada tikanya laku kak ma melukai jiwa

Maka pada hari mulia ini
kak ma titipkan
salam kemaafan
dan salam hari raya


Tq Kak Ma..


Kak Ma di Bandung







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...