Thursday, 16 September 2010

1 syawal 1431

Tahun ni kami sekeluarga merayakan Aidil Fitri di Besut Terengganu. Ada 4 keluarga semuanya iaitu keluarga Kak Ma, Abang Zu, keluarga kami & Adik Nor. Abang Di & Emi beraya dengan mertua. Hari Raya ke 2 baru Abg Di & Emi beraya beraya di Besut. Meriah dengan anak2 buah. Kaum bapak pula tak habis2 berborak sesama sendiri. Topik utama waktu tu adalah topik kehilangan Datuk Sosilawati. Macam2 spekulasi yg mereka buat tapi satu pun tak betul. Ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga keempat2 mangsa tersebut. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...semoga keluarga beliau tabah. SEDIH....
Kaum ibu tak banyak bergossip (hihihi) kami tekun menyiapkan juadah & berkemas2 pinggan mangkuk yg akan digunakan. Tugas mengisi kueh telah dilakukan dengan jayanya oleh Inn & Mah(sorry tak sempat nak snap waktu tu).
Anak2 buah lelaki pula mengambil tugas membakar satay.
Seperti biasa pagi2 kami bersiap2 untuk makan pagi sebelum solat raya. Lepas tu ke masjid ramai2 menunaikan solat sunat raya di Masjid Kampung Raja. Usai solat raya kami ke pusara ayahanda. Tak terasa hampir 5 thn ayahanda pergi meninggalkan kami. Kami semua rindukan arwah ayahanda...walaupun kami tak pernah ucapkan.
I really miss you Bak.
Balik dari pusara kami bersalam salaman & acara memohon maaf. Time ni yg paling di tunggu2 oleh anak2...salam & dapat duit raya.
Tahun ni ahli keluarga kami bertambah lagi..Alzalia . Menantu Kak Ma ( dah tua dah Kak Ma) Welcome to our family Alzalia !

keluargaku

Antara kueh yang berjaya kami tunjuk kat KL

Nasi impit & kuah kacang

Nasi dagang tiap tahun adalah juadah wajib...biasa le org Ganu


Lemang yg di beli di Kijal & rendang yg berjaya ku buat



Satay & ketupat daun palas
Bergambar sebelum solat raya


sibuk siapkan juadah sebelum solat raya
hinggakan adik nor tak sedar seekor pepatung hinggap dikepala.


sebelum ke masjid...bergambar acara wajib






di pusara ayahanda


senyum penuh makna...sure mengharap duit raya


my heroes


Sabar ye dik...balik solat makan lagi






Mohom maaf dipinta..
dah lama tak dapat duit raya dari bonda..hihi




abang menyampaikan pesan atau tok mi yg berpesan?

AQi & Tokmi
Adik & Tokmi

Orang2 dibelakang tabir



2 comments:

  1. Salam Kak,

    Saya suka sungguh dengan nasik dagang.. sangat terliur di ketika ini.

    Salam Aidilfitri

    ReplyDelete
  2. Hann
    akak pula sukakan ketupat palas..tp tak tahu buat. Pandai Hann buat ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...