Tuesday, 5 October 2010

Kuih Sagu / Sago

Kuih ni memang simple...aku memang suka masak yg simple2. Yang cepat & sedap. Resepi ni ikut resepi Lady of Leisure...aku ikut sejibik macam resepi yg di tulis oleh Lady..tak derhaka lansung..hihihi. Ternyata senang je..sebelum ni tak pernah buat sendiri , just beli je. Kali ni teringin pulak nak buat sendiri. Ini lah hasilnya. Thanks Lady....! Lepas ni nak cuba resepi terbaru Lady...tauhu singapore tu. Tengok gambar, sungguh menarik...misti sedap. Ini lah resepi kuih sagu ni...resepi Lady ( tak ubah sedikit pun)

Bahan-bahan:

1 cawan sagu - untuk dua atau tiga orang makan

2 helai simpulan daun pandan

Beberapa titik pewarna merah

Beberapa titik perasa ros

Gula secukup rasa

1 cawan kelapa parut

1-2 cubit garamAir secukupnya


Cara2
Basuh skit sagu dan rendam selama 15 minit. Toskan.

Masukkan sagu dalam periuk bersama air, gula secukup rasa, simpulan daun pandan, pewarna merah, dan perasa ros.
Masak hingga sagu kembang dan betul-betul likat kemudian tuangkan ke dalam acuan kecik atau loyang.

Sejukkan dalam peti ais.

Gaul kelapa parut bersama garam biar rasa masin sikit.

Kemudian salut sagu yang sudah disejukkan dengan kelapa parut.

6 comments:

  1. hehe tq kak sbb sudi cuba resepi ni.. harap akak suka.. simple je kan.. makan sejuk2 pun sedap.. :)

    ReplyDelete
  2. TQ juga lady..memang simple..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...