Thursday, 5 August 2010

Kebaikan puasa unk kesihatan

Puasa dah dekat..
Nak kongsi sedikit tentang puasa
dilihat dari sudut kesihatan.
Setelah bercerita pasal makan
elok rasanya bercerita pasal puasa pula
supaya balance.
Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud ,
perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.
Kajian sains dan ilmu moden
berkenaan kelebihan puasa .
Puasa dapat membuang toksik / racun2
dari badan dan secara tidak langsung
dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh
dalam melawan penyakit.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus
melakukan proses pencernaan,
otak tidak dapat berfungsi dengan baik.
Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu
kepada kerja-kerja penghadaman makanan.
Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang,
otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun
akan rasa mengantuk dan malas.
Penyelidikan psikologi membuktikan bahawa
puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang.
Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa
dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa.
Keputusannya, ternyata menunjukkan
bahawa orang yang rajin berpuasa
memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi
dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat
menyembuhkan pelbagai penyakit.
menurunkan gula darah, tekanan darah,
lipid darah dan berat badan.


Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti

pelbagai punca penyakit yang dialami

masyarakat dunia masa kini dan antara
penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini
menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia
ialah disebabkan sindrom metabolik.
Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu:
  • glukos darah tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Lipid darah tinggi dan
  • lebih berat badan atau obesiti.
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia
kini dan kesan puasa pada tubuh badan
dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa
adalah sangat bersesuaian untuk mencegah
penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Puasa dapat manambahkan
kesegaran dan kesihatan pada tubuh,
kerana perut yang sentiasa
bekerja memproses makanan
juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu.
Dan ketika berpuasa itu lah
perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula
untuk bekerja kemudiannya.

Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa
Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa
mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar
untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia.
Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w
dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;
Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya,
“Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim


Dan semoga segala ibadah kita diterima
di sisi Allah sebagai ibadah yang diredhai Allah,
Selamat Berpuasa.
P/s : puasa tahun lalu dah ganti belum?? hihi

1 comment:

  1. puasa banyak fadilatnya...
    tk kerana memberi info...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...