Friday, 1 October 2010

Pulau Perhentian : Kami Datang

Pulau Perhentian ( Perhentian Island ) sudah lama kami berangan2 & merancang nak ke sini, akhirnya termakbul juga. Adakah angan2 itu menjadi satu doa? Wallahualam. Rancangan sebelummya tak pernah menjadi sebab masalah musim tengkujuh le,macam2 halangan. Kali ini kami nekad...redah je. Sempena cuti raya hari tu kami kesana. Aku pernah sampai cuma husband & anak2 belum pernah. Resort penuh semua,...so kami minta tolong sepupuku mendapatkan tempat. Alhamdulillah, ada 2 bilik kosong. Kami ikut pakej, per orang RM 400 (lebih kurang)..selama 3hari 2 malam. Pakej termasuk bilik, makan 3x sehari, boat dari Kuala Besut ke Pulau Pehentian(PP), boat untuk snorkeling ( 2hari / 5 tempat), snorkeling gear semua di sediakan. Kalau pergi tanpa pakej...harga boat RM 70 seorang.


Permandangan sebelum tiba di resort.


Kami bertolak ke Kuala Besut pagi2 lagi...sebab excited punya pasal.. hihi ..... Dari

rumah parents ku ( Kg Raja) ke Kuala Besut lebih kurang 20 minit saja. Kereta kami parking di kawasan rumah penduduk, di kenakan bayaran RM7.00 sehari. Orang kampung pun dah pandai buat business. Sebelum berangkat kami breakfast dulu di warung2 sekitar jeti Kuala Besut. Bertolak lebih kurang pukul 9 pagi...kami sampai lebih kurang 9.30 atau 9.45 pagi. Menaiki boat laju ni, tak sempat rasa mabuk pun. Kami berehat2 sebentar lepas tu makan tengahari. Balik bilik...tertidur. Nasib baik terjaga, sebab pukul 2.00 pm boat datang untuk membawa kami ke tempat2 snorkeling. Tentang snorkeling nanti diceritakan kemudiaan.



Tiba di resort kami...lihatlah betapa jernih airnya. Dari atas boat kami dapat lihat ikan & coral dengan jelas....cantiknya ciptaan Allah.



Resort kami ..... Arwana Resort
Tiba di jeti Arwana Resort
Bilik anak2
Bersiap sedia untuk snorkeling


Batu karang yg dah mati

Hari kedua selepas snorkeling, Pak cik boat ni (Pakcik Salleh) membawa kami ke satu tempat.....mata air. Disini ada satu kawasan di mana ada mata air...air keluar dari tanah, airnya sangat sejuk....sesuai unk bilas sehabis mandi air laut yg masin.


Tiba di mata airIni lah mata air itu...air bertakung...dan keluar dari pasir2

air tu mengalir ke laut


Adik tak puas2 berendam air laut
Balik dari snorkeling...mandi kolam di resort pula.


Petang setelah penat bersnorkeling...kami berehat2 di tepi pantai


Adik tengah bagi makan ikan. Dari jeti...nampak jelas ikan2 ni.













Nanti cerita pasal snorkeling pula ye....bye dulu.


7 comments:

  1. sgt best...
    giliran saya plak next year.

    ReplyDelete
  2. salleh...mengingatkan seseorang...
    cepatlah sambung...tak sabar ni...

    ReplyDelete
  3. salam..boleh saya tau ini under pakej dari agensi ape?

    ReplyDelete
  4. jejari
    sorry sangat dik akak dah lupa...sebab yg uruskan pakej ni, sepupu akak.
    Cuba search di google...

    ReplyDelete
  5. jejari
    baru ingat..
    Akak gi dgn anjung holiday

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...