Tuesday, 15 September 2009

Kenangan Raya Semasa Kecil






Dulu waktu kecil, waktu yang paling seronok adalah
waktu Raya.
Selain dapat mengumpul duit raya..yang paling
seronok bila semua baru, baju baru, kasut baru...
kita gi shopping di KB.
Duit raya bukan macam sekarang main ringgit2
kita orang dulu cuma dapat seposen dua je
... ok le tu!
Sebelum raya kemas rumah sama2 dgn Kak Ma...
Adik Nor tak masuk buku,
sebab masih kecil ( asyik main anak rumah je)
he he jange maroh ye


Buat kue raya pun dengan Kak Ma sambil
dengar lagu raya. Nostalgia sungguh.
Bab kue raya..kenangan yg paling lucu
adalah tentang biskut mazola.
Waktu tu waktu zaman kegemilangan
biskut mazola.
Minta resepi dengan Makcik yang
lebih mesra di panggil Yam.
Sukatannya sangat lah banyak..
tak main gram, tapi KILOGRAM.
1 kg tpg gandum, 1kg kacang, 1 kg gula
itu lah lebih kurang sukatannya.
Bayangkanlah..kami menggetelnya dengan
penuh tekun dan penuh keimanan.
Sambil buat sambil ketawa.....
sampai menyandar di dinding kepenatan
Sejak dari hari tu kita bertaubat lalu insaf
dan mengubah sukatan dari kg ke semangkuk
tak de le banyak sangat.
Tapi sekarang dah tak buat lagi biskut mazola...
Bukan malas..cuma masa yang tak mengizinkan.
Kita orang ni, kira rajin le juga bab
buat biskut ni..cewah cewah


Setiap raya biasanya kita buat satay.
Tukang bakar satay adalah.
Abang Di, Abang Zu dan Emi.
Nasi impit Mi letak dalam kain putih bersih
dan diimpit pakai batu giling.
Dulu2 tak de jual lagi ketupat segera.


Waktu kecil dulu kami buat sendiri pelita.
Buat dari tin susu, timah ubat gigi dan
sumbunya kain tuala lama atau singlet lama.
Pasang pelita keliling rumah. Meriah sungguh.
Lepas tu main bunga api .
Bila dah besar, tugas memasang pelita
jatuh kepada Emi..
...sampai le sekarang.
Walaupun Emi dah tua...
tapi tugas tu tetap dia pegang..
asistennya
tak lain tak bukan adalah
AbangLong danAbang Ngah.
Pelita pun dah moden...pelita plastik, beli je kat kedai.



Kenangan syahdu dan memilukan adalah
waktu Emi kena gigit tebuan.
Waktu tu kami berdua ditugaskan
membawa makanan ke rumah Tok.
Dalam perjalanan tu
ada seekor tebuan betina sesat.....puzzzzz
Emi menangis bagai nak rak...
kesian dia...hu hu
Waktu tu umur dia lebih kurang 4 atau 5 tahun.
Dah pakai baju melayu dan samping cantik2..
tapi tebuan tu tak pilih kasih...

Untuk menghias rumah biasanya
mi suruh gi beli
bunga orkid di rumah Cikgu Ali (Arwah).
Pergi beli orkid tu dgn Abg Di naik motosikal
tanpa pakai topi keledar lagi.
Waktu tu belum ada kesedaran agaknya..
......rasa tak bersalah je.
Seringgit dapat sejambak bunga orkid..murahkan!
..tapi tu awal 80 an.
Kalau sekarang mungkin dapat daun je
kalau dgn harga seringgit.

Dari pagi sampai petang rumah tak putus2
di kunjungi tetamu terutama kanak2 yang
merupakan anak murid ayahanda & bonda.
Sepupu2 semua datang...meriah bebenor.
Sampai tak larat nak buat air dan basuh pinggan.


Gambar raya dolu dolu tak ada dalam simpanan
kebanyakan masih ada di kampung.
Lain kali boleh lah scan dan upload untuk tatapan.
Pinjam kejap ye bonda..lepas scan janji hantar balik
(sambil mengangkat tangan tanda ikrar)..hehe
Harap bonda REDHA


Untuk Yam semoga cepat sembuh ..
Terimakasih kerana telah mengajar kami
erti kesabaran(mengentel biskut mazola) he he
dan terciptanya
memori indah untuk dikenang .


Resepi Biskut Mazola
4 cawan tepung gandum
4 cawan kacang tanah yg ditumbuk
3 cawan gula halus
Minyak mazola

Cara-caranya:
Campurkan tpg gandum, kacang dan gula
Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya.
Bentukkan bulat2
Untuk hiasan, sapukan kuning telur
di atasnya
Bakar.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...