Saturday, 24 July 2010

Sarawak Part 2~ Maludam

Ini merupakan pandangan dari udara bandar Sibu, Sarawak.
Terlihat sungai yang panjang & besar..
rasa2ku mungkin Sungai Rajang.
Dari Sibu kami menuju ke Maludam.
Singgah sebentar di sarikei untuk
makan tengahari.
Bandar Sarikei kecil je...
berada di tepi sungai.
Ini merupakan pemandangan di jeti.
Untuk sampai ke Maludam
kami perlu menaiki feri terlebih dahulu.
Ini sewaktu di atas feri..
waktu ni hujan renyai2.
Ramai yg tak turun,,,
cuma yg suka bergambar saja
yg beria2...snap sana... snap sini...hihi
Tiba di Maludam sebelah petang.
Kebanyakan rumah di sini tinggi2.
Ini kerana berdekatan dengan sungai.
Rumah2 agak padat yg berdekatan dgn jeti.
Ada juga beberapa buah rumah orang Iban.
Air Sungai ni tak jernih sebab faktor akar pokok..
itu yg aku dengar dari sembang2 kaum lelaki.
Bukan airnya tercemar seperti di KL.
Airnya masih bersih cuma warna saja semulajadi begitu.

Penduduk di sini kebanyakannya petani & nelayan.

Tak hairanlah banyak ikan, pari , udang & sagu di mana2.

Sebab tu lah, kebanyakan kuih mereka pun berasaskan

sagu & udang.

Ini pula di jeti tempat nelayan mengikat bot mereka.

Ramai kanak2 memancing & mandi di sungai ini.

Aku pun cubalah juga memancing...hihi

walaupun gayat takut jatuh dalam sungai tu.

Perahu nelayan.


Di pondok seberang sungai tu lah mereka
memunggah udang.
Banyak sangat..berlonggok2.


Ini pemandangan di jeti tu.
Banyak bot2 yang di letakkan di situ.
Di waktu petang pemandangannya cukup indah.



Adik di tepi kedai dekat jeti.
Sungguh klasik kedai2 di situ..






Ini pula di jeti Sungai Rajang.
Sungainya sungguh besar.
Dari sini boleh ke Kuching menaiki bot laju.
Tapi kami tak berani...hehehe


2 comments:

  1. bukan takut tapi kurang berani...hihihi

    ReplyDelete
  2. cuma gayat sedikittt saje..hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...