Friday, 28 August 2009

Potret Kenangan Alm.Ayahanda

Umrah pertama bagi kami berdua tp merupakan umrah terakhir buat ayahanda
Di depan Gua Tsur 2003

Umrah terakhir 2003 buat ayahanda

Ayahanda & bonda di Trafalgar Square UK 1989

Ayahanda, bonda & K. Na di Leicester UK 1989

Memanggku adik 28.3.1998
Di sebelah adalah abang sewaktu masih slim

Cameron Highland 1999


Bersama cucunda


1969



Betapa gagah dan kacaknya ayahanda ku tercinta








Saturday, 15 August 2009

A yahanda Alm. Hj Yusoff Bin Ahmad



Alm.ayahanda Hj.Yusoff Ahmad telah kembali kerahmatullah pada 12.12.2004.

Beliau menjalani operation polip usus sebelumnya dan operation

itu berjalan lancar cuma selepas beberapa hari ada komplikasi di paru paru beliau.

Kami redha pemergianmu tapi kami rindu padamu.


Alm.ayahanda saat menjaga cucunda selepas bersunat




Alm.ayahanda dulunya seorang guru yang tegas tapi disenangi
oleh murid2nya. Mempunyai tulisan yg sang at cantik dan kemas.

Pandai melukis. Mempunyai tandatangan yang unik.
Sangat aktif dalam persatuan pengakap di zaman mudanya.
Selepas bersara beliau menghabiskan masanya di dusun durian.
Selain durian di dusun tu ada bermacam2 pokok antaranya

cempedak, rambutan
dokong dan banyak lagi.
Birthday abang terakhir yg diikuti ayahanda(2004)


Ayahanda menderita kencing manis (diabetes mellitus) sejak sekian lama.
Beliau sangat displain, akan memastikan memakan ubat2an

yang berbagai2 warna dan berbagai2 saiz setiap hari.
Ubat2an itu disimpan dlm beg hitam bersaiz sederhana.
Beg itu sentiasa menemani beliau kemana saja
sehinggalah beliau pergi untuk selama2nya.

Ketika menemani cucu untuk bersunat

Banyak kenangan bersama ayahanda yg masih segar diingatan.

Sewaktu aku remaja beliau suka mengajar bagaimana melakukan

solat hajat, solat jamak qasar, solat dhuha , masbuq dan banyak lagi.

Beliau juga suka mengajar doa doa harian.



Sewaktu pulang dari sekolah, seusai makan siang biasanya

kami akan berehat di ruang tamu
sambil berlumba menyelesaikan silangkata di surat khabar.
Kadang kadang bermain monopoli bersama2.

Waktu kecil beliau suka menyuruhku mencari uban

dan setiap helai dapat upah 1 sen.

hee..he ternyata aku dah buat business sejak kecil lagi.

Dapat duit terus ke kedai esah untuk beli snack( wafer coklat).


Beliau juga suka bercerita, biasanya cerita lawak...
ushuk anga!!!, nabera, sudabera dan basubera
antara cerita yg paling top...he he
Cerita2 ini akan selalu bermain di ingatan

walaupun ayahanda telah tiada





Menghantar abg long ke Jepun.Ini juga detik terakhir buat abg long bersama Tok Bak

Ayahanda sangat tegas sewaktu kami masih kecil,

terutama waktu bergaduh sesama kami.

Tapi beliau sangat baik hati pada semua orang

dan tidak berprasangka buruk.
Pemurah..kalau musim buah,

kebanyakan buah di dusunnya disedekahkan

pada jiran tetangga, sanak saudara dan kawan2nya.
Suka buat lawak dan tersenyum.
Sewaktu kecil, jika minta duit dgn nya,

ayahanda tak pernah mengecewakanku..

tapi jarang minta duit
dgn beliau kerana segan.
(tau malu juga rupanya..hiii)

Hari keluarga terakhir buat ayahanda.. Janda Baik 2004



Al fatihah buat ayahanda tercinta, semoga bersama2 roh org2 yg beriman

Bak, I Love u very much.


Hari Raya yang terakhir bersama ayahanda




Wednesday, 12 August 2009

about me


Bismillahirahmanirahim....
Ini tulisan ku yang pertama

Saya dilahirkan di terengganu.
Mempuyai 6 orang adik beradik. Di panggil dengan panggilan Adik
di kalangan keluarga. Ayahanda telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada tahun 2004.




telah bertemu jodoh dgn pakwe yg baik hati

kini menjadi suami & ayah kepada anak-anak.
I love him very much. And I know, he loves me too...ahaksss...hihi..










dikurniakan 3 putera.
Tetap bersyukur walaupun tidak dikurniakan anak perempuan...mungkin ada hikmahnya, hanya Allah yang tahu di sebalik itu.


adik,aqi dan abang


Ibubapa seorang guru yg dedikasi. Merekalah orang yang menyuntik semangat agar berjaya...dan selalu memberi nasihat & tunjuk ajar.


Mereka dah berbakti mendidik anak bangsa, bukan itu saja...orang kampung kalau ada masalah apa2 pun akan kerumah..untuk minta nasihat. I really proud of them. Ada antara cikgu2 ku adalah bekas murid my father & mum. Pernah my teacher said...oh, ini anak cikgu Y & Cikgu Z ye....hihi..ye cikgu...yes, I'm...sambil tersipu2 malu...so I tak boleh nakal2 because almost all my teacher know my parents. One of the reason kenapa saya jadi budak baik...hahaha ayat perasan.BIasa le ,di Kampung semua orang saling kenal. Waktu my father sakit, pengarah hospital besar K* datang ziarah hampir setiap hari...kerana beliau salah sorang bekas murid my father.




Tentang hobby...ada banyak sangat hobby.
Waktu kecil suka kumpul stamp. Sekarang suka melancung & jalan-jalan. Dulu suka buat cross stich..tapi sekarang dah tak ada masa. I work from 9.30 am to 7 pm... monday to saturday. I got my own business since 2000.













Antara makanan kegemaran
Banyak sekali antara nasi beriani, spaggeti, puding jagung &










cheese cake







minuman kegemaran













Ini tulisan ku yang pertama, masih kelam kabut...tak tahu macamana nak susun gambar. Slow and steady....I'll try.
Tujuan menulis blog...
sebagai diari...untuk diri sendiri...paling-paling yang baca cuma my sisters & brothers.
Kalau my sisters & my brothers pun tak sudi baca...I'll cry...haahha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...