Friday, 2 October 2009

Raya Enam Bersaudara


Kak Ma dan keluarga beraya di Besut.
Tiap tahun pun mereka akan beraya di Besut
sebab Abg Wan pun asal dari Besut iaitu Kampung Baru.
So kalau nak cari Kak Ma waktu raya kena le ke Besut.
Antara Kampung Raja & Kampung Baru
tak jauh..tambah lagi sekarang dah ada jambatan.
Ibaratkan jambatan emas le,
yg.menghubungkan cinta mereka berdua.
Malam Raya boleh balik dua rumah sekali gus.
Sekejap kat Kg Raja, sekejap kat Kg Baru.





Abang Di pula tahun ni beraya di Besut.
tapi gambar Abang Di anak beranak belum dapat lagi.
Kalau ada masa nanti nak sekodeng blok
Sarah dan Uzair..
manalah tahu dapat cilok gambar mereka
waktu Raya.
Raya kedua mereka anak beranak beraya ke
Kota Baharu pula di belah Kak Na.
Antara Besut & KB tak jauh sangat
lebih kurang 45 minit saja.
Baru jap tadi selesai sekodeng blog sarah & uzair
nampaknya tak berjaya nak cilok
gambar raya mereka..hee he
jangan marah ye..
Sarah tak ambik gambar waktu 1st raya
huuuuuhuuuu


Ini pula anak2 Abang Zu & Kak Pah
( Kamila, Amila, Ipan & Yoel )
Mereka beraya di Dubai.
2 dari nak Abang Zu tiada dalam gambar.
Aween di Austraulia & Mah pula beraya di Malaysia.
Walaupun jauh terasa dekat
sebab kami disini dapat tau perkembangan
mereka di sana melalui blog shaz6466.
Kak Pah pun dah kasi resepi nasi daging
nanti kita kat sini try buat.
TQ Kak Pah .



Kami tahun ni beraya di Kuala Pilah
dan tak balik ke Besut.



Emi dan Asha beraya di Besut,
lepas tu beraya di Kuantan pula.
Hari Raya mana boleh makan ikan celup tepung
( dengan nada Jeles)
Bukan apa takut sakit perut je.


Adik Nor & Haris beraya di Sungai Petani
buat kali pertama kalinya.
Lepas tu mereka balik Besut pula.
Gambar di atas Adik Nor bersama
ibubapa mertua dan ipar2.

5 comments:

  1. ohhhh~~~inilah sebabnya tanye mcm mana nk copy gmbar yerk..hahahahahah..

    ReplyDelete
  2. yer...saya tengah menjengok ke semua blog yg berkaitan..he he

    ReplyDelete
  3. saya xakan copy gambar saja...saya copy semuanya...hati2 menulis ya..kita jumpa d makamah....hehehehe

    ReplyDelete
  4. ikan celup tepung ada gak kat dubai...sekilo ikan kembung...3 orang makan..hehehehe yang tolong prabis abahnya....

    semua copy paste anda di maafkan

    ReplyDelete
  5. terimakasih kerana memaafkan..kalau tak kena jumpa di mahkamah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...