Monday, 20 September 2010

Bihun / Mihun Singapura

Balik dari kampung tempohari, tak de apa yang nak di masak untuk sarapan pagi. Nasib baik ada mihun & udang. Bihun Singapura ni sangat mudah & simple. Bihun ni di makan dengan kicap manis yg diletak cili api.











Bahan :
  • sebungkus bihun (direndam & di tuskan)
  • 250 gr udang (dibuang kulit)
  • bawang putih 5 ulas (ditumbuk)
  • setangkai daun sup (potong kecil2)
  • seikat daun kucai (potong kecil2)
  • 1/2 mangkuk kicap manis
  • cili api ( dipotong kecil)
  • minyak untuk menumis
  • sedikit garam

Cara2 :

  • Tumis bawang putih hingga wangi
  • masukkan udang
  • masukan bihun, daun sup & daun kucai
  • Gaul rata hingga mihun lembut.
  • Letak sedikit garam...jgn terlalu masin sebab nanti bihun ni dimakan dgn kicap
  • kicap di campur dengan cili api yg dipotong.
  • Mihun ni di makan dengan kicap tadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...