Thursday, 12 November 2009

Percutian ke Bandung ( Jan 2009 )

Pada bulan 23 Januari 2009
Kami ke Bandung, jalan2..
berehat, shopping dan makan2.
Kami kesana berenam termasuk Mi, Abg Wan,
Kak Ma, Adik Nor, hubby & aku


Abang Wan dan dan Mi
di LLCT menunggu flight tiba...menunggu
penuh kesabaran.

Adik Nor & my husband
Tiba di Bandara (Airport) Hussein
Sasteranegara Bandung waktu pagi.
Kami ke hotel kami di Jalan Asia Afrika.

Kami sewa kereta untuk jalan2.
Airport Bandung tak lah besar sangat.
Besar lagi airport Kota Baharu.

Tiba di hotel kami lepak dilobi dulu.



Kak Ma & Abang Wan di bilik hotel.
Kami tinggal di Hotel Savoy Homann di Jalan Asia Afrika.




Lepas tu kami gi makan di rumah makan (restoran) Padang.
Restoran ni dekat je dengan hotel kami.
Nama restoran ni Rumah Makan Padang
Simpang Raya. Terletak di Jalan Asia Afrika juga.

Malam tu kami pergi ke Carrefour di Sukajadi.
Ianya di kenali sebagai Paris van Java.


Mi di depan Hotel Savoy Homann.




Masih di depan hotel

Kami ke Jonas studio, ambil gambar Adik Nor.
Gambar untuk letak di kad undangan kahwin.





Di Jonas Studio



Kak Ma & Adik Nor bersama tukang rujak buah



Abang Wan sedang menikmati es (ais) durian
Di restoran ni kami makan bakso dan bakso tauhu.
Kat sini sering di kunjungi oleh artis2..so kat dinding
restoran ni penuh dengan gambar artis Indonesia.
Setiap kali ke Bandung mesti nak minum jus alpukat
(jus avacado)...best.
Tak cukup tangan nampak....
Ini adalah situasi di Pasar Baru.
Sehari di Pasar Baru rasanya tak cukup.

Banyak kain sulam2an..untuk baju kebaya & kurung
Kita orang beli sikit jerrrr

Penat menawar..tuan kedai tu siap kasi air lagi


Kat sini kami beli door gift untuk perkahwinan
Adik Nor.



Mi & Abg Wan sedang breakfast
di hotel,
Menu yang aku paling suka adalah bubur ayam.




Mi & Adik Nor


Di Pasar Baru...tengah memilih kad
undangan perkahwinan Adik Nor.

Tangkubang perahu.




Adik Nor & Kak Ma tengah rendam kaki dalam kolam

Ni pula gambar di Ciater, kolam air panas.
Kawasannya luas..sayang kami tiba dah gelap.
Air sungai dan kolamnya panas dan berasap2.

Turun dari Tengkubang perahu & Ciater kami
singgah makan jagung bakar 3 rasa .(manis, masin & pedas)
Cuaca sejuk tampah lagi hari hujan.
Kami di tuduh memilih jagung saiz besar
sebab tu lambat habis..haha
sebenarnya dia orang yang makan cepat.


Makan jagung saja tak kenyang so kami cari
restoran yg masih buka.
Malam tu kami makan bakso.




Dalam perjalanan ke Puncak
berhenti kejap di tepi jalan.
Kat belakang Kak Ma adalah tapai ubi kayu
(peyeum)..digantung




Pemandangan di Puncak

Kak Ma & Abang Wan
Makan di restoran Puncak



KakMa & puteri bongsu
Restoran ni kita boleh pilih apa yang kita nak
dan lepas tu baru suruh dia orang goreng atau bakar
Restoran ni menyediakan masakan Sunda.
Nama restoran ni , Rumah Makan Sambara
terletak berdekatan dengan Gedung Sate
di Jalan Trunojoyo.

Kak Ma sedang mempromosi kan sambal
belacan yg di letak atas bekas kayu.

Di restoran sunda ni kita boleh pilih sambal belacan kita suka.
Ada 3 jenis..sambal terasi(belacan) sambal tomat (tomato)
dan sambal kencur (cekur).




