Friday, 17 September 2010

Bukit Keluang, Besut

Setiap kali balik ke Besut, pasti kami akan ke Pantai Bukit Keluang. Dari rumah bonda lebih kurang 10 minit dah sampai kalau ikut short cut. Kalau dulu2 tak de jalan shortcut jauh juga le. Aku sering kesini waktu kecil & remajaku bersama arwah ayahanda, bonda & adik beradik yg lain. Selalunya kami ke sini waktu petang..ayah & bonda seorang guru...jadi tengahari kami semua dah boleh berkumpul bersama2, tak macam hidupku sekarang. Malam baru balik rumah. Anak2 tak sempat nak bawa jalan2. Betul seperti yg adik ku(Adik Nor) selalu cakap..."you've no life"...huhuhu.
Bukit Keluang sekarang.
Kat sini kami duduk2 menghirup angin petang sambil mendengar deru ombak...satu terapi minda sebenarnya. Kadang2 kami bawa makanan, biasanya keropok lekor atau sata. Orang pun tak ramai datang cuma beberapa family je. Itu waktu kecilku...tapi sekarang orang dah ramai datang ke sini. Dah terkenal juga lah pantai ni. Dulu tak de resort...sekarang dah ada. Kat sini juga dulunya banyak orkid liar yg tumbuh melata di atas pasir sekitar pantai. Sekarang orkid2 ni dah hampir pupus sebab semak di sekitar pantai dah di bersihkan untuk membina resort. Orkid ni sentiasa berbunga, tak kira waktu. ..tak percaya??

Bukit Keluang ada banyak gua

Pasirnya halus dan putih

model sambilan

Caya lah Inn..pergi pantai pakai baju kurung..hihi
Sebenarnya kami baru balik beraya waktu ni..sebab tu berbaju kurung.
Sesekali macam gadis melayu terakhir pulak


Tapak kaki ku...bukti aku datang.


Bonda pun ikut serta...mungkin sedang mengimbau kenangan lalu
bersama arwah ayahanda....(Love you Bak.)


peserta2 yg hadir

Ini muara sungai...sungai kecil je.
Dulu sewaktu kecil selepas mandi laut..kami akan mandi sungai ni pula
untuk menghilangkan air masin.
Tapi sekarang airnya dah tak sebersih dulu.




Haaa...Ini lah orkid yang ku ceritakan tadi.
Orkid ni ku tanam di rumahku..dibawah pokok pinang.
Tumbuh di atas tanah & tak berhenti berbunga..sentiasa ada.
Harapanku agar bunga ni tak mati ....supaya nanti aku dapat
bercerita pada anak cucu tentang Pantai Bukit Keluang yg dipenuhi dengan orkid .



4 comments:

  1. besar jugak tapak kaki tu ye....
    hihihi

    ReplyDelete
  2. kecil sikit dari mawar & chalk...hihi

    ReplyDelete
  3. Leez,
    Bukit Keluang dekat je dgn rumah keluarga akak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...