Saturday, 31 October 2009

Tanya Jawap tentang Gigi


Di sini nak berkongsi info lagi
tentang gigi bersama Abg, kakak, adik, anak buah
dan anak2ku
Semoga memberi sedikit ilmu

& manafaat buat kita semua.
Ini merupakan soalan yg sering ditan
yakan
kepada doktor gigi.



Gambar hiasan

Pertanyaan
:Betul ke Cabut gigi atas kan menyebabkan mata rabun

Jawapan :
Pencabutan gigi atas tidak akan menyebabkan rabun kepada mata.
Penyebab rabun adalah kerana cahaya itu masuk dan fokus
di hadapan atau belakang lapis
an retina.
Kita boleh melihat pula kerana cahaya masuk kedalam mata
terus fokus pada lapisan retina. Ti
dak ada kaitan dgn gigi.
Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan.

Oleh itu pencabuta gigi atas tidak akan menyebabkan rabun.
Jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja ye...


Pertanyaan: Betul ke scaling(cuci) gigi yang kerap dapat menipiskan gigi.
Jawapan:
Tidak

kerana alat yg digunakan untuk scaling tidak bersifat memotong
dan tidak bersifat tajam.
Alat untuk scaling hanya bergetar untuk menanggalkan
karang gigi yang melekat pada gigi.
Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali
tidak akan menipiskan gigi.

Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus
yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari.
Setelah discaling biasanya gigi seolah2 terasa nipis(sebenar tidak)
kerana karang gigi yang sebelum ini melapisi
permukaan gigi telah di keluarkan.



Pertanyaan: doktor gigi suka membuat lubang kecil
Lihat imej saiz penuhpada gigi jadi besar
dengan nada penuh prasangka..hehehe
Jawapan:
Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja
tetapi di dalamnya sudah kosong
akibat pereputan gigi ( CARIES).
Bila doktor gigi membe
rsihkan semua
bahagian yang rosak, maka nampaklah
lubang itu semak
in besar.
Kerana dalam proses penampalan gigi,
caries misti betul2 dibersihkan



Pertanyaan: Betul ke tidak boleh buat rawatan
pergigian jika me
ngandung
Jawapan:
Siapa kata?? hiiii
Rawatan pergigian seperti cuci (scaling),

tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja
termasuklah semasa mengandung.
Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama
atau rawatan yang susah seperti cabutan secara

pembedahan di elakkan semasa mengandung
di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.


Pertanyaan: Kenapa dilakukan tampalan sementara, kalau terus
tampal kekalkan lebih bagus.
Jawapan:

Dalam beberapa kes, tampalan sementara memang diperlukan.
Bukan sebab doktor gigi malas..hehehe
Tak baik berprasangka tauu
u..
Tampalan sementara dibuat
untuk kes lubang gigi yang dalam,
hampir dgn saraf atau yang tela
h kena saraf.
Tujuannya adalah untuk mengetahui samada gigi
tersebut sudah ada infeksi (jangkitan kuma
n)
ataupun belum.
Di samping itu, tampalan sementara
dapat membentuk dentin sekunder
dan dapat menutup saraf yang telah

terbuka (expose).

Pertanyaan: perlu tak gigi palsu setelah pencabutan
Jawapan:
Setelah pencabutan perlu dibuakan gigi palsu,
bridges ataupu implant untuk mengganti gigi yg hilang.
Ianya untuk mengembalikan fungsi pengunyahan, estetika (kecantikan),
dan fungsi percakapan.
Selain itu jika tidak di ganti dgn gigi palsu/bridges/implant
akan terjadi perkara seperti dibawah ini:
# jika gigi yg di cabut ad
alah gigi atas
gigi bawah akan memanjang ke atas
kerana tidak ada gigi lawan begitulah sebaliknya.
Akhirnya gigi lawan terpaksa dicabut juga.
# Gigi2 lain akan menjadi renggang hing
ga makanan
mudah terselit diantara gigi dan akan terjadi
masalah gusi.
# muka menjadi tidak semetris (senget)
# Nampak lebih tua dari usia

kerana wajah akan menjadi cengkung jika
ada gigi dicabut.
# Gigi sebelah akan senget

menyebabkab pengunyahan tidak maksimum.


crown


Pertanyaan: Adakah perlu dilakukan
rawatan saluran akar (RSA)terlebi
h dahulu sebelum
dilakukan crown.
Jawapan:
Tidak semestinya.