Adik Nor makan apa tu???
Nasi dalam bekas buluh(bambu)


Sedang menunggu makanan

Puteri sulong & Puteri bongsu




Adik Nor di airport (Bandara) Bandung




MORAL OF THE STORY
Jom kita gi jalan2 lagi.....hihihi














Wednesday, 11 November 2009

Ole ole dari Sibu

Feri di Sibu...bestnya, pasti angin sepoi2


Kak Ma & ahli rombongan tiba
12.30 am dari Sibu,
Kereta Along yg parking
di tepi jalan kat depan rumah
tak boleh start pulak.
Kesian Along dah lah penat
terpaksa baiki kereta pulak.
Rasa bersalah pun ada gak
sebab tak tolong start kereta Along

sepanjang mereka ke Sibu.
Bukan lupa tapi tak sempat.
Everyday...rushing.


Waktu Along baiki kereta
Kak Ma sempat le cerita sikit2.
Semua berjalan lancar & orang

disana pun sangat baik.
Alhamdulillah ..bertuah Angah.


Gambar ni diambil dari blog mawar senja
tanpa meminta izin...hiiiiihiiii
Bakal anak sedara kita bertudung hitam
Senyuman menawan, gigi cantik.
Yang tudung biru memang anak sedara kita..haha

Keluarga Azalia ada bagi
kue apik2 yg sangat sedap, cukup lemak
cukup manis & sangat ranggup.
Ada juga ikan pari salai.
Buat gulai lemak cili api
pasti best.

Lepas tu ada pula ikan terebuk masin.
Banyak....semua dapat merasa.
Ada keropok udang..colour dia
sangat menarik macam warna kek Serawak.



Ni ikan pari salai
pemberian istimewa dari keluarga Azalia.

Kue apik2...best!

Mi pula beli apik2 moden..best juga.
Lepas tu mi kasi alas meja makan.
Terimakasih daun keladi.


Apik2 moden..besar.

Kak Ma pula kasi macam2.
Magnet, pen serawak, keychain,
senduk kayu, udang kering, keropok
dan alas meja panjang.
Terimakasih ubi keladi.


Pelapik meja panjang

pen dan keychain


Senduk kayu. Menurut Abg Wan
kalau guna untuk senduk nasi
akan jadi awet muda

magnet....cantikkan.


Moral of The Story
Jauh berjalan luas pemandangan
Sampai boleh buat teka teki..hiii






Tuesday, 10 November 2009

Menunggu ole ole dari Sibu



Hari ni biasa-biasa saja.
Tak de yang menarik.

Pagi breakfast roti canai.
Kerja macam biasa


tu je le kerja nya..tapi penat mengalahkan
isteri PM..hahaha

Tak sabar nak tunggu Mi , Kak Ma
dan ahli rombongan balik
dari Serawak malam ni.
Tak sabar nak tengok gambar

dan dengar cerita lebih detail.

Tak sabar nak dengar jawapan teka/i.
Tak sabar nak tengok barang2 hasil sh
opping
hhhhhahahahaha

Kak Ma & Mi tengah khusuk menawar
di Pasar Baru, Bandung.
Dahaga menawar.....minum dulu.

Aku cuma tolong K.Ma & Mi jerrr
dalam proses tawar menawar
Aku sendiri tak shopping! Hahahahahah
sambung gelak..hahahaa
Tak Percaya???
Lokasi di Pasar Baru Bandung.



Tak sabar nak cuti bulan Jun tahun depan.
Tak sabar nak gi Sibu juga..
tak tahan mendengar cerita jer..hiii


Tengahari Aqi call beritahu nak balik
suruh beli tiket awal2.
Biasa le cakap cepat2 takut habis kredit.

Abang dan Aqi


Abang pula sibuk nak beli
nombor pin UPU kat BSN.
Dah berkali2 dia beritahu dah
cair t--k telinga mendengarnya

Bayangkan nak gi Q kat BSN
Tiba2 terfikirkan Hakimah.
( bekas staff)
yang sekarang kerja kat BSN.
Call dia.

