Sunday, 10 October 2010

Musibah 9.10.10

Tok Mi tengah menceritakan kejadiaan pada Abang yang berada di Egypt



Di saat husben otstesin musibah ini Allah turun pada ku...Aku berusaha tenang walaupun aku kehilangan semangat & longlai di saat Adik ku call menceritakan rumahku di pecah masuk oleh pencuri. Di siang hari...di saat aku masih bekerja.


Berusaha menerima kenyataan dan redha...atas segala yg Allah uji pada ku. Aku bersyukur kepada Allah ketika kejadian Bonda & anak ku yg paling kecil tidak berada di rumah. Yang penting mereka selamat. Barang yg hilang cuma laptop suami & sedikit barang kemas. HP & barang2 berharga lain semuanya tak di ambil ...Alhamdulillah.


Aku sentiasa bersyukur kerana mempunyai keluarga yang dapat ku sandarkan disaat aku kesedihan & kesusahan. Mereka memberi sokongan moral & tenaga. Thank you...I love you all. Husben di Bandung dah tak senang duduk...sekejap2 call. Aku faham perasaannya...terkilan kerana tiada bersama disaat kesusahan.

Setiap seorang pasti mengalami kesusahan dalam kehidupannya. Samada kehilangan orang yang disayangi, masalah kewangan, kesihatan, rasa disakiti sesama manusia dan banyak lagi.
Namun kita hendaklah selalu menguatkan keyakinan diri dan meyedari bahawa musibah atau kesusahan itu adalah datang dari Allah.


Disebalik kesusahan diberi kepada kita ada tujuan antaranya adalah:-

• Untuk menguji ketabahan serta kerelaan hati kita.

• Supaya kita muhasabah diri sendiri
• Kerana Allah ingin mendengar doa kita kerana orang yang berada dalam
kesusahan akan berdoa kepadaNYA



Antara beberapa tip ntuk menenangkan seseorang/ diri sendiri yang dalam kesusahan adalah :-

1. Menyedari bahawa dunia ini tempat ujian dan bukan tempat untuk bersenang2
sahaja.

2. Hendaklah seseorang yang ditimpa kesusahan itu melihat kepada orang lain
yang lebih teruk di timpa musibah.

3. Bersyukur dengan nikmat Allah yang sentiasa kita nikmati.

4. Berharap akan ganjaran dari Allah sebagai ganti di atas musibah yang diberikan


5. Hendaklah kita faham bahawa musibah yang diberi itu adalah bersifat sementara sahaja. Sama samalah kita ingat bahawa hanya Allah saja yang kekal perkara lain tidak kekal melainkan selepas mati kekal lah kita.

6. Di sebalik kesusahan yang ditanggung itu ada hikmatnya.

7. Banyak-banyak lah mengingati Allah dengan berzikrullah.

8. Sekiranyan kita bersabar dan redha di atas kepayahan yang ditanggung Insya Allah akan digugurkan dosa2 kita.
So untuk itu.. aku meREDHAkan apa yg berlaku padaku agar Allah mengampunkan dosa2 ku...sebagai manusia biasa, aku tak dapat lari dari melakukan dosa. Ya Allah jauhkan dari keluargaku, teman2ku, jiran2ku dari segala musibah di masa akan datang...amin.
Ini bukan lakunan semula...
Adik2 ku tengah memperbaiki semula pintu yang rosak.

6 comments:

  1. setiap yg terjadi mungkin ada hikmahnya kan kak..
    :)

    ReplyDelete
  2. salam takziah ya..saya pernah mengalami perkara ini tapi waktu saya sedang tido..polis kata nasib baik saya tido mati,kalau saya terperanjat dan pencuri itu juga terperanjat mungkin perkara buruk akan berlaku..

    ReplyDelete
  3. Salam, akak diharap bersabar ye.. semua ni dugaan Allah.. Mungkin dia ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNYA.. Semoga akak dilimpahi rezeki lain..

    ReplyDelete
  4. Lady
    ya betul..pasti ada hikmahnya.
    Trmkasih ya

    Anymz
    Terimakasih.
    Syukurlah waktu kejadiaan tiada org di rumah

    Liza
    TQ ya..
    Amin YRA

    ReplyDelete
  5. Kak,

    Harap akak bersabar atas kejadian. Take care!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...