Thursday, 7 October 2010

Ulcer Mulut

sekadar gambar hiasan



Ulcer mulut sering terjadi yang menyebabkan kesakitan & tidak selesa pada oral mulut. Nama lainnya adalah Stomatitis Aftosa Rekuren (SAR)...ada juga yg menyebutnya dengan mata ikan & seriawan. Rasanya semua orang pernah mengalami ulcer mulut. Puncanya tidak jelas & tidak dapat ketahui secara tepat.

Cuma di perkirakan ulcer mulut disebabkan oleh:

1.Kebersihan rongga mulut yang kurang terjaga. Bakteria2 yang tertinggal berpotensi besar menyebabkan ulcer mulut. Contohnya plak & karang gigi
2.Kekurangan vitamin C, B12, dan zat besi.
3.Penghadaman yang tidak sihat atau tidak berfungsi dengan baik
4.Faktor psikologi seperti stress.

5.Luka yang disebabkan kerana tergigit, waktu gosok gigi, susunan gigi tidak teratur & lain2

6.Faktor keturunan/genetik

7.Memakan makanan/minuman yang terlalu panas ,dingin atau pedas


Mencegah lebih baik daripada mengubati, betul tak? Bagaimana caranya? Mudah saja,


@Jaga kebersihan rongga mulut.

@Gosok gigi setelah makan dan sebelum tidur. Sebelum tidur sangat penting, sebab sewaktu tidur mulut tertutup rapat. Seandainya tidak gosok gigi, maka bakteria-bakteria yang tertinggal akan bersukaria menceroboh mulut kita....ish ish

@Jumpa Doktor gigi untuk pemeriksaan mulut...kalau ada karang gigi, perlu dilakukan scaling. Kalau gigi tidak tersusun..doktor gigi anda dapat membantu. vitamin yg cukup. ( Vit c, B12 & zat besi)

@Banyak makan buah-buahan. Ibarat kata tiada hari tanpa makan buah. Selain itu sayur-sayuran juga penting juga ya ... jangan lupa.

@Banyak minum air masak.

@Ok untuk yang penghadaman kita boleh melakukan refleksi tapak kaki ( ini cadanganku saja..hehe) Ada titik-titik tertentu yang boleh diurut untuk melancarkan dan memulihkan penghadaman. Titiknya yang mana? aku tak tau…hehe…

@Jangan sering-sering stress dan berfikiran negative. Sering-sering refreshing untuk me-refresh fikiran kita.

@Hati-hati kalau makan dan mengosok gigi, jangan terlalu ganas. Nanti luka kita juga yg susah..kan.

@Faktor genetik, haaