Thursday, 12 August 2010

Masak : Masak Lemak Cili Api Ayam








Masak lemak cili api

sebenarnya sangat simple.

Sebab tak perlu letak bawang.

Cuma cili api & kunyit






Cili api & kunyit di tumbuk halus..

banyakkan sikit kunyit..

kalau suka pedas..lebihkan cili.







Masak ayam dengan cili & kunyit yg dah ditumbuk.

Proses ni kalau orang negeri 9 cakap

"kecutkan" ayam dgn kunyit+cili.

Masak agak lama...biar meresap

kunyit & cili ke ayam.

Jangan lupa letak serai yg dah di titik.

Serai kalau letak banyak...lagi sedap.






Dalam gulai ni boleh di tambah kentang

atau nangka muda..






Setelah ayam & kunyit+ cili "mesra"

masukkan santan.

Kalau pekat lagi sedap.

Ketika ni kena kacau santan tu

agar santan tak berpisah antara

air & pati santan




Bila dah mendidih

baru letak kentang.

Masak sampai kentang empuk.

Jangan lupa letak garam.

Kalau suka masam letak asam keping.




Jom masak-masak !!!




2 comments:

  1. alangkah baik jika hidup berjiran.bolehlah cuba test and try masak lemak cili api ayam.ummp...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...