Wednesday, 15 September 2010

Balik Kampung


Kami bertolak dari KL sekitar pukul 10 am menuju ke kampung halaman. Tahun ni turn balik kampungku, Besut Terengganu. Kami mengambil keputusan untuk melalui jalan pantai. Nasib baik jalan tak sesak seperti tahun2 yg lalu. Cuma kami banyak berhenti rehat...jadi lambat le sampai. Di Kemaman kami berhenti rehat di tepi muara sungai. Ada orang memancing & menjual ketam.
Muara sungai, di Kemaman

Meneruskan perjalan kami...tiba di Kijal, dari jauh dah kelihatan asap. Di Kijal ni ada satu deretan gerai menjual lemang. Bukan hanya unk musim perayaan...gerai2 ni menjual lemang hari biasa juga. Kami berhenti untuk membeli beberapa batang lemang. Ramainya orang yg singgah kat sini...bas pun ada yg berhenti .
Seterusnya kami berhenti sebentar di Pantai Kemasik...seperti pantai2 lain di Terengganu...pantai ni cantik dengan pasir yg memutih.
Seterusnya berhenti lagi di tepi jalan untuk beli air nira kelapa.. .manis!

Tiba di Kuala Terengganu dah hampir maghrib...punya lah susah nak cari tempat makan, sebab kebanyakan dah tutup unk beraya. Last sekali ambil keputusan untuk makan di Permai Inn. Itu pun nasib baik saja, sebab semua meja dah penuh , semua dah di booking. Kami yg walk in...makan kat luar..ok juga le. Makanan ok dan murah saja berbanding KL...setengah harga dari KL (buffets).

Permai Inn, Kuala Terengganu

Selapas tu kami ke Masjid Kristal untuk solat Maghrib & Isyak dan di ikuti solat tarawih.


Masjid kristal ni sangat cantik di waktu malam
sebab warna lampunya berubah setiap beberapa saat sekali.
Rasa2nya ada tujuh warna semuanya.

Akhirnya kami sampai juga ...walaupun dah lewat. Semua dah tidur, Mah yang bukakan pintu. Abang Zu & family dah sampai dulu.



Ini lah rumah keluarga ku di Kampung Raja, Besut . Tempat kami adik beradik di besarkan. Sekarang rumah ni cuma Mi ( bonda) sorang yg tinggal setelah kematian Bak (ayahanda) 5 tahun yang lalu. Rumah ni di penuhi bunga2 yg ditanam oleh Mi & Arwah Bak. Dan bunga2 ni lah menjadi alasan Mi ,tak nak tinggal lama di KL...takut bunga2nya mati.



3 comments:

  1. cantiknya gambar2 esp gambar pantai kemasik dengan masjid tu..
    :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Lady..
    akak pun suka juga tengok gambar Lady time raya tu..jgn lupa kasi resepi kueh bulat2 tu ye

    ReplyDelete
  3. sungguh indah negeriku...tapi
    tak semua sempat dilawati...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...