Wednesday, 1 September 2010

Masak: Puding Kastad Laici




31 Ogos 2010..Abang Zu jemput berbuka puasa di rumahnya Shah Alam. Tak de idea unk bawa apa...akhirnya putuskan untuk buat puding kastad. Mula2 nak buat puding kastad jagung, tapi akhirnya buat puding kastad laici. Buat apa yang ada kat rumah aje le..malas nak keluar. Satu paket agar2 17gram..dapat banyak juga. Boleh kasi kat jiran2 juga.

Puding kastad laici ni rasa masam2 manis. Kalau makan dengan kuahnya rasa lemak2 manis . Masak puding adalah paling senang sekali. Insya Allah jadi. Dulu waktu belajar ada seorang kawan yang bernama Rini. Dia memang suka buat puding...macam2 puding dia reka. Best pulak tu.. .kita orang jadi tukang makan & tukang memberi semangat pada nya. ..hihi

Bahan2 puding
  • 1 paket agar2 (7gram)
  • 1 liter air
  • susu pekat manis secukup rasa
  • 1 tin laici.
  • 3 sudu kastad dicampur sedikit air
  • vanilla

Bahan2 unk Kuah:

  • 1 tin susu sejat (evaporated)
  • 3 sudu kastad di campur sedikit air
  • gula secukup rasa
  • vanila

Cara2

  • Masak agar2 & air hingga hancur agar2.
  • Laici di blend bersama airnya..tinggalkan beberapa biji unk hiasan.
  • Masukkan laici yg sudah di blend
  • Masukkan susu pekat
  • Masukkan kastad & vanila
  • Masukkan dalam acuan

Cara2 kuah puding

  • Masak susu dan kastad
  • tambah gula secukup rasa
  • tambah vanila
  • Kacau hingga pekat




2 comments:

  1. memang ternyata enaknya...
    ummm menjilat jari...

    ReplyDelete
  2. terimakasih mawar...puji2 ni nak duit raya ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...