Tuesday, 27 July 2010

Percutian ke Tokyo part 1







Pada 26.2.2010 aku telah sampai ke Tokyo

Rasa macam tak percaya je.
Sebab rencana nak ke Jepun ni
secara tak di rancang.
Abang Long, anak buahku
ada kerja kat sana...selama seminggu.
so dia ajak le kami join sama.
Kami bertolak pukul 9am & transit di K.Kinabalu
selama sejam.
Tiba di Narita Airport pukul 6 pm.
Waktu di sana lebih cepat sejam dari Malaysia.
Kami terus menuju ke Hotel menaiki bas & taksi.



Kami tinggal di kawasan Ikebukuro & nama hotel kami
Ikebukuro Royal Hotel.
Tiba di hotel kami dah kepenatan.
Lepas makan kami terus tidur.
Makanan kami bawa dari Malaysia.
Kak Ma bawa daging dendeng & roti.
Biasalah mee segera pasti ada.



Inn sedang membeli tiket


Ini tempat kami beli tiket.
Besoknya 27.2.2010
kami memulakan penjelajahan kami
Sepanjang kami di sini kami
banyak menggunakan Metro train.
Train di sini sangat effective...kita dapat
menuju kemana saja melalui metro train ini.
Rasa2nya ada beratus2 station di Tokyo ni.
Kebanyakan org di sini lebih suka menggunakan public transport.
Station nya sangat besar..biasanya berada di bawah tanah dan
bertingkat2 pula di bawah tanah sana..untung ada Abang Long
yang pernah belajar di Jepun.
Kalau tak kami sure sesat punya. Nak beli tiketpun
kami tak tahu...sebab semua
menggunakan mesin.
Dan org2 di sini kebanyakan tak tahu berbahasa Inggeris.

Kak Ma , Inn dan Along


Along tengah membeli tiket train.
Lihatlah kat atas tu..tu salah satu line train.
Banyak station.
Di setiap dinding & tiang ada peta petunjuk arah
Yang menarik perhatian ku bila berada dalam metrotrain ni
selain suka melihat org2 Jepun yg cantik2 adalah
aktiviti mereka ketika di dalam train.
Ada 3 perkara yg mereka sering lakukan iaitu membaca,
menekan2 /main HP dan tidur.
Kagum aku lihat mereka berjalan sangat laju
mungkin sebab sejuk atau mereka
mengejar masa unk naik train.
Dinding hasil karya seni di Station Asakusa.
Kopi panas ni lah yg selalu aku beli di Tokyo.
Selain unk memanaskan badan...sesuai juga unk memanaskan tangan
yang kesejukan





ini permandangan dari luar Asakusa.
Terdapat deretan kedai sourviner.
Harga sourviner kat sini mahal kalau di tukar ke ringgit.
Harga sourviner yg paling murah pun lebih kurang RM 14.
Keychain & magnet jadi tarikan ku.
Tapi menurut Along di Asakusa antara tempat
yang murah berbanding tempat2 yg lain.
Harga di Asakusa ni lebih kurang sama harga di Narita Airport.
1oo yen = RM 3.50
harga sekeping magnet sekitar 35o - 400 yen.
harga setin air kopi adalah 350yen = RM 12
kalau kat Malaysia dah dapat 8 tin air kopi..hehehe

bersama kak ma

Kuil Asakusa Kannon ( Asakusa Kannon Temple )
Adalah kuil yang tertua di Tokyo.
Di bina sekitar tahun 645.
Tempat ni selain menjadi tempat beribadat mereka,
juga merupakan tempat tarikan pelancung dari dalam & luar negeri.


Setiap souviner di bungkus dalam sampul souviner


Dari Asakusa kami menaiki train lagi menuju
Ginza.



Hartanah di Ginza adalah diantara yang paling eksklusif di Jepun
dimana 1 meter persegi tanahnya bernilai lebih daripada USD 100,000..
fuhh mahalnya.

Inn & kak ma di Ginza

Berjalan2 di Ginza tiba2 ada yg memberi salam.
Rupa2nya ada org Malaysia yg kerja kedutaan.
Selepas tu kami ke restoran Malaysia
di sekitar Ginza ni.


Di station Ginza

Kami makan nasi goreng & teh tarik di Restoran Malaysia ni.
Di belakang kami tu ada pelajar2 kita kat sana
sedang meeting.


Inn sebagai bendahari.


Dalam perjalanan ke Tokyo tower
kami terlihat ada beberapa pokok sakura yang
dah berbunga.
Kebanyakannya belum berbunga..hanya ranting saja.
Apa lagi...snap..snap...snap & snap.
Suhu waktu ni sekitar 5-6 darjah celcius.
Sejuk sangat.





Bunga Sakura atau Cherry Blossom dalam bahasa Inggeris
ialah nama yang merujuk kepada pokok-pokok hiasan ceri
dalam bahasa Jepun, Prunus serrulata, serta kelopak-kelopak mereka.
Buah ceri (dikenali sebagai sakuranbo)
muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza.
Selain itu, Sakura juga merupakan nama yang
seringkali digunakan masyarakat Jepun.


Tokyo tower terletak di Taman Shiba.
Tinggi lebih kurang 333m (332,6 m ukuran tepatnya)
Siap di bina sekitar tahun 1958.
Kita baru saja merdeka..mereka dah ada tower ni...hebat!
Berdasarkan peraturan keselamatan penerbangan,
menara ini dicat dengan warna orange internasional
dengan warna putih di beberapa tempat.
Bangunan sekelilingnya lebih rendah,
sehingga Menara Tokyo boleh dilihat
dari berbagai lokasi di pusat kota.
Tokyo Tower terkenal sebagai simbol kota Tokyo
dan objek perlancongan.
Sebenarnya fungsinya sebagai menara
pemancar TV analog (UHF/VHF), TV lokal digital, dan radio FM.




Tokyo Tower di waktu malam.



pemandangan dari Tokyo Tower.



Hari pertama..berakhir dengan jayanya.
Kaki sakit2 tapi happy.
Ada sambungannya unk hari ke 2 pula...
tungguuu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...