Saturday, 14 August 2010

Cameron Highland..Kami Datang Lagi












Pada hari sabtu 17.7.2010 kami
menghadiri majlis perkahwinan sepupuku
di Rapat Setia, Ipoh.
Petang kami berangkat pulang ke KL.
Dalam perjalanan ke KL..
tiba2 kami buat keputusan untuk
ke Cameron Highland.
Walaupun tak bawa baju kami nekad saja.







Kami sempat juga beli limau
sebelum balik.
Ipoh kan terkenal dengan limau manis.
Memang manis betul..
tak nyesal beli


Sepanjang perjalanan hujan tak berhenti2.
Nasib baik tak de tanah runtuh.
Menarik perhatianku rumah2 orang asli
di lereng2 bukit.


Kami tiba dah agak petang..cuaca agak sejuk juga le.
Sebab hujan...kabus tebal juga.
Kami mencari2 hotel..
suspen juga takut tak de hotel...kebanyakannya penuh.
Nasib baik masih ada yg kosong.
fuhhh lega...kalau tak kena turun balik.





Malam tu ada pasar malam kat Brincang.
So kami pergi le.
Tujuan utama unk beli makanan
& baju...sebab kami tak bawa baju.





Esoknya kami jalan-jalan menikmati udara
dingin pergunungan.
Bestnya kalau kat KL berudara dingin macam ni.
Ingat waktu kat Bandung dulu.
Tapi sekarang Bandung pun dah tak sedingin dulu lagi

Seperti semua sedia maklum..di Cameron ni..selain
sayur-sayuran...bunga pun banyak juga.
Tumbuh subur kerana faktor udaranya yg dingin.
Bunga hidup..dijual dengan harga yang murah

1 jambak RM4.00
Kalau beli 3 jambak dapat RM 10.00
Kalau di Pasar Malam Brincang lebih murah lagi.







Kaktus pun banyak juga..bermacam2 spesis .
Harga memang berpatutan.
Kalau pandai menawar pasti lebih murah lagi.





Bunga yang tak pernah tengok pun ada.
contohnya bunga bawang ni.





Kami masuk juga ke rumah rama2..
banyak rama2 dekat sini.





Lepas tu kami ke Ladang teh Boh.
Menyelusuri jalan yg berkelok2..
menikmati kehijauan pokok2 teh...aduh asyiknya...




Kelihatan juga rumah2 peladang teh.


Tersusun rapi & menarik dek warna rumahnya.






Di puncak bukit terdapat kilang memproses teh.


Di samping kilang itu terdapat sebuah cafe.
Kami duduk2 di situ sambil minum teh..
dan menikmati pai epal & sandwich.
Dari cafe ni dapat menikmati keindahan kebun teh.
Luas mata memandang.







Orang agak ramai.
Biasa le hari minngu.



Dinding di sekitar cafe ni di susun kayu getah.


Rupanya ada story disebalik kayu getah ni.
Dulu dia orang menguna kayu getah
unk mengeringkan teh.


Disini juga ada kedai menjual teh..
souvenirs.
Adik & Abang membeli T-shirt.





















Cafe Boh
Dari cafe tu kami berjalan kaki
menuju parking kereta.





Cafe yang berada di puncak bukit





Strawberry






Rumah orang asli.




Pukul 1pm kami berangkat pulang.


Hari tak hujan..Ramai orang asli yg berjualan ditepi jalan.
Jadi banyak gerai2 yg menjual durian ,petai & hasil hutan.




Petai








Sampai di hentian Tapah..kami berhenti
makan tengahari.
Dan tak lupa juga membeli jambu.
Walaupun letih tapi kami semua enjoy.






























2 comments:

  1. rupanya tuah tertinggal tudung- terus
    mendaki ...

    ReplyDelete
  2. ada hikmah di sebalik kejadian..hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...