Monday, 26 July 2010

Sarawak Part 4 ~ Makan-makan



Mee goreng ni kami makan di restoran Sibu.Nama dia mee kolok.
Nama restoran ni..Restoran Rafie.
Restoran ni agak popular juga lah.
Sebab ramai artis yg datang kat sini.
Buktinya terpampanglah gambar2 artis2 tanah air
di dinding restoran ni.
Tapi kami yg bukan artis ni pun
makan juga lah kat restoran ni.
Sebab Emi kata cuma
restoran ni yg paling ok di Sibu ni.
Kita orang ok jer.

Ini pula udang rebus yg kami makan
di rumah Azalia (Maludam).
Fuhhh...memang power gilerr.
Udang ni di cicah dgn pencicah
special & dimakan juga
dengan sambal belacan yang super enaknya.
Tak sedar kulit udang dah penuh...
tiba2 kami sedar betapa banyaknya
kami makan...eeee malunya.
Dan mula lah drama saling tuduh menuduh
antara Inn & Emi ( termasuk aku)
masing2 tak nak mengaku
makan banyak...heheheheehe
Sebenarnya kalau di timbang kulit
udang tu..pasti Emi yg paling banyak makan.
hahahahahahhaha


Ini pula kacang kuda yg direbus.
Emmm sedap.
Dah lama juga tak makan.


Ini pula kuih tradisional.
Kat semenanjung pun ada.
Rangup.


Ni tapai.
Special bungkusan nya .
kalau di semenanjung
di bungkus dalam daun
pisang, daun ubi atau daun getah.


Ini pula kuih ....
Tak tahu namanya.
Dulu waktu kecil2 aku panggil
kuih trompet
sebab bentuknya.



yummy..yummy



Kue ni pun best juga.
Dari kelapa.
Di Pantai Timur dipanggil
bingka nyior.
Di Indonesia di panggil Wingko babat.
Di Sarawak tak tahu org panggil kuih apa.


Ini nasi lemak Sarawak.
Lihatlah gaya bungkusannya.
Tak samakan.
Mmmm itu lah uniknya.
Lain tempat lain caranya.

Enjoy...nasi lemak.



Pais udang...ye pais udang
ini my favourite.
Kuih ni dibuat dari sagu & udang.
Kemudian di bakar dalam daun nipah.
Sedap sungguh kuih ni.
Di semenanjung tak de kot.

Aku betul2 miss pais udang.






2 comments:

  1. -rasa2nya restoran rafiq
    -emi memang kuat makan udang
    -org yg resdung n gatal pun makan jugak(sikit2 je)

    ReplyDelete
  2. hehehe..tak de istilah gatal time tu..lupa kolestrol, lupa gatal...yg ingat..mmmm..sedap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...