Jika gigi masih baik (tidak ada infeksi)
tidak perlu dilakukan RSA,boleh terus

dilakukan crown.
Jika gigi tersebut sudah terinfeksi seperti
ada rasa sakit, bengkak atau sudah mati (non vital)
perlu dilakukan RSA sebelum crown.


Sebenarnya masih banyak lagi pertanyaan2..rasanya
cukup dulu buat kali ini.
Takut bosan pula...apa2pun

semoga ianya bermanafaat.

MOR
AL OF THE STORY
#Kita perlu bertanya jika tidak tahu
# Jaga gigi anda..heheh


Friday, 30 October 2009

T.i.D.u.R


Aqi sedang khusuk...


Dalam perjalanan ke rumah Sunor di Klang.


Dalam perjalanan balik kampung


Adik & Abang

Aqi & Adik


Adik dalam perjalanan balik ke Besut

Cuba besarkan gambar ini..
ada nyamuk di kening Aqi.
ni pasti nyamuk betina
ish ish ish




Tidur...jari diikat dengan plastik.
nak buat bandangan macam Adam AF.


hahaha...

Tidur beramai2


sejuk


Tidur di atas katil


tidur di dalam kereta

di dalam keretapi


Tidur di atas sofa


Beria2 tidur


Tidur di bawah katil


tidur di bawah payung....
kalau mimpi hujan ,no problem.
Sediakan payung sebelum hujan.




Moral of The story

@ Kita memerlukan tidur yg cukup
gaya tidur tak penting..asal berkualiti.
@ Cara tidur terbaik, kena ikut cara Rasulullah.

Thursday, 29 October 2009

Adik yang jarang sakit

Sejak kecil adik jarang sakit.
Kalau demam pun cuma sehari dua saja.
Memang mudah sembuh...Alhamdulillah.
adik sentiasa ceria & jarang menangis.
Kalau menangispun sebab betul2 sakit
Tapi sempat juga merakam beberapa foto

sewaktu adik sakit.



Ini pula sewaktu adik kena chicken-pox.16.10.2006
adik tak leh ambil ujian akhir tahun
Cikgu tak benarkan gi sekolah takut
berjangkit.
adik happy je...
Nasib baik kat muka tak banyak sangat.

Ni pula kena gigit dengan serangga.
Balik dari camping sekolah, adik kena gigit serangga kat mata
bibir dan kat badan juga.

Sebelah kiri dah tak macam adik lagi.
8.7.2009



Kulit adik agak sensitive
kena semut dan nyamuk
badan dia merah dan bengkak2


3.10.2008
haaaaaaa...ni lah peristiwa yg patut di kenang.
Patah tangan akibat main bola

di pantai Bukit Keluang.
Ingat jatuh biasa2 je..tapi bila tengok adik
menangis beria2...rasa agak ganjil .
Biasanya adik tak menangis macam tu.
Waktu tu balik cuti raya.
Klinik pun tak de yang buka lagi.
Jadi kami gi rumah Makcik ni
dukun patah.....pakar orthopedic juga lah kiranya
ye makcik.

Makcik ni lah yang membetulkan tangan adik
mak oiiii adik meraung bagai nak rak
adoooooiiiiiiiiiiii, saaaakkkkkkiiittttt


Rasa2nya jiran2 sebelah jal
an pun boleh dengar
Mula2 adoooooiiii

lepas tu baru ingat Allah.
Jerit lagi ...Ya Allah!!!!!!!!
!!!!!sakkkkiiiitttt
Ya Allah!!!!!!!!!!sakiiiiiitttnyaaa
Makcik tu ikat pergelangan tangaan adik dengan buluh
sebesar batang ice cream. Lepas tu balut dgn kain.
a
dik berpantang kat rumah Tok mi selama seminggu
sebab kena follow up dengan makcik ni

Kam
i semua kena balik KL
dah start kerja dan sekolah dah buka semula.

adik berpantang rumah Tok Mi
Adik Ma turut bersimpati

Bila adik balik KL..
Buat x-ray...Doktor kata Very good.
Tapi sampai sekarang adik tetap tak serik main bola.


