Friday, 25 September 2009

Raya ke 2




Kami mengambil kesempatan untuk
menziarah keluarga di Kuala Pilah
dan Melaka.

Di Kuala Pilah kebanyakannya keluarga
sebelah mak mertua dan di Melaka pula

sebelah bapa mertua.



Kami ke Pasuh, Kuala Pilah rumah Pak Ngah Romli.
Dah lama tak ke sana..rumah Pak Ngah pun
dah lain sangat..telah di
renovation .
Kat sana kami di jamu dengan lemang, rendang daging dan ayam

Lemangnya power habis, maklum le buat sendiri
Cukup lemak, cukup sedaaapp.
Makan punya makan sampai terlupa nak
ambil gambar unk kenangan.

Yang ada cuma Kak Long sekeluarga dan Lan yg
lain beraya di rumah mertua masing2.




Lepas tu kami kerumah Pak Ngah Maarof di
Pasuh Empat. Tapi Pak Ngah Maarof
tak ada...




Lepas tu kami ke Gunung Pasir pula
rumah Pak Uda dan Induk.

Di sana..menu nya sama.. lemang dan rendang.
Puas le kami makan lemang....
Di sana kebetulan jumpa pula

dgn Pak Ngah Anuar sekelurga.


Dari rumah Pak Uda kami terus ke Melaka.
Sampai di Melaka pun dah petang.

Kami ke Ujung Pasir rumah
Ami Hamzah (Syed Hamzah Bin Syed Abu Bakar al Shatri)

adalah adik abah...Beliau kelihatan sihat walaupun
pernah menderita barah mulut.
Di sana cuma ada Ami dan Nda saja..

anak2 mereka semua dah ke rumah mertua.
Di sana makan lagi..ada lemang juga..tapi kami tak makan
sebab dah kenyang. Kami makan kek..ada kek buah

kek coklat dan kek serawak.



Kemudian kami ke rumah Ami Yahya
(Syed Yahya bin Syed Abu Bakar al Shatri) dan Mak Wan
di Bandar Hilir
Beliau juga adalah adik abah.
Kebetulan anak ami yahya,Huda

( Sharifah Huda bt Syed Yahya)
ada balik dari Jedah bersama keluarga.

Suami Huda kerja di Jedah di Syarikat Ericson.
Mak Wan ni memang teror buat biskut.
Macam2 biskut ada...Idaman Pharma pun
order hamper dari beliau.
Dapat jumpa juga dengan anak Ami yang bongsu

Syed Abu Bakar. Cuma tak pernah jumpa lagi
dengan Syed Alwi dan family.
Harap satu hari dapat berjumpa.


Rumah terakhir yang kami sempat
ziarah untuk hari raya ke 2
adalah rumah Ami Hassan.

(Syed Hassan Bin Syed Abu Bakar al Shatri)
Beliau tinggal keseorangan sejak kematian isteri
beberapa tahun yang lalu.
Sewaktu kami sampai cuma ada Sharifah Azah dan
keluarga.










2 comments:

  1. seronok jika jumpa yg lama tak jumpa.terubat rindu...

    ReplyDelete
  2. info tentang kanser mulut kat sini - Kanser Mulut.

    Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...