Friday, 8 October 2010

Leek goreng




Sewaktu mengandung anak ku yang kedua, aku suka sangat sayur leeks ni. Pengaruh hormon barangkali...rasa best sangat. Sayur leek yang dikategorikan dalam keluarga bawang putih. Dulu tak tahu khasiatnya. Ternyata ada banyak khasiat.
Leed dapat melindungi dari kanser prostate, kanser rahim dan kolon.Bahkan ia juga membantu menurunkan paras darah tinggi dan menaikkan taraf kolestrol yang baik. Daun hijau pada leek bersifat antioksidan. Elok untuk penghadaman kita juga. Seelok2nya jangan masak hingga layu...agar vitamin tak hilang. Itu penting.

Ikuti lah resepi mudah ini..

Bahan2
2 tangkai leeks ...potong serong
1 sebiji bawang merah bersaiz sederhana...di hiris
2 ulas bawang putih...di hiris
sebiji cili merah...di hiris
6 ekor udang..potong kecil
garam secukup rasa
sedikit kicap masin
minyak unk menumis

Cara2

Tumis bawang putih & bawang merah dengan minyak hingga wangi
Masukkan udang..masak hingga udang masak
Masukkan leek & cili merah
Masukkan garam & kicap
Masak hingga leek masak

2 comments:

  1. salam,kita tak pernah lagi masak sayur leek nih..nampak sedap tu..ada lagi?hihi

    ReplyDelete
  2. Anymz
    saya suka sayur ni Nymz..
    tapi suami tak berapa suka...
    Dah habis le Nymz...hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...