Thursday, 5 August 2010

Percutian ke Taipei,Taiwan






Airport Taipei


Pada 28.12.2008
tiba di Taipei pada pukul 6.35 pm.
Kami bertolak pukul 2.20 pm dari KL.
Kami ber-4 ..my hubby, Den Lee & isteri (Eva)

Sebenarnya my hubby ada urusan kerja
di Taipei....aku ikut serta.
Di Taipei Den Lee yg banyak membantu.
Menjadi juru bahasa pada kami.
Dean Lee orang Ipoh..isterinya orang Taiwan


Bersama cleaner hotel

Lihat le seragam pekerja hotel ni..

Di lobi hotel ...River View Hotel.

Hotel ni berdekatan dengan sungai. Sungainya besar dan jambatan bersimpang siur di atasnya. Gambar jambatan & sungai dah terdelete sewaktu edit tadi...malas nak upload balik.

Hubby bersama pekerja hotel


Bersama Eva di Restoran Muslim
Makanannya tak begitu kena dgn selera kami.

Tapi ok le...di Taipei ni bukan banyak restoran halal.
Syukur juga ada Den Lee & Eva .
Mereka yang tolong cari kan restoran yang halal.
Esoknya Deen Lee bawa kami jalan2 melihat
tempat2 menarik di Taipei.
Kami naik bas pelancong...
Den Lee yg uruskan semua..
Ini lah menara Taipei 101 yg pernah satu masa dulu
tertinggi di dunia. ( gambar dari GOOGLE)
Tapi sekarang dah jadi no.2 kerana Burj Khalifa di Dubai dah
mendahului.
Bangunan ini sungguh tinggi...sakit leher mendongak.
Setengah darinya berada dalam awan.
Gambar ni di ambil dari google..sebab kamera hp ku tak cukup canggih untuk mengambil gambar bangunan setinggi ini.

Bandar Taipei yang moden & bersih

Teksi di Taipei



Seterusnya lawatan ke National Palace Museum
iaitu salah satu koleksi terbesar didunia.
jade berbentuk sawi...(google)
sayang dalam mazium ni tak boleh ambil gambar..

Antara yang menarik dapat disaksikan disini
adalah ukiran paling halus berupa
kubis cina dari batuan Jade yang terpilih.
Ada batuan diukir seumpama bentuk asal daging dan
100 ekor kuda yang diukir dari sebatang gading gajah dan sebagainya.
Sangat kagum dengan 1 ukiran gading
berbentuk bola berdiameter sekitar 10 cm
berlapis 9 bola ke dalamnya bisa berputar dan berukiran penuh.
Sangat halus ukirannya. Macamana lah agaknya mereka buat...
hebatnya tamadun mereka.
Terdapat koleksi sebanyak 5,000 artifak yang dipamerkan di situ.
The National Palace Museum sebenarnya menyimpan
hampir 700,000 barangan purba
dan sejarah yang telah berusia 8,000 tahun.
Rasanya satu hari pun tak habis unk melihat semua artifak.Muzium ni sangat besar,cantik & canggih.

Di depan muzium....Suhu sejuk & berangin

Bendera Taiwan


Di muzium terdapat sebuah sudut khas
yang menjual pelbagai jenis cenderamata.
Cenderamata di sini juga banyak & menarik.



Muzium ni berada di atas bukit..suasananya
sungguh nyaman & pemandangan yg indah.
Bersama Den Lee & Eva...
Setelah itu kami ke Chiang Kai Sek Memorial Hall...
dewan berornamen khas dinasti Ming un untuk mengenang
Presiden Chiang Kai Shek.


Kedai madu lebah.
banyak product yg diperbuat dari madu original.

Dari kedai madu kami menuju ke Martyr’s Shrine iaitu memorial untuk para perajurit
yang terkorban semasa perang revolusi
menuntut kebebasan dari China serta di zaman pendudukan Jepun.
Mereka sedang berkawad unk ganti tugas.


Kawad pertukaran petugas yang menjaga pintu gerbang utama
tempat ini yang berlangsung setiap jam amat menarik unk disaksikan.
Setiap jam mereka akan ganti orang..sebelum ganti tugas
mereka akan berkawad...sungguh kemas, teratur
& sangat menakjubkan.


Ini bukan patung ye..
memang sah orang betul..
cuma tak bergerak2..tak senyum..tak de emosi.

Masih di depan Martyr's Shrine

Di depan pintu gerbang Martyr's Shrine.





