Sunday, 27 September 2009

Futsal Raya






Hari ni merupakan hari

terakhir cuti Raya.Esok dah kerja balik.
Haris & Adik Nor ajak main futsal di Ampang.
Terimakasih Haris sebab bayar sewa..
Sebelum gi main, gi hantar Aqi dulu kat
Hentian Putra. Kesian Aqi..

Cuma Ummi yang tahu perasaan Aqi..
Selamat berusaha! We love you.
Abang tak ikut sebab
esok dia ada trial exam.
Lepas periksa ummi akan benarkan
Abang main dari pagi hingga petang..key


Shahmi main sampai termuntah
sebab cuaca agak panas


Adik Ma yang mula pandai bergaya
caya la adik ma


Adik setia pada MU

Antara peserta yang menceriakan permainan
Adiq Amirul yg kacak



Tak sudi memandang tidak mengapa..(nyanyi macam jamal )
Izzat yg rajin ...belanja Chik makan
ice cream tau..

Sebahagian dari penyokong dan pemain.
Pemain pakai baju sukan, penyokong pakai baju
macam nak gi shopping..harap maklum..hehe
pinjam kata2 Shafwan yg stress sb tak leh main



Ini merupakan perjumpaan Raya juga la.
Semua dah balik dari kampung.

Cuma Abg Di & family tak dapat ikut.
Mungkin masih penat..kami semua faham.
Main punya main...ada yang tak main.
Tapi berpeluh gak sebab cuaca panas.
Jadi supporter pun penat gak..
sambil support sambil borak.

Berborak tentang perkembangan hari raya
tahun ni dan macam2 antaranya
pasal blog Abg Zu & K Pah



Baru tau Abg Zu & Kak Pah pun ada blog gak.
Walaupun agak ketinggalan tapi
dalam hidup tak pernah ada istilah
ketinggalan ...hii

Balik terus buka blog abang Zu.
Tak sangka abangku ini pandai

berpantun dan bermadah..
CAYA LA..


Untuk Kak Pah..jangan lupa
kasi resepi nasi daging noo
Akan ku tunggu..


Sebelum main kena bergambar dulu



Penyokong yg paling kecil
Shahir
Kening ala2 Ziana Zain

Abg Long rehat dulu..buktinya
dah banyak peluh keluar nii

Lepas penat main gi kedai mamak
makan pagi bagi yg belum sarapan..
dan makan tengahari bagi yg dah sarapan.

Tiba2 ada kejutan buat Shahmi & Pak Su Ris
Ada kek coklat untuk birthday boys
Kita orang pun nyanyi lagu
hepibehdey dalam nada yg tak

berapa kuat agar tak mengganggu
pelanggan yg lain.
hi hi hi


Inilah birthday boys..Shahmi dan
Pak Su Haris...Kalau ada Ipankan best...

Pas tu kita ke rumah Mama Long
di Taman Keramat.
Makan ayam goreng KFC

dan kek coklat harijadi.
We all nyanyi dan terus menyanyi
happy birthday to u
untuk membuat Shahmi happy..
Selamat hari lahir juga buat Ipan yg
berkongsi harilahir dgn shahmi.
Shahmi 5thn, Ipan 4 thn.


Ipan di Dubai

Selamat Bekerja & Bersekolah
semula setelah lama bercuti...








Friday, 25 September 2009

Raya ke 2




Kami mengambil kesempatan untuk
menziarah keluarga di Kuala Pilah
dan Melaka.

Di Kuala Pilah kebanyakannya keluarga
sebelah mak mertua dan di Melaka pula

sebelah bapa mertua.



Kami ke Pasuh, Kuala Pilah rumah Pak Ngah Romli.
Dah lama tak ke sana..rumah Pak Ngah pun
dah lain sangat..telah di
renovation .
Kat sana kami di jamu dengan lemang, rendang daging dan ayam

Lemangnya power habis, maklum le buat sendiri
Cukup lemak, cukup sedaaapp.
Makan punya makan sampai terlupa nak
ambil gambar unk kenangan.

Yang ada cuma Kak Long sekeluarga dan Lan yg
lain beraya di rumah mertua masing2.




Lepas tu kami kerumah Pak Ngah Maarof di
Pasuh Empat. Tapi Pak Ngah Maarof
tak ada...




Lepas tu kami ke Gunung Pasir pula
rumah Pak Uda dan Induk.

Di sana..menu nya sama.. lemang dan rendang.
Puas le kami makan lemang....
Di sana kebetulan jumpa pula

dgn Pak Ngah Anuar sekelurga.


Dari rumah Pak Uda kami terus ke Melaka.
Sampai di Melaka pun dah petang.

