Monday, 6 September 2010

Persiapan Hari Raya



Hari Raya tinggal beberapa hari lagi. Tak sabar nak cuti. Tinggal esok sehari lagi...lepas tu cuti 2 minggu. Lama tu...tak pernah cuti lama macam ni sebelum ni. Tak pe lah sekali sekala. Tambahan pula lepas raya ni Abang akan berangkat ke Egypt. Banyak benda yang nak disiapkan & kena urus macam2 hal juga. Tapi kerja di akhir2 ramadhan ni agak penat, sebab nak selesaikan semua perkara sebelum cuti. Lepas tu ramai pulak yg nak mendapat khidmatku sebelum cuti raya ni..masing2 nak kejar sebelum raya.

Persiapan raya..biasa2 saja. Kueh pula...ada yang tempah & ada yang beli di Medan Mara. Tahun ni tak larat dah nak buat kueh...tak sempat. Kueh2 tu untuk bawa balik kampung & beli juga untuk staff2 ku.Dah selesai bab kueh raya...fikir baju melayu anak2 pula.


Sebahagian kue raya yg di beli di Medan Mara untuk bawa balik kampung & kasi pada staff.


Ini chocolate chip yang Ayu (staff) kasi...buatan sendiri.
Almond london ni di tempah. Memang tiap tahun tempah dengan orang yang sama saja, sebab dah terbukti keenakannya. Bila dikira2 rupa2nya dah hampir 9 tahun dah tempah almond london dengan kakak ni.
Baju melayu anak2...tahun ni semua tak nak pakai sedondon. Nak pilih warna masing2. Itu menyenangkan lagi kerja ummi. Sebab nak cari baju yg sama warna dgn saiz yg berlainan.. bukannya senang. Baju melayu beli kat Medan Mara juga.
Hari Ahad hari tu, acara gotong royong membersihkan halaman rumah yang agak lama tak di bersihkan. Banyak le daun2 kering yg berjaya di bersihkan.

Lakunan semata2


Insya Allah hari Rabu kami akan bertolak balik ke kampung halaman....semoga jalan tak jam.

6 comments:

  1. Kak Hanim,

    wahh..dah ready semuanya. Mesti dah tak sabar nak beraya kan.

    Nak tanya...akak duk mana?

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
    :)

    ReplyDelete
  3. bila aki balik?
    adik kena semut gatal ke tu...?
    lakonan abang menjadi....

    ReplyDelete
  4. Leez
    tak sabar nak balik kampung sebenarnya.
    Akak tinggal di Cheras.

    Lady
    TQ..selamat hari raya..berhati2 dijalan raya.

    Mawar
    Esok balik.
    Adik memang tergaru2 sbab kena gigit nyamuk..kulit dia sensitive sikit.

    ReplyDelete
  5. Mawar
    sorry salah jawap soalan..tolong jgn potong markah saya yer...cikgu.
    Aqi balik hari khamis yg lepas..dpt lah berbuka bersama2.

    ReplyDelete
  6. slm kunjung balas...Salam Aidilfitri juga, moga selamat sampai ke destinasi..hati2 di jalan raya ya kak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...