Thursday, 12 November 2009

Percutian ke Bandung ( Jan 2009 )

Pada bulan 23 Januari 2009
Kami ke Bandung, jalan2..
berehat, shopping dan makan2.
Kami kesana berenam termasuk Mi, Abg Wan,
Kak Ma, Adik Nor, hubby & aku


Abang Wan dan dan Mi
di LLCT menunggu flight tiba...menunggu
penuh kesabaran.

Adik Nor & my husband
Tiba di Bandara (Airport) Hussein
Sasteranegara Bandung waktu pagi.
Kami ke hotel kami di Jalan Asia Afrika.

Kami sewa kereta untuk jalan2.
Airport Bandung tak lah besar sangat.
Besar lagi airport Kota Baharu.

Tiba di hotel kami lepak dilobi dulu.



Kak Ma & Abang Wan di bilik hotel.
Kami tinggal di Hotel Savoy Homann di Jalan Asia Afrika.




Lepas tu kami gi makan di rumah makan (restoran) Padang.
Restoran ni dekat je dengan hotel kami.
Nama restoran ni Rumah Makan Padang
Simpang Raya. Terletak di Jalan Asia Afrika juga.

Malam tu kami pergi ke Carrefour di Sukajadi.
Ianya di kenali sebagai Paris van Java.


Mi di depan Hotel Savoy Homann.




Masih di depan hotel

Kami ke Jonas studio, ambil gambar Adik Nor.
Gambar untuk letak di kad undangan kahwin.





Di Jonas Studio



Kak Ma & Adik Nor bersama tukang rujak buah



Abang Wan sedang menikmati es (ais) durian
Di restoran ni kami makan bakso dan bakso tauhu.
Kat sini sering di kunjungi oleh artis2..so kat dinding
restoran ni penuh dengan gambar artis Indonesia.
Setiap kali ke Bandung mesti nak minum jus alpukat
(jus avacado)...best.
Tak cukup tangan nampak....
Ini adalah situasi di Pasar Baru.
Sehari di Pasar Baru rasanya tak cukup.

Banyak kain sulam2an..untuk baju kebaya & kurung
Kita orang beli sikit jerrrr

Penat menawar..tuan kedai tu siap kasi air lagi


Kat sini kami beli door gift untuk perkahwinan
Adik Nor.



Mi & Abg Wan sedang breakfast
di hotel,
Menu yang aku paling suka adalah bubur ayam.




Mi & Adik Nor


Di Pasar Baru...tengah memilih kad
undangan perkahwinan Adik Nor.

Tangkubang perahu.




Adik Nor & Kak Ma tengah rendam kaki dalam kolam

Ni pula gambar di Ciater, kolam air panas.
Kawasannya luas..sayang kami tiba dah gelap.
Air sungai dan kolamnya panas dan berasap2.

Turun dari Tengkubang perahu & Ciater kami
singgah makan jagung bakar 3 rasa .(manis, masin & pedas)
Cuaca sejuk tampah lagi hari hujan.
Kami di tuduh memilih jagung saiz besar
sebab tu lambat habis..haha
sebenarnya dia orang yang makan cepat.


Makan jagung saja tak kenyang so kami cari
restoran yg masih buka.
Malam tu kami makan bakso.




Dalam perjalanan ke Puncak
berhenti kejap di tepi jalan.
Kat belakang Kak Ma adalah tapai ubi kayu
(peyeum)..digantung




Pemandangan di Puncak

Kak Ma & Abang Wan
Makan di restoran Puncak



KakMa & puteri bongsu
Restoran ni kita boleh pilih apa yang kita nak
dan lepas tu baru suruh dia orang goreng atau bakar
Restoran ni menyediakan masakan Sunda.
Nama restoran ni , Rumah Makan Sambara
terletak berdekatan dengan Gedung Sate
di Jalan Trunojoyo.

Kak Ma sedang mempromosi kan sambal
belacan yg di letak atas bekas kayu.

Di restoran sunda ni kita boleh pilih sambal belacan kita suka.
Ada 3 jenis..sambal terasi(belacan) sambal tomat (tomato)
dan sambal kencur (cekur).




Adik Nor makan apa tu???
Nasi dalam bekas buluh(bambu)


Sedang menunggu makanan

Puteri sulong & Puteri bongsu




Adik Nor di airport (Bandara) Bandung




MORAL OF THE STORY
Jom kita gi jalan2 lagi.....hihihi














8 comments:

  1. Lepas ni kita nak gi mana ya?..jom kita berangan

    ReplyDelete
  2. heeee best jugak tu...
    tak yah belanje.....

    ReplyDelete
  3. Kak Ma jom kita gi Dubai..penginapan free ..makan pun free(hehehe)..Nak ajak Adik Nor tak?..dia gi Bali tak ajak2 kita...ahakkkkksss

    ReplyDelete
  4. ok jugak,bila nak gi?
    adik nor"?
    tak yah,tak yah ajak dia
    hiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  5. Antara kita berdua je tau...nasib baik adik nor tak baca...hiiii

    ReplyDelete
  6. Walau hanya dalam mimpi

    terbersit di ingatanku……
    kehadiranmu menanamkan dasar dijiwaku
    ketegasan dan kelembutanmu
    tertanam dalam…. sedemikian dalam….
    Kini engkau telah pergi…. kepangkuanNYA
    Meninggalkan rindu yang tertoreh demikian dalaam
    Entah bila lagi ku dapat berjumpa kembali
    Walau hanya dalam mimpi… bunga tidur
    sungguh saat itu sangat kunanti nanti…
    Hadirlah…..
    Datanglah….
    Penuhilah mimpiku dengan kehadiranmu
    Sungguh ku merindukanmu
    Dalam diam menetes setitik air mataku…
    bat engkau ku rindu…
    Salam Sayang
    Salam rindu
    Salam Hormat
    semoga engkau bahagia di sana…..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...