Kami ke Ujung Pasir rumah
Ami Hamzah (Syed Hamzah Bin Syed Abu Bakar al Shatri)

adalah adik abah...Beliau kelihatan sihat walaupun
pernah menderita barah mulut.
Di sana cuma ada Ami dan Nda saja..

anak2 mereka semua dah ke rumah mertua.
Di sana makan lagi..ada lemang juga..tapi kami tak makan
sebab dah kenyang. Kami makan kek..ada kek buah

kek coklat dan kek serawak.



Kemudian kami ke rumah Ami Yahya
(Syed Yahya bin Syed Abu Bakar al Shatri) dan Mak Wan
di Bandar Hilir
Beliau juga adalah adik abah.
Kebetulan anak ami yahya,Huda

( Sharifah Huda bt Syed Yahya)
ada balik dari Jedah bersama keluarga.

Suami Huda kerja di Jedah di Syarikat Ericson.
Mak Wan ni memang teror buat biskut.
Macam2 biskut ada...Idaman Pharma pun
order hamper dari beliau.
Dapat jumpa juga dengan anak Ami yang bongsu

Syed Abu Bakar. Cuma tak pernah jumpa lagi
dengan Syed Alwi dan family.
Harap satu hari dapat berjumpa.


Rumah terakhir yang kami sempat
ziarah untuk hari raya ke 2
adalah rumah Ami Hassan.

(Syed Hassan Bin Syed Abu Bakar al Shatri)
Beliau tinggal keseorangan sejak kematian isteri
beberapa tahun yang lalu.
Sewaktu kami sampai cuma ada Sharifah Azah dan
keluarga.










Sunday, 20 September 2009

Hari Raya Aidilfitri

Hari ni 20hb September 2009 bersamaan
1 Syawal 1430.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat seluruh umat Islam.
Mohon maaf zahir & batin


Tahun ni kami sekeluarga beraya

di Kuala Pilah
Mak masak rendang, nasi impit kuah kacang
dan ayam masak merah.
Kami beli lemang bawa balik ke kampung
sebab mak dah tak larat
nak bakar lemang



Pagi pagi semua pergi masjid
Cuaca agak panas
panasnya..




Kak Ma, Abg Di dan Emi beraya
di Besut.
Abg Zu sekeluarga kat Dubai.
Adik Nor pula buat pertama kalinya
beraya dgn mertua di Sg Petani.




Thursday, 17 September 2009

Kerja Setengah Hari

Hari ni rasa gumbira sebab kerja half day.
Sebenarnya dah tutup..tapi kena
siapkan kerja yg belum selesai..
nanti ptn tak boleh pakai gg plsu baru..sian pulak.
Dia orang pun nak cantik gak...
boleh le nak senyum, nak makan sedap..raya2 ni
kira ibadah gak le..menolong orang
Cuma tak leh makan dodol ye..pakcik2..makcik2


Mas (staff) kasi kue tart sebalang.
Dia berusaha siapkan juga semalam
sebab takut tak sempat nak kasi.
Sian dia...begitu berusaha menyiapkan tart tu
Terimakasih Mas....awak baik sekali.


Qima (staff) pula kasi kek coklat semalam
Topping nya memang mengancam
Terimakasih juga...
Semoga di murahkan rezeki ye
Anda berdua memang baik..


Balik...wau, bestnya dapat tengok matahari!!!
Biasanya balik, matahari dah merajuk,
dah menyorok dia..he he
Sebenarnya nak gi econsave, tapi parking penuh
Semangat nak masak.
Ubah rancangan gi JJ aje.


Balik dari JJ, masak le ala kadar
Aqi pun dah balik pagi tadi dari asrama.
Abang dan Adik pun dah balik dari sekolah.
Adik nampak teruja sangat bila Aqi dah balik
Semua menghulurkan bantuan waktu masak tadi.
Jadi cepat le masak
dan boleh relex


Petang tadi dapat SMS pertama
ucapan hari raya
Ucapan tu dari Kak Ma..satu satunya kakak yg aku punya
Tapi belum balas sebab belum ada sms yg ok
untuk di forwardkan..he he jujurnya.


SMS Kak Ma berbunyi begini

Ada tikanya suara kita tak senada
Ada tikanya tingkah kita tak sehaluan
Ada tikanya bicara kak ma menguris rasa
Ada tikanya laku kak ma melukai jiwa

Maka pada hari mulia ini
kak ma titipkan
salam kemaafan
dan salam hari raya


Tq Kak Ma..


Kak Ma di Bandung







Wednesday, 16 September 2009

Beberapa Hari Menjelang Raya

Font size


Cepatnya sebulan..dah nak Raya.
Hari2 terakhir ni dah tak tau nak
berbuka dgn apa.

Semalam hubby nak makan nasi goreng.
Balik kerja agak lambat.
Bonda dah gi rumah Adik Nor
So kita sepakat unk gotong royong
memasak nasi goreng.

