Monday, 9 August 2010

Masak : Tempoyak masak







Alkisah dirumah banyak tempoyak.
Durian yg belum di buat tempoyak
pun masih banyak dlm peti sejuk.
Sapa2 yg rajin & sukarela nak
buat tempoyak...jom datang sini.
So tetiba je teringat nak buat tempoyak masak.
Mood memasak tiba2 datang..
ada hubungan dengan hormon juga
ke tak yer? hihi
Tapi yg bestnya semua sepakat
unk tolong...kalau tak tolong
mood akan hilang.....hahahaha




Bahan2 ada yg beli dan ada juga yang dah
ada di rumah.

Daun kaduk kat belakang rumah
dah macam semak..
sedang elok ler...kitaorang
potong2...haaaa..bersih sikit halaman rumah.



Daun kaduk

Pucuk ubi kayu..kat bawah bukit tepi rumah
banyak juga...
so suruh abang gi kutip...
beria2 kutip pucuk ubi...siap posing2 lagi.
Nanti anak India jiran belakang rumah
pelik tengok budak sorang ni siap
posing tepi pokok ubi.


Abang & pucuk ubi kayu



Haaa ni pula serai, petai & daun kunyit.
Sebenarnya serai kat rumah pun banyak.
Tapi tak de sapa yang sudi unk ambil..
beli je laa..




Kunyit & cili api yang siap untuk di tumbuk.
Pedas...!!!




Ini pula orang yang sukarela untuk menumbuk
cili api & kunyit.
Semangat pulak nak belajar masak.
Kunyit & cili dalam proses unk hancur..







Santan pula tak de yang dah di perah..
beli je yg belum perah..
takpe2 ada orang yg sukarela unk
memerah..

Adik pun nak join sama..
dari awal sampai akhir dia duk tajamkan pisau je..
semua pisau dia complain tumpul..
orang semua dah hampir selesai potong
dia baru nak start.

Ini le pisau yg tumpul semua
menurut adik.







Serai yang telah dihiris2 nipis.



daun kaduk,pucuk ubi, daun kunyit & petai
yg sudah di hiris nipis2.

Kunyit & cili yg dah ditumbuk..
tak lupa ikan bilis.

Masukkan santan..
Bila dah mendidih masukan bahan2 yg di hiris.

Masukkan tempoyak...satu mangkuk.


Kacau le hingga kering.
Kalau belum masin masukkan garam..
Jika tempoyak kurang masam...masukkan asam.
Kalau tak..tak yah pun tak pe..




Tempoyak masak ni
lagi kering lagi sedap...
selalu selalulah panaskan...



Jom makan.

4 comments:

  1. tak nak gi buat.tapi nak yg dah siap.boleh?

    ReplyDelete
  2. eh..sedapnya kak!
    terliur saya. tapi suami anti dengan durian..
    sedih pulak..hehehe

    ReplyDelete
  3. NAsib baik kami semua suka ...masak tempoyak ni rumit nak buat sebab tu kalau sekali masak, akak terus buat banyak2.Bab kena hiris daun halus2 tu yg menyebabkan susah sikit(bagi yg kurang rajin)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...