12.12.2008
Ni pula waktu bersunat.
Doktornya Abang Boy (sepupu ku)
So kami semua lebih confidence.
adik pun siap boleh peace peace lagi
Tak sakit sebab kasi bius (LA)

Setelah selesai..masih boleh tesenyum girang
hahah

Wajah orang tengah berpantang


Malam tu adik mengerang kesakitan..sebab bius dah hilang.
Tok mi yang jaga adik waktu ni
Jaga pantang larang .
Tok mi yang bakar ikan untuk adik.
Walaupun makan dengan ikan bakar
tapi adik tetap berselera.

Tapi MASALAHnya

adik

ada

alergi

pada

LAPAR

hahaaha
Kalau lapar adik
akan mengalami
masalah sikit
hehehe

Semoga adik akan tambah sihat
dan ceria selalu
Amin.


Bestnya roti ni...


Kuah kari roti canai pun dia
boleh hirup...emmmm

Nasi goreng pataya ni banyak
tapi adik mampu menghabiskannya.
Tak percaya?


Moral Of The Story
@ Setiap yang sihat akan sakit
@ Sakit itu dapat menghapus dosa2 kecil..kalau
kita REDHA.




Wednesday, 28 October 2009

Berus Gigi & Ubat Gigi



Kali ni nak kasi info tentang berus gigi dan ubat gigi dengan
Abang2, kakak2, adik2, anak2 dan anakbuah2 ku.
Kebanyakan Doktor gigi menasihatkan supaya

menggunakan berus yg lembut kerana
berus yg keras dapat merosakkan dan menghakis enamel gigi.
Ini akan menyebabkan gigi menjadi

sensitive.




Berus Gigi yang Baik
Pilihlah berus gigi yang kepalanya kecil
sehingga dapat digunakan dengan baik dalam rongga
mulut.
Bagi orang dewasa panjang kepala berust gigi 2,5 cm,
sedangkan pada anak 1,5 cm.

Panjang bulu berus gigi hendaknya sama.
Berus gigi dengan bulu yang panjangnya berbeza
tidak dapat membersihkan permukaan datar

tanpa menimbulkan tekanan pada beberapa bulu berus.

Tekstur bulu berus hendaknya memungkinkan
digunakan dengan efektif tanpa merosak jaringan.
Jangan memilih bulu keras sebab dapat merusak jaringan.
Pilih lah bulu yang lembut/soft.

Pemegang berus harus cukup lebar dan tebal agar
dapat dipegang kuat dan dapat dikontrol dengan b
aik.



Tip Memilih Ubat Gigi Yang Baik

1.Mengandung cukup fluoride. Fluoride berfungsi untuk
menjaga gigi agar tidak berlubang.

Namun, anak-anak di umur bawah 3 tahun sebaiknya
tidak memakai ubat gigi.
Sebab jika terlalu banyak fluoride malah tidak bagus
dan membuat gigi lebih rapuh.

2. Pilih ubat gigi yang buihnya tidak terlalu banyak.
Buih yang terlalu banyak menunjukkan bahwa
kandungan deterjen di dalamnya juga banyak.
Pendapat bahwa semakin banyak buih

semakin baik, tentunya tidak benar.


3. Hindari langsung makan setelah menggosok gigi.
Pasalnya, kadar
asid mulut akan turun
dan fluoride pun hilang, sehingga kuman akan masuk lagi.
Makan sebaiknya 1 - 2 jam setelah menggosok gigi.

4. Untuk menjaga kondisi gigi, setiap
6 bulan sekali
anak sebaiknya dibawa ke doktor gigi untuk
dilakukan topical fluoride (pelapisan gigi).
Apalagi bagi anak anak yan
g malas menggosok gigi..haha



Jgn lupa jumpa dentist 2x setahun


Tip lagi
Berus gigi sebaiknya diganti setiap 2bulan atau 3 bulan sekali.
Kalau bulu berus dah kembang..tu dah tak ok unk digunakan ye.


Semoga tip2 ni berguna untuk kita semua.


