Monday, 27 September 2010

Makan-makan : Sata

Sejak dua menjak ni asyik cerita pasal Abang je...nak cerita pasal makan pula lah. Pasal Abang nanti cerita lain hari pula. Nak cerita pasal sata. Balik Raya hari tu sempat juga makan sata. Biasanya hari raya org tak buat sata. Biasa nya raya ke empat baru diorang mula berniaga balik. Sempat le aku makan sata ..adik ku Emi yang belikan. Bahan2 untuk membuat sata ni senang je...terdiri dari isi ikan, kelapa parut, cili merah, halia, bawang , garam & gula...dia orang gaul semua bahan2 tadi ...lepas tu di bungkus dengan daun pisang berbentuk tiga segi. Seterusnya di pacak dengan batang buluh untuk di bakar. Sata ni biasanya dimakan waktu petang. Ada satu gerai ni..di Kuala Besut, sangat lah terkenal keenakan satanya. Dah sejak aku kecil lagi. Mungkin sekarang yg berniaga anak2nya pula kot. Gerainya berhampiran dengan Balai Polis Kuala Besut. Kat sekitar Kuala Besut banyak gerai sata. Selain sata, otak2 pun best juga. Nanti akan ku ceritakan di lain hari.

Sata yang dah masak

Masih dalam proses membakar

Sata

7 comments:

  1. adussss... jgn tunjuk byk2.. udah lerr teringin dr bln posa lagi x dpt2.. penang x der org jual kot.. huhuu

    ReplyDelete
  2. dik...tumpang tanya...
    abang suka tak makan sata?
    sebenarnya masih berkisar tentang abang...hihihi...hati seorang ummi...

    ReplyDelete
  3. Nureen,Kat KL pun susah dpt..kena gi pantai timur baru dpt makan puas-puas. Macam akak gi penang..misti pekena nasi kandar.

    Kak Mawar
    hahahah..semua makanan abg suka

    ReplyDelete
  4. wah3.. bestnyeee.. btw, slmt hari raya..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa....
    saya memang peminat sata...
    terliurr sangat ni...hehehe!!!

    ReplyDelete
  6. Ungu Violet:
    Thanks singgah ke blog akak.
    Selamat hari raya

    ReplyDelete
  7. Leez
    akak pun pencinta sata...hahhaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...