Wednesday, 29 September 2010

Kuala Besut


Kuala Besut adalah kampung nelayan kerana kebanyakan dari penduduknya mencari rezeki dari hasil laut. Untuk ke Pulau Perhentian melalui jeti Kuala Besut ini lah. Dulu jetinya tak macam sekarang. Waktu aku kecil cuma jeti kayu saja. Untuk ke Pulau Perhentian sekitar 1979 ( waktu sekolah rendah) cuma menaiki bot nelayan. Berjam2 baru sampai. Terpaksa makan ubat mabuk. Sekarang semuanya dah berubah, ke Pulau Perhentian cuma mengambil masa setengah jam atau 45 minit saja dengan bot laju. Tak sempat nak mabuk laut pun.

Bot-bot nelayan sekitar jeti Kuala Besut

Jeti Kuala Besut...model sambilan dimana saja.

Sementara bot datang, sempat makan nasi berlauk di sekitar jeti

Permandangan jeti Kuala Besut dari atas bot

bot nelayan

Jembatan Kuala Besut

Sewaktu aku kecil (tahun 70 an) jembatan ni belum ada lagi. Kalau nak ke Kuala Besut terpaksa menaiki perahu. Perahu penambang, kami di kenakan bayaran per orang...murah je kot waktu tu. Perahu tu kecil je dapat memuatkan lebih kurang 10 orang. Perahu tu di gerakkan menggunakan galah yg panjang. Waktu tu aku sungguh enjoy...tp bila kenang2 kembali...takut!!! Sebab waktu tu tak de life jacket pun...relex saja. Sekarang pakai life jacket pun aku masih takut. Sekitar tahun 80 an barulah ada jembatan ni menghubungkan Seberang Kastam & Kuala Besut. Dari rumah family ku ( Kg Raja) ke Kuala Besut mengambil masa 15- 20 minit saja.

Kedai Share (Kedai Sir)
Bila tengok kedai ni masih ada, aku jadi terharu. Di kedai ni lah dulu Arwah Makcik ku berniaga makanan. Dulu aku ingat Sir tu nama orang. Baru aku tahu dari ibu ku yang kedai ni kedai syarikat atau di kenali kedai share. Tapi sebutan org2 tempatan di situ, jadi kedai sir. Dah lama aku tak ke sini. Rupanya kedai ni masih ada.

Deretan kedai di sini pun dah lama , mungkin dah lebih dari 5o tahun.

Komplek sekitar jeti
Dulu tak de kompleks yg berwarna orange ini. Kat sini dulunya pasar. Sekarang pasar dah di pindahkan ke tempat lain. Dulu setiap hari Jumaat disini ada Kedai Sari ( Pekan Sari)...orang ramai sangat. Sejak pasar di pindahkan tak ada lagi kedai sari kat sini. Kalau nak beli keropok lekor atau keropok keping, di Kuala Besut ni lah tempatnya. Kalau ke Pulau Perhentian singgah le di gerai2 sekitar sini unk membeli keropok atau sata.

4 comments:

  1. menyimpan 1000 khazanah silam

    ReplyDelete
  2. tak ambil ke gambar kedai mat ton
    yang tak jual kismis tapi jual zabit...hihihi...

    ReplyDelete
  3. tak ingat dah peristiwa tu..hahahaha...kedai dia pun tak ingat dah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...