Dia cakap no problem
cuma kena kasi nombor IC je.
Dulu2 mana ada macam sekarang.
Canggih betul sekarang ni yek.


Hari ni satu hari rasa bersalah
sebab marahkan Adik semalam.
Lepas tu kesian pulak.
Hari ni Adik periksa beberapa subjek.

Semalam tu tak tahan sabar sebab
dia cakap buku nota (sirah) dia hilang.
Ini kali kedua dia buat hilang nota.
Nota tu sebenarnya aku yg buatkan.
Supaya dia senang ulangkaji.
sebab tu le rasa geram jerrrr
Ish ish....angin pus pus datang lagi.

Adik dengan Dizem


Kesian Adik...
I'm sorry!!




MORAL OF THE STORY
@ Kadang2 rasa dah nak bersara je..tapi bila
semangat datang, rajin balik.
@ Sabar tu separuh daripada iman...hiiii
ingatan untuk diri sendiri.



Sunday, 8 November 2009

Hujan Lebat


Semalam 7.11.2009
Hujan sangat lebat disertai guruh & kilat.

Waktu tu aku masih bekerja.
Dapat mendengar bunyi guruh

sampai rasa ada gegaran.
Di KL hampir setiap hari hujan sejak akhir2 ni.
Di Pantai Timur dah mulai banjir.



Hari ni tengok banyak pokok
disekitar taman

tumbang.
Pasti semalam angin sangat kuat
.
Subhanallah.

Pokok kat padang depan rumah tumbang.
Banyak juga yang tumbang.
Nasib baik tak kena kereta
Mi & Abg Long
yang parking di tepi jalan,


Kotak kitar semula ni pun
rosak akibat angin yg kuat


Pokok depan surau

Haaa ni pula pokok tempat
Angah bergambar..
pun hampir tumbang
nasib baik tak patah.


Pagi seperti biasa hantar Abang gi tuition.
Sebab tu le gambar Abang tak banyak
sejak dua menjak ni.
Hidup dia sekarang penuh dgn tuition
dan seminar. Kesian dia.
Tapi dia semangat bab gi tuition ni.
Lepas tu pergi beli nasi berlauk
dan laksam di Sg.Sekamat.


Adik dengan laksamnya...penggemar laksam


haaaaa....ni nasi belauk....best.


Petang pergi ziarah Azah & Azhan
yang akan bertolak ke Mekah
besok. Mereka baru dapat tahu.
Semoga mendapat haji yg mabrur.
Amin.


Lepas tu ke Bangunan Mara KL
untuk berurut.
Sebelum tu ke Sogo.
Abang Syed beli Purfume
sebab purfume MEN
dah habis.

Terbeli juga baju....hahaha



Makan tengahari
makan bubur nasi.
Best juga...ada rasa
nasi air Che tik ...
walaupun tak sama tapi ok le.


Balik ...malam hantar Abang tuition lagi.
Sempat tengok blog kak ma yg menulis dari Sibu.
semoga Angah bahagia...seperti pesan mama
Chik harap cinta Angah buat selama lamanya.
Jangan beralih arah setengah jalan.
Jujur pada pasangan &
jangan pernah mengkhianati
pasangan.
Kerana ianya sangat menyakitkan..
dan kepercayaan akan hilang....
Ruginyaaa.......

Tadi Chik sempat baca buku akhlak Adik
tentang KHIANAT.
Khianat adalah sifat yang tidak amanah.
Khianat adalah suatu perbuatan munafik.
Keburukan khianat
1. Di benci oleh Allah
2. Mendapat azab yg pedih dari Allah
3. Memecah belahkan masyarakat

Sebenarnya esok Adik ujian Akhlak
so Chik tanya lah dia apa
yang dia baca.
Chik pun dapat ilmu sekali
sebab tu le nak kongsi dengan semua.
Semoga kita semua tidak
tergolong dalam orang2 yang munafik.


MORAL OF THE
STORY
@ Misi berjaya.. Alhamdulillah
@ Hujan boleh menyebabkan bencana
dan hujan juga membawa rahmat Allah
@ Jangan mengkhianati pasangan anda....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...