Abang anak sulungku..memotong bawang
dan hubby tolong goreng.
Abang berbisik pd ku...ambil le gambar abah,

tak biasa abah menolong di dapur.
Nanti akan ku upload gambar2 tu.
Tak tau tahun bila lagi hubby akan
menolong di dapur.
Rajin2 lah ye
Anyway..thankssss


Kue raya beli aje lah.
Beli di Medan Mara.
Hari minggu lalu tiba2 teringin nak
buat coklatchip.




Mi & Adik banyak menolong membentuk
dan membakar...sebab aku
ada tugas lain pulak..masak spageti unk berbuka.
Abang banyak membantu membuat sos spageti,

sebab ini merupakan makanan kesukaannya.
Beria- ia nak belajar buat sos spageti.




Adik pula cukup gembira sebab inilah
kali pertama diberi peluang unk ikut serta
aktiviti orang dewasa...sengaja ku biar kan

agar Adik ada kenangan nanti
...membuat coklatchip unk raya
dan dapat merasakan suasana raya juga


macam macam bentuk ada..bentuk bunga mawar,
dokong...dll


Hari2 terakhir bekerja sebelum raya
ramai le customer yg ucap selamat hari raya.
Termasuk le kaum2 lain.
Antaranya
Selamat beraya
Selamat ari laya
Selamat raya hari
dan paling best sekali
Selamat ari puasa.

Anyway...I really appreciate it
Kerana ku tahu mereka punya niat yg murni.
Makasih customer ku.
Thank u for your support



Resepi Coklatchip
120g tepung gandum
100g mentega
35g gula perang
60g coklat chip
30g badam yang ditumbuk
esen vanila

Cara-cara
Mentega, gula pukul hingga kembang
tambah tepung gandum
Masukan coklat chip, badam dan vanila
Bentuk dengan sudu
Bakar


Tuesday, 15 September 2009

Wajah Wajah Kesayangan Hamba di Pagi Raya






2009




2008




Gambar 2007 masih dalam pencarian






2006





2005





2004





2003

Sekarang pokok kelapa ni dah tidak boleh di pegang buahnya.
Pokoknya dah tinggi !!
Ketika ni Abang 11thn, Aqi 10thn dan Adik 5thn.







Kenangan Raya Semasa Kecil






Dulu waktu kecil, waktu yang paling seronok adalah
waktu Raya.
Selain dapat mengumpul duit raya..yang paling
seronok bila semua baru, baju baru, kasut baru...
kita gi shopping di KB.
Duit raya bukan macam sekarang main ringgit2
kita orang dulu cuma dapat seposen dua je
... ok le tu!
Sebelum raya kemas rumah sama2 dgn Kak Ma...
Adik Nor tak masuk buku,
sebab masih kecil ( asyik main anak rumah je)
he he jange maroh ye


Buat kue raya pun dengan Kak Ma sambil
dengar lagu raya. Nostalgia sungguh.
Bab kue raya..kenangan yg paling lucu
adalah tentang biskut mazola.
Waktu tu waktu zaman kegemilangan
biskut mazola.
Minta resepi dengan Makcik yang
lebih mesra di panggil Yam.
Sukatannya sangat lah banyak..
tak main gram, tapi KILOGRAM.
1 kg tpg gandum, 1kg kacang, 1 kg gula
itu lah lebih kurang sukatannya.
Bayangkanlah..kami menggetelnya dengan
penuh tekun dan penuh keimanan.
Sambil buat sambil ketawa.....
sampai menyandar di dinding kepenatan
Sejak dari hari tu kita bertaubat lalu insaf
dan mengubah sukatan dari kg ke semangkuk
tak de le banyak sangat.
Tapi sekarang dah tak buat lagi biskut mazola...
Bukan malas..cuma masa yang tak mengizinkan.
Kita orang ni, kira rajin le juga bab
buat biskut ni..cewah cewah


Setiap raya biasanya kita buat satay.
Tukang bakar satay adalah.
Abang Di, Abang Zu dan Emi.
Nasi impit Mi letak dalam kain putih bersih
dan diimpit pakai batu giling.
Dulu2 tak de jual lagi ketupat segera.


Waktu kecil dulu kami buat sendiri pelita.
Buat dari tin susu, timah ubat gigi dan
sumbunya kain tuala lama atau singlet lama.
Pasang pelita keliling rumah. Meriah sungguh.
Lepas tu main bunga api .
Bila dah besar, tugas memasang pelita
jatuh kepada Emi..
...sampai le sekarang.
Walaupun Emi dah tua...
tapi tugas tu tetap dia pegang..
asistennya
tak lain tak bukan adalah
AbangLong danAbang Ngah.
Pelita pun dah moden...pelita plastik, beli je kat kedai.



Kenangan syahdu dan memilukan adalah
waktu Emi kena gigit tebuan.
Waktu tu kami berdua ditugaskan
membawa makanan ke rumah Tok.
Dalam perjalanan tu
ada seekor tebuan betina sesat.....puzzzzz
Emi menangis bagai nak rak...
kesian dia...hu hu
Waktu tu umur dia lebih kurang 4 atau 5 tahun.
Dah pakai baju melayu dan samping cantik2..
tapi tebuan tu tak pilih kasih...

Untuk menghias rumah biasanya
mi suruh gi beli
bunga orkid di rumah Cikgu Ali (Arwah).
Pergi beli orkid tu dgn Abg Di naik motosikal
tanpa pakai topi keledar lagi.
Waktu tu belum ada kesedaran agaknya..
......rasa tak bersalah je.
Seringgit dapat sejambak bunga orkid..murahkan!
..tapi tu awal 80 an.
Kalau sekarang mungkin dapat daun je
kalau dgn harga seringgit.

Dari pagi sampai petang rumah tak putus2
di kunjungi tetamu terutama kanak2 yang
merupakan anak murid ayahanda & bonda.
Sepupu2 semua datang...meriah bebenor.
Sampai tak larat nak buat air dan basuh pinggan.


Gambar raya dolu dolu tak ada dalam simpanan
kebanyakan masih ada di kampung.
Lain kali boleh lah scan dan upload untuk tatapan.
Pinjam kejap ye bonda..lepas scan janji hantar balik
(sambil mengangkat tangan tanda ikrar)..hehe
Harap bonda REDHA


Untuk Yam semoga cepat sembuh ..
Terimakasih kerana telah mengajar kami
erti kesabaran(mengentel biskut mazola) he he
dan terciptanya
memori indah untuk dikenang .


Resepi Biskut Mazola
4 cawan tepung gandum
4 cawan kacang tanah yg ditumbuk
3 cawan gula halus
Minyak mazola

Cara-caranya:
Campurkan tpg gandum, kacang dan gula
Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya.
Bentukkan bulat2
Untuk hiasan, sapukan kuning telur
di atasnya
Bakar.




Thursday, 10 September 2009

Percutian ke China part 3

Pertama tiba di Guangzhou, macam tak percaya yang ianya merupakan
kota besar yang maju dan moden.
Bandarnya bersih, orang2nya baik cuma masalah
bahasa
yg menyukarkan komunikasi antara kami.
Kebanyakan orang di sini tidak dapat berbahasa inggeris.
Yang mereka tau cuma
many-many, no dan ok.
Untuk tawar menawar, kami cuma tekan-tekan kalkulator.



Aqi bersama Achik dan Shahmi
di Beijing Lu
Beijing Lu salah satu tempat shopping.
Semua ada...dan murah2 belaka



Beg tangan di sini sangat cantik dan murah.
Rasa nak beli semua....kak ma, asha dan mi pun setuju
he he jangan marah incik husband!!!






Troli bergerak yang bertugas dengan jayanya.
Terimakasih anak2 ku...he he



Tak pergi ke Beijing tapi dapat bergambar di Beijing Lu

(Jalan Beijing) pun jadi le.



Ahli rombongan...tak termasuk juru kamera tau.
Tapi Adik Ma mana???




Lihat le gelang jade ni....cantik gelang tu.



Kami sempat juga ke pusat jade...wau!!!
Ada bermacam2 jenis, bemacam2 warna, bermacam2 bentuk
Tangan tangan di atas, macam kenal jer


Abang sempat bergambar dgn.penjaja cerry



Adik Ma jadi supergirl



Di depan masjid tertua di Guangzhou



Sempat sembahyang Zohor dan Asar di masjid ini.



Adik Ma dan Abg Aqir

Jatuh kanggggg!!!!


Ini pula pusat
textile.
Banyaknya kain yang menarik perhatian.
pena mata atau rambang mata..itulah istilah yang paling tepat.
Murah meriah



Kain sutera...emmmmm
Abang boring jerr





kain sutera......buat baju kurung ok ni!!


Kat sini penjualnya garang sikit.
Bak kata Asha...garang macam rimau..auuummmm
Tapi kami beli gak...tak tahan, comey2 belaka.



Dua sejoli
Jangan pisahkan aku dan dia


Adik nor di depan pusat kulit Guangzhou.
Kat sini banyak barang2 berasaskan kulit.


Sempat beli T-shirt China


Aqi di pusat borong..disini kalau beli many2
harganya lebih murah.
Banyak barang di jual borong, ada kraf tangan,
kosmetik, baju, dan banyak lagi.

Sesuai untuk ole ole


sesuai untuk door gift nii


sesuai di kala panas..


Di pusat barang2 elektrik
& handphone



Di shenzhen....window of the world
Di sini pergerakan agak terbatas sebab hujan agak lebat.
Seolah olah berada di Paris


Emi , Asha, Shahmi dan Adik ma









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...