Monday, 11 October 2010

Sandwich Telur Mayonis


Semalam adik beradik datang ke rumah. Mood untuk keluar beli barang dapur hilang. Duk rumah je...kemas rumah yg kena geledah oleh sang pencuri. Nasib baik bonda ada...tolong lipat balik tudung ku yg dah bersepah2. Sambil lipat kain, sambil bonda buat lawak...nak senangkan hati aku mungkin.
Biasa le, kalau ada apa2 yg terjadi pasti mereka datang melawat...so nak masak apa pun tak tahu. Masak je apa2 yg ada kat rumah. Buat bihun goreng & sandwich telur mayonis. Sandwich ni senang sangat. Adikpun boleh buat. Jom ikuti resepi simple ini...
Bahan asas
Roti
5 biji telur rebus
6 sudu besar mayonis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Bahan tambahan ( kalau tak de pun tak pe)
setangkai daun sup...potong kecil2
timun...potong nipis2
tomato...potong nipis2
cili merah...potong kecil2 & buang bijinya
majerin
Cara2
Kalau tak de bahan2 tambahan ni...dengan bahan asas pun dah ok juga..
Hancurkan telur rebus.
Masukkan mayonis diikuti daun sup & cili ke dalam telur tadi.
Sapu roti dengan majerin
Letak campuran telur tadi di atas roti
Letak timun & tomato.



Shahmi, Adik Ma, Shahir & Achik tengah bersembang dgn Abang

Mama Long, Ayah Long & Inn pun datang juga.

Shahmi & Adik Ma

Adik Nor & Haris membawa khabar gumbira...baby dalam kandungan adalah girl. Bestnya...tumpang gembira.

4 comments:

  1. bihun and sandwich, ok jugak tu kan mesti kids suka.. :)

    ReplyDelete
  2. Lady
    ni menu org yg tak de mood...hehehe
    ye betul, kids suka :)

    ReplyDelete
  3. sandwish gitu fvret asben tp x der la taruk bhn2 tnbhan juz bhn asas ja..

    umah kena pecah dek pencurik.. aduss.. apa yg hilang.. umah nureen pernah gak kena pecah bln 8 thn lps.. tabung syiling elly, camera olympus, cincin elly kena kebas.. geram tol.. pencuri tue org dekat2 umah jgk!!

    ReplyDelete
  4. akak yg suka tambah2.hihi..agar anak2 suka makan sayur & seimbang zatnya :)

    Laptop suami & sedikit brg kemas.
    Alhamdulillah tak de org kat rumah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...