Wednesday, 4 August 2010

Makan2 : Restoran Nasi Ulam


Kami sering ke Bandar Baru Bangi
kerana anak2 sekolah di Bangi.
Kalau anak2 ada aktiviti di sekolah
dan bermalam di sekolah..
pagi Sabtu kami akan jemput mereka.
So biasanya kami akan singgah breakfast
di Bandar Baru Bangi.
Salah satu restoran yg kami sering singgah
adalah Restoran Nasi Ulam.


Menu yang sering kami pilih adalah
nasi ulam atau nasi kerabu.
Rasanya ok..
Banyak makanan lain seperti laksam, nasi dagang dan lain2.
Tapi kami tak pernah cuba.

sebelum makan.....

selepas makan....


Kue pun banyak juga..
ada lompat tikam, onde2, kasturi,
puding telur karamel, pau dan lain2 lagi.

Suasana di restoran ni.
Agak selesa juga..berkonsep moden &
tradisional.
Kerusi, meja & lampu semua
dari Ikea...rasa2nya lah.
Tapi dinding di biar begitu saja..
simen yg tak bercat..
kesannya agak klasik.
I like....!
Suasananya ok sebab restoran ni
berada di tepi..
so agak terbuka..pengaliran udara bagus.
Tak panas macam sesetengah restoran.
Yang menarik perhatian ku
adalah periuk & bekas yg digunakan.
Periuk lama made in China.
Teringat kat rumah arwah Tok dulu
banyak periuk & besen lama ni.
Jadi rindu pula kat Tok.
Tok pun pandai masak juga.
Al Fatihah buat Arwah Tok.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...