Monday, 16 August 2010

Cameron Highland : Pasar Malam



Kalau ke Cameron Highland..
jangan lupa singgah di Pasar Malam Brincang.
Di sini, pasar malamnya sama dengan pasar malam
di tempat lain.
Cuma bezanya di Pasar Malam Brincang
terdapat banyak sayur2 segar dari kebun sayur
berdekatan...dan juga bunga segar.
Begitu juga dengan strawberry.
Ada strawberry segar, strawberry coklat & product
strawberry yg telah di proses.
Makanan pun banyak juga...berbagai jenis makanan...
macam pasar malam lain juga.
Cuma bezanya kat sini udaranya sejuk...
perut rasa lapar jer.
Kat pasar malam ni juga le
kami beli T-shirt...sebab semua
tak bawa baju.

Udara agak sejuk sebab baru lepas hujan.
Kabus agak tebal.

Banyaknya sayur segar kat sini
Geram nak beli...
tapi takut kering sayur tu...tak masak2.

Strawberry di mana2..
Adik tengah berangan nak beli strawberry

Mini carrots





Banyak bunga ros & bunga segar yg lain.
Kat pasar malam jauh lebih murah.


ros merah



Kalau nak beli magnetpun lebih baik
beli kat pasar malam ni sebab jauh lebih murah
dari kedai2 sekitarnya.



Jagung mutiara pun kami beli juga..
Manis.
Nanti cerita tentang makan-makan
di Cameron pula
ye.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...