Wednesday, 30 June 2010

Sarawak Part 1





Tiba2 hari ni terdetik di hati untuk menulis kembali..
setelah blog ini ku biarkan berbulan2..
dah berhabuk tebal blog ku ini..ish ish
Ini akibat dari kesibukan di farm(Ville)
dan teruja dapat berjumpa kawan2 lama di FB
Banyak peristiwa yg berlaku sepanjang beberapa bulan terakhir ni.
Antaranya:

Angah telah melangsungkan perkahwinan
dengan gadis pilihan dari Sarawak.
Kami ke Sarawak untuk majlis
akad nikah & kenduri.

First time tiba di Sarawak
agak teruja jugalah.





Sampai2 tertinggal Laptop kesayanganku
di Lapangan Terbang KL
Aku di beri tempoh 10 minit unk ambil laptop tu
oleh pramugari yg telah ku pujuk rayu.
Dengan seluruh tenaga aku berlari turun
dari flight ke ruang tunggu..
ya ALLAH..sakit dadaku
tercungap2 tak cukup oksigen.
Dah lama ku tinggalkan acara larian begini.
Tapi akhirnya aku berjaya
dapat semula laptopku itu
Alhamdulillah.

Terimakasih pramugari & pilot ye..

Kami tiba di Airport Sibu
lebih kurang pukul 10 pagi
Dapat tahu handset angah pula tertinggal
di atas flight.
Tapi angah cool saja.


Kami bertolak ke Sarikei
untuk makan tengahari.
Bergambar & bergambar.
Lepas tu meneruskan perjalanan.

Sarikei




Sepanjang perjalanan
terlihat banyak rumah burung layang2.
Emi tak putus2 mengambil gambar
rumah burung yg berbagai bentuk
& warna itu...
Setengahnya lebih besar dari rumah orang.
yang menarik bagiku saat itu
adalah
tidur...istirehat yg amat berharga bagiku
Membiarkan Emi & burung layang2nya.


.

Feri ke Maludam



Kami menaiki feri unk merentasi Sungai Rajang.
Teruja lagi..
kerana dah lama tak naik feri..
mengimbas kembali kenangan waktu
kecilku.
Walaupun hujan ...
kami semangat bergambar & menghirup
udara segar.
Yang tidur...tak keluar bergambar..hehe





Tiba di Maludam dah agak petang.
Kami di jamu dengan kueh2 tradisional org sana
Kebanyakan kueh berasaskan sagu & udang.



Lepas tu kami ke penginapan kami.
Kampung ni terletak di tepi sungai.
Ada banyak bot2 nelayan.
Ada banyak ikan pari & udang.
Suasana ini mengimbas waktu kecilku
di Kuala Besut (rumah Alm datuk & nenekku).
BERSAMBUNG



Moral of the story
Jangan leka..nanti tertinggal laptop..hehe
Setiap perjalanan misti dinikmati
agar dapat di kenang selama2nya.
















2 comments:

  1. alhamdulillah....gerak hati kita sama....yakin kita memang adik beradik.Cam mana yg tak sambung blog mereka?adakah mereka....hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...