Monday, 19 October 2009

Pejalanan ke Johor





Pada 17.10.2009 sempena cuti D'vali
kami ke Layang Layang ,Johor.
Sebelum ni tak pernah tau ada
daerah bernama Layang2.
Kami kesana
untuk menghadiri pernikahan Rijal.
Rijal salah seorang staff kami.


Kami sempat sesat dua kali..
tapi kami nikmati aja ..
sebab kami tak rushing kemana2 pun.
Kalau tak , mungkin kami tak akan
pernah sampai ke sana.
Nama tempat tu Felda Taib Andak..
hehe...bukan,bukan..tu kampung Mawi,
Sebetulnya lupa nama Felda tu..
nanti tengok balik kad jemputan tu.
Haaa...nama felda tu...Felda Bukit Permai.
Tak de hubungan lansung dengan Mawi ye.



 Rijal dan Rafidah
Selamat Pengantin Baru
Semoga cinta hari ini akan berkekalan
selama2nya




Ambil peluang bergambar
Kami pung masih saling mencintai..haaha




Terasa best juga..
sebab kenduri ni mengingatkan
kenduri waktu kat kampung dulu.
Betul2 terasa berada di kampung.
Lauknya banyak sangat...bermacam2 jenis
antaranya..dalca, kari, rendang, acar timun&karet,
dalca nenas, ayam goreng, kerabu
sambal udang, dan macam2 lagi.
Mungkin tak guna khidmat katering..
sebab tengok dia orang gotong royong memasak.
Yang paling best adalah kerabu, dalca nenas dan rendang.



Emmmm

Sayang Adik Nor tak dapat datang
(dah sebut nama ye)


Lepas tu..kami menuju ke Senai.
Alang2 dah sampai ke Johor
kami ambil kesempatan untuk visit Dr.Sab
Klinik nya betul2 di Bandar Senai.
Sab ni junior waktu universiti dulu.
Bila dah jumpa...berborak sampai petang.
Lepas tu menuju balik ke KL.






Sampai di Tangkak pukul 9pm.
Sebetulnya tak masuk dalam agenda kami.
Abang Syed seolah2 memahami..haha
Sempat2 beli kain walaupun setengah kedai
dah mula tutup.
Akibat minat yang mendalam..
dan cergas dalam memilih..akhirnya
berjaya juga membeli beberapa pasang kain.
YES!!!



4 comments:

  1. hahahah..
    terima kaseh atas promosi nama saya tersebut..
    jgn malu2..sile copy yer..hahahahah

    btw, tahniah sbb dpt jumpa lokasi tu yer..hehehe

    ReplyDelete
  2. makasihhhh...
    ala, kita org sesat sikit je..hiii

    ReplyDelete
  3. anda memang hebat bab
    pilih memilih
    tahniah

    ReplyDelete
  4. Di sebabkan mawar puji, nanti kain tu akan ku hadiahkan sepasang, key.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...