Moral of the Story
#Kena jaga gigi supaya kita dapat
menikmati makanan hingga tua..hiihii
#Jgn lupa jumpa dentist setiap 6 bulan sekali...


Monday, 26 October 2009

Rindu Masakan Malaysia

Aweeng di Australia
di depan Mc D lagi..hahaha
tengok je le ye

Bila baca blog anak buah ku
aku teringat waktu belajar dolu- dolu.
Aween sekarang belajar di Australia.
Dalam blognya Aween senaraikan
makanan yg di idamkannya yg tak de di Australia
ataupun yg ada tapi tak halal.
Yang bakal Aween makan bila balik Malaysia.


Aku amat merasakan perasaan itu.
Tambah2 lagi Aween kat negara omputeh
susah nak cari makanan halal.

Aku dulu pun macam tu juga
walaupun cuma kat Indonesia tapi
bila nak balik Malaysia je
dalam kepala dah ada senarai panjang
nak makan apa.
Sebab kat Indonesia tak de jala mas, buah tanjung
nasi dagang,
nasi kerabu, martabak raja dan lain2 lagi.

Waktu tahun pertama kat Indonesia
makanan kat sana tak leh masuk..
tak selera dgn makanan kat sana.
Tapi bila dah masuk tahun kedua dan seterusnya
dah mulai dapat menyesuaikan dgn
makanan org sana.
Malah sekarang bila dah balik ke Malaysia
kami rindu pulak makanan kat sana.
Nanti akan ku ceritakan pula makanan
Indonesia di topik yg lain pula.


Pernah dulu teringin sangat nak makan tempoyak.
kat Bandung tak de tempoyak.
Beli durian dan buat sendiri.
sempat peram dua hari je. ..lepas tu habis licin.

Di Bandung kalau rajin masak
semua boleh jadi
sebab bahan2 semua ada spt Malaysia.
Cuma kat sana tak de cili kering ,
daun kari , bendi dan daun kesum.
Tak tau le sekarang..mungkin dah ada kot..
dah global.

Waktu di Bradford..keadaan lagi lah payah
Nasib baik juga ramai orang Pakistan kat Bradford
so senang nak dpt kan beras dan makanan halal.
Kalau ada masa kami ke Leeds.
Sebab kat Leeds ada kedai China.
Kat kedai China tu ada jual makanan Asia.
Durian beku pun ada jual
Cuma harga le..yang sangat mahal.

Sekarang teringat pula roti nan kat Bradford.
Di Bradford...bila difikir2kan balik
aku sendiri pun tak caya dan ajaib pada
diri sendiri.
Aku boleh buat benda yang tak pernah
aku buat ketika di Malaysia.
Waktu tu aku boleh masak
donat, apam eno, akok belauk,
martabak (wau), cheese cake, kuah dal, nasi beriani,
mi kari (guna spagetti) dan bermacam2 jenis kueh
yang mana kat Malaysia aku sendiri
tak pernah buat.
Telor masin pun buat sendiri.
Waktu tu umur ku baru 20an
kira hebat gak le..kalau
berjaya buat martabak daging kambing kan
hehehe
penyakit memuji diri sendiri ni
menurun dari Adik Nor sebenarnya
hahaha

Aweeng...sabar ye...tak lame lagi.
Lebih kurang sebulan je lagi.
Balik Malaysia dua hari je
cukup masa ke nak makan
semua senarai tu?
hahahah


Moral of The Story
1. Di negara orang kita akan menjadi kreatif demi
untuk menerus kan hidup
2. Kita jadi lebih menghargai
3. Nikmati apa yg ada sekarang, sebab mungkin
satu hari nanti kita akan merindui detik detik itu
4. Baru sedar bahawa aku memang kuat makan hahaha..
patut le tak kurus2

Sunday, 25 October 2009

Hari minggu 25.10.09




Adik di zaman 1950...hiii

Hari minggu ni agak rehat sikit.

