Sunday, 8 November 2009

Hujan Lebat


Semalam 7.11.2009
Hujan sangat lebat disertai guruh & kilat.

Waktu tu aku masih bekerja.
Dapat mendengar bunyi guruh

sampai rasa ada gegaran.
Di KL hampir setiap hari hujan sejak akhir2 ni.
Di Pantai Timur dah mulai banjir.



Hari ni tengok banyak pokok
disekitar taman

tumbang.
Pasti semalam angin sangat kuat
.
Subhanallah.

Pokok kat padang depan rumah tumbang.
Banyak juga yang tumbang.
Nasib baik tak kena kereta
Mi & Abg Long
yang parking di tepi jalan,


Kotak kitar semula ni pun
rosak akibat angin yg kuat


Pokok depan surau

Haaa ni pula pokok tempat
Angah bergambar..
pun hampir tumbang
nasib baik tak patah.


Pagi seperti biasa hantar Abang gi tuition.
Sebab tu le gambar Abang tak banyak
sejak dua menjak ni.
Hidup dia sekarang penuh dgn tuition
dan seminar. Kesian dia.
Tapi dia semangat bab gi tuition ni.
Lepas tu pergi beli nasi berlauk
dan laksam di Sg.Sekamat.


Adik dengan laksamnya...penggemar laksam


haaaaa....ni nasi belauk....best.


Petang pergi ziarah Azah & Azhan
yang akan bertolak ke Mekah
besok. Mereka baru dapat tahu.
Semoga mendapat haji yg mabrur.
Amin.


Lepas tu ke Bangunan Mara KL
untuk berurut.
Sebelum tu ke Sogo.
Abang Syed beli Purfume
sebab purfume MEN
dah habis.

Terbeli juga baju....hahaha



Makan tengahari
makan bubur nasi.
Best juga...ada rasa
nasi air Che tik ...
walaupun tak sama tapi ok le.


Balik ...malam hantar Abang tuition lagi.
Sempat tengok blog kak ma yg menulis dari Sibu.
semoga Angah bahagia...seperti pesan mama
Chik harap cinta Angah buat selama lamanya.
Jangan beralih arah setengah jalan.
Jujur pada pasangan &
jangan pernah mengkhianati
pasangan.
Kerana ianya sangat menyakitkan..
dan kepercayaan akan hilang....
Ruginyaaa.......

Tadi Chik sempat baca buku akhlak Adik
tentang KHIANAT.
Khianat adalah sifat yang tidak amanah.
Khianat adalah suatu perbuatan munafik.
Keburukan khianat
1. Di benci oleh Allah
2. Mendapat azab yg pedih dari Allah
3. Memecah belahkan masyarakat

Sebenarnya esok Adik ujian Akhlak
so Chik tanya lah dia apa
yang dia baca.
Chik pun dapat ilmu sekali
sebab tu le nak kongsi dengan semua.
Semoga kita semua tidak
tergolong dalam orang2 yang munafik.


MORAL OF THE
STORY
@ Misi berjaya.. Alhamdulillah
@ Hujan boleh menyebabkan bencana
dan hujan juga membawa rahmat Allah
@ Jangan mengkhianati pasangan anda....




8 comments:

  1. hebat betul ribut ptg sabtu tuh...
    sampai bergegar d'tinggian suasana..

    semuga angah beroleh kebahagiaan yg di cari..
    semuga angah menghargai kasih yg tercipta..

    amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk nasihat yang berguna tu......

    Yang paling kakPah hargai ialah nasihat yang terakhir tu....

    semoga Angah akan bahagia .....

    ReplyDelete
  3. Kita semua memang mengharapkan pasangan kita tak KHIANAT pada kita..

    ReplyDelete
  4. ribut itu mungkin ingin
    mengambarkan gelora hati
    masing2..
    moga selepas ribut itu suasana
    menjadi nyaman dan tenteram

    Adik3ku(3org adik)
    ya....
    moga kita semua bahagia
    bersama pasangan masing2
    hingga mati.amin

    ReplyDelete
  5. aik,,,,bukan 5 org adik ka?? hehehehe

    Semoga Allah berkati angah dan pasangannya (nama bakal anak saudara baru ni apa ya???)

    hmmmm banjir....bestnya kalau dapat memukat ikan belakang umah tok ayah...

    ReplyDelete
  6. 10 orang bukan 5 tapi ditujukan kpd 3 adik yg
    sama2 berblog hehehe
    sorry.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...