Ini adalah restoran yg terkenal diTaipei.
Terkenal dengan senirekanya yg unik.
Pemiliknya seorang wanita...sekarang sudah kaya raya.
Seterusnya lawatan ke Jiu Fen
iaitu sebuah pekan kecil disekitar pergunungan
dan menghadap laut. Memang indah dan luar biasa disini.
Udara sejuk menyegat sekali...hujan renyai2.
Kabus agak tebal.



Gambar dari google



Banyak gerai2 makanan, cendera mata,
galeri seni, restoran, dan kedai teh .


Kami tiba dah agak petang.
Untuk bergambar..agak tak sesuai.
Jiu Fen dulunya sebuah lombong emas (1890).
Apabila habisnya sumber emas,
Jiu Fen mengalami masalah ekonomi dan menjadi kota yang terlupakan.
Tapi sekarang tempat ini menjadi tarikan pelancong.
Penduduk Jiu Fen seakan menemukan
kembali 'lombong emas' barunya dalam bentuk pelancongan

Mendaki sepanjang lorong sempit sambil merasakan suasana di kota tua.
Terasa macam dalam filem china lama.
Kedai kasut buatan tangan
di lorong Jui Fen
Banyak kedai souvenirs disini.Di samping itu turut tertarik dengan
kedai2 makan yg menjual berbagai jenis makanan.
Kita dapat melihat sendiri cara menyediakan kue..dan masakan lain.
Sayang semuanya tidak halal.
Cuma melihat..tapi tetap kagum.


Hari seterusnya suamiku ada urusan kerja.
So duduk kat hotel berihat.
Petang bila suamiku pulang...kami ke kedai buku.
Kami kesana dengan teksi mengikut panduan yg diberi oleh
Den Lee.
Di sepanjang jalan semuanya kedai buku...
Kebanyakan buku dalam bahasa china.

Menurut Eva di Taiwan terkenal dengan buah-buahan.
So kami pun cuba le beli buah di sebuah gerai.
Buah ni seperti tomato, tapi panjang.
Memang sedap buah ni..manis.
limaupun manis juga.


Di Taiwan waktu ni musim sejuk..so banyak le
jacket murah2...berbanding Malaysia.
Kat sana Rm 80 pun dah dapat jacket yg cantik.
Rugi pula tak beli...
Ingat waktu tu, membazir beli sebab kat Malaysia
bukan guna pun. Lepas tu menyesal pulak...kenapa le tak beli.

Hanya untuk dilihat..
Gambar ni di ambil di sebuah kedai yg menjual
lauk pauk...kebanyakannya berasaskan sayur2an.
Tapi sayang tak halal..tengok je le.

Disamping menu-menu tak halal...hihi
Dah penat berjalan kami singgah di kedai
refleksologi.


Rendam kaki dalam air herba...


Disini ada juga khidmat menghaluskan tapak kaki bukan guna cara biasa..
dia orang guna macam sejenis pisau..tapi bukan pisau.
sungguh mahir sekali diaorang mengikis...
hingga tumit menjadi sungguh lembut...
sayang nak buat berjalan..hihi


Malam kami keluar jalan2 sekitar hotel..jalan kaki saja
Banyak kedai2 menjual pakaian & accessories.
Kebanyakan baju sejuk le...sebab musim sejuk.

Tengah memilih brooch..harga RM10...cantik2
Di taiwan tak leh tawar menawar..
semuanya fix price..
tak macam di China boleh tawar menawar.
Tapi lebih senang di sini sebab kita dah tau harga sebenar
tak rasa tertipu.

Di tengah2 udara yang dingin..aku melihat satu
pemandangan yg unik di suatu penjuru kedai.
Mereka makan mee sambil berdiri saja..tanpa kerusi & meja.
Mesti mee kat sini dah famous sebab kat situ ada tulis since 1975.
Cuma kat sini je orang makan berdiri..tempat2lain
macam restoran lain gak.
Ni pula malam terakhir kami si sana.
Kami jalan2 sekitar hotel saja.Malam tahun baru.
Ramai orang...makin malam makin ramai
Dalam sejuk2 tu...mereka keluar berduyun2.
Orang hotel advice kami ke menara 1o1..
Nasib baik tak pergi... esoknya kami dengar trafic jam teruk kat sana.
Dalam perjalanan balik hotel ada persembahan malam tahun baru.


Gambar kat atas adalah kaum pribumi mereka...Atayal.
Esok pagi2 lagi kami dah berangkat balik ke KL.
Bye2 Taipei..




1 comment:

  1. Assalam sis.. Sebuah perkongsian yg menarik.. Sis pergi taiwan ni bila yea?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...