Wednesday, 21 October 2009

Hari Isnin 19.10.09



Pagi Isnin 19.10.09
tiba2 teringat pada junior ku
Azah.
Azah pun junior waktu di Universiti dulu.
Kebetulan kami tinggal berdekatan,
satu taman.
Nak call dia bercerita pasal Sab sebenarnya.
Bila call dia beritahu kereta dia
masuk longkang kat area
rumah banglo tu.
sewaktu mengantar anak2 ke tadika.


Kami bergegas ketempat kejadian,
walaupun waktu tu belum mandi..
Kesian juga, sure suami dia
dah gi kerja.



Tiba di sana tengok kereta dia masuk longkang
dan terlanggar pokok.
Pokok tu patah dua, nasib baik
pokok tu masih kecil.
Nasib baik Azah & anak2nya tak cedera.
Cuma anak yg paling kecil menangis
sebab terantuk.




Menunggu orang datang menarik kereta.


Sebenarnya dia tak ingat macamana boleh
masuk longkang..
Mungkin dia mengantuk atau pening..
cuma Allah yg tahu disebalik sesuatu
kejadian.
Nasib baik juga Azah bawa kereta perlahan je.
Setelah beberapa minit suaminya tiba.



Kereta dah berjaya di tarik keluar.
Sebelahnya pokok yg tumbang.

Moral of the story: Malang tak berbau.
dan kita kena Redha ketentuan Allah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...