Monday, 26 July 2010

Sarawak Part 3 ~ Sibu

Bandar Sibu tak lah besar sangat.
Rasa2nya di Sarawak ni semua bandarnya
berada di tepi sungai.

Ini salah satu kedai souvenirs yg
terdapat di Sibu.
Banyak yg dapat dilihat & unk di beli.

Adik tengah memilih T-shirt Sarawak

Ini pula situasi Pasar Sibu.
Pasarnya besar juga..
tapi lebih besar lagi Pasar Siti Kadijah Kota Baru.
Terdapat banyak ikan masin & ikan segar.
Ikan segar tu ada yg aku tak tau
apa namanya..
mungkin kat sini banyak ikan sungai.
Berbagai saiz & warna.

Ini salah satunya...cantik warna ikan ni.




Kat Sibu ni , diorang jual ayam hidup2.
Ayam2 ni di bungkus dalam surat khabar.
Mungkin tujuannya nak suruh ayam tu diam
dan boleh disusun2.


Adik takut2 je


Banyak labu & sayuran lain.




Hahhh ini buah keranji.
Buah ni kalau di semenanjung agak masam...
tapi di Sibu sangat manis.
Besar2 pulak tu.
Rugi tak beli banyak2.
Nenas pun sangat manis.
juicy gitu..
tak menyesal kalau beli.



Kak Ma tengah tekun memilih
empulur labu
unk scrub badan.

Bersambung lagi....

2 comments:

  1. -bagus2...rajin2lah menulis...
    -pulur labu tu bukan pilih...borong je...
    mungkin hairan penjual tu...

    ReplyDelete
  2. penjual tu tak hairan..
    cuma dia hairan, kenapa ambik gambar dalam pasar..heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...