Sebab hari khamis hari tu dah
tak kerja..elektrik tak de, so
banyak kerja rumah dah selesai.
Pagi2 incik husband ajak gi jogging....
tak tahu kenapa hari ni terbuka hati

nak ikut. Adik pun ikut juga.
Mungkin boleh turun berat badan sekilo ke...
hahahaha

Seperti biasa Abang tak nak join


Adik tak sabar nak makan


Nasi lemak nya best


Cuaca agak mendung...kami
gi ke tasik dekat rumah.
Ramai juga orang.
Kami pun berjogging le....hehe

tak de jogging bersungguh sungguh
sebenarnya kami berjalan je...hahaha
Incik husband ambil hati, ikut berjalan juga.
Lepas tu baru dia jogging..kami ikut

dengan kereta.





Janji jumpa di kopitiam.
Kopitiam ni baru je di buka,
depan tasik..suasana best gak le

windy.


Abg Syed & Adik makan nasi lemak

rendang ayam.
Aku order nasi dagang.
Bungkus nasi lemak buat abang.
Nasi lemaknya ok...nasi dagang

agak kurang.
Mungkin sebab dah pernah makan yg

lebih sedap...I'm sorry.
Tapi kopinya memang kawwww.

Teringat kopi Hai Peng di Kemaman.


Nasi dagang

Singgah rumah Emi, mi ada datang dari Besut.
Tapi mereka baru nak kelu
ar
sarapan.

Shahmi & Adik Ma sarapan dalam kereta.
Nampak Shahir tak?

Balik hantar Abg tuition...gi tengok
rak kasut..tapi tak de yg berkenan di hati.



Lepas tu makan durian yg Dr Ali bagi semalam
Mmmmm...Best!
Kami gi rumah beliau semalam.
Rumah yang cantik.
TQ Dr Ali

Dr Ali ni boss Adik Nor kat
Cyberjaya.
Orangnya sangat baik hati.

Lepas tu gi beli lauk di sdamai




Cuba call Kak Ma
tak dapat2

Call Abg Long..Abg Long beritau
Kak Ma gi meeting
Dah lama tak berborak ni...
Banyak cerita nak story.

Adik Nor pula gi Johor ikut Haris
hon
eymoon kot.


Ben 10 yang tolong adik buat BI
ish ish ish
Adik sebenarnya khusuk tidur
kat dalam bilik

Adik akhirnya berjaya menyiapkan
tugasan sekolah
(pendidikan seni)
sotong pink yang menakutkan.


Mo
ral of the story
1.Bahagianya menghabiskan hari minggu
yg singkat bersama keluarga
2. sepinya bila tak de Kak Ma & Adik Nor..
tak de orang nak bercerita ceriti
3. Keluar peluh sedikit je..makan banyak..hahah












Thursday, 22 October 2009

Elektrik tak ada



Hari ni merupakan hari yang sungguh
indah.
Hari ni tak gi kerja bukan sebab sakit
atau malas.
Elektrik mengalami gangguan..

cuma di kawasan2 tertentu saja.
Di rumah tak de masalah.


Staff kerja juga setengah hari..
menyelesaikan masalah appoinment
kena set balik appointment hari ni ke hari lain.


Mungkin ada hikmahnya..
dapat rehat dan menikmati pagi hingga petang
di rumah.

Nikmatnya...
Pagi cuci baju, sapu & mop lantai
melepak dengan komputer

tengok blog orang..tengok blog sendiri...hii


Nasi beriani Kambing
selain kambing ada telur,begedel,acar buah
dan keropok


Pergi bank...
Lepas tu gi Jusco
Rasa ganjil & aneh sebab gi shopping
hari kerja.
Orang kat jusco ramai juga
Diaorang ni tak kerja ke atau
mereka senasib dengan ku.
Makan nasi beriani kat Rendang Opah
minum ice lemon tea.

Beli stok makanan
beli barang2 untuk klnk
pas tu balik
Anak2 dah balik dari sekolah
semua hairan kenapa ummi balik awal


mOrAl Of tHe
StOrY
1. Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya
2. hari ini kita terlalu bergantung kepada elektrik



Wednesday, 21 October 2009

Teko ku







Kali ini nak bercerita pasal hobby
yang
dirahsiakan sebelum ni..hihihi
Hobby ni dah lama sebenarnya
sejak kat Indonesia lagi.
Hobi mengumpul teko dan mangkuk.
Ada satu teko yang di beli di Indonesia
sayang sangat...bawa balik ke Malaysia
tapi umurnya tak panjang....
pecah lah tuu


Teko ni dah lama berjasa..
digunakan tiap hari
beli di Rantau Panjang
Salah satu teko yg paling tahan dan
paling lama digunakan.
tapi kekurangannya susah untuk tuang
kalau salah tuang..mudah tumpah


Teko ni usianya dah 16 tahun
bersamaku.
Dibeli di Bradford, UK.
jarang di gunakan..sebab sayang hahaha
ikhlasnya!!!
betapa susahnya nak dapatkan teko ni
sebab terpaksa budget duit
waktu tu belum kerja lagi..student lah kata kan.
lagipun terpaksa fikir2 sebab
harganya jadi mahal bila di convert ke ringgit
Lagi pun tak nak membebankan husband
Setiap kali lalu kat kedai tu..
pasti tengok2 dan tilik2.
Akhirnya kami beli juga...ia merupakan
kenangan buat kami.
Waktu tu semua perlu difikir
sebelum membeli.
Sebab tu lah nilai nya tinggi
sebab kami beli waktu kami
tak berduit.



Ni pula teko yang terbaru.
Beli sebab suka kan bunga mawar tu
Kalau ada gambar kaktuskan bagus.
atau kembang pagi keeer

teko ni pun dah lama dibeli..
waktu anak2 masih kecil.


Yang ini pula beli dengan China
yang datang dari China


Ini pun teko made in China
tapi beli di Malaysia


teko ni kecil je
sekarang dah lama tak guna
dulu letak kuah puding

Ni pun kecil juga
tutup di dah pecah


Ni pula beli kat kedai China
di Taman Minang, Cheras
Bersaiz m
Teko ni beli di Pudu
Sebenarnya ada satu lagi teko
lama yg bunga hitam
tapi dah pecah akibat
adik & aqi main bola dalam rumah.
Errrrrrrrrrrr


Align Centre
Ni pula kendi, kira satu spesis dgn teko gak
beli di Mekah
satu saiz
s satu lagi saiz m
yang saiz s tu cuma cukup buat 2 cawan kopi saja
kecil & comey

Teko ni murah je...beli sebab warna pink..hiii
harga kurang dari Rm10

Ini pula beli di Jusco
boleh isi air panas dan sejuk

Teko ni beli kat Langkawi
waktu tu gi rumah abg zu di Kedah
rasa2nya tahun 2003 kot
Majlis naik rumah Abg Zu & K.Pah
Dah lama juga.
Kebaikan teko ni adalah
air panas lambat sejuk.
keburukan nya tak nampak air apa kat dalam

Ini pula di buat dari tanah liat
ni pun dah lama beli lebih 9 thn
waktu ke Cameron Highland
di Lata Iskandar.
Tempat nilah Abg Zu pernah jatuh
dalam sungai waktu kecil dulu..hhaahaa
(Menurut Kak Mawar)

Teko ni pula teko ambil hati
beli sebab ambil hati kawan
kawan yg jual....
Tapi comey lah gak kan


Jug ni pun kesayangan hamba
spesis juga dgn teko
tapi sekarang dah ubah fungsi
jadi vas bunga
Beli di Jusco
harganya RM 5 saja.
Dah lama dah ..lebih dari 9thn

Jug kuning ni beli di IKEA
Berat sikit jug ni...
ubah fungsi juga

Tapi sekarang aku dah
agak insaf
bak kata kak pah..
perlu atau mau
fikir2 dulu sebelum membeli..

Banyak teko yang dah pecah..
maklum le..tukang cuci semua lelaki..
Ada yang patah pemegang, ada yg pecah tutup
yang paling sedey dengan teko2nya sekali pecah




Moral of the story
1. Fikir dulu sebelum membeli..bak kata Kak Pah
2. Suami suka..."isteri ku cuma collect teko je,
tak kumpul intan berlian"..haha
3. setiap teko kan pecah jua kalau ganas sgt
4. Baik kumpul kasut crocs..tak pecah macam teko
Tolong Kembang pagi promosi niiiii ye
5. Nikmatnya membeli sesuatu waktu
kita tak punya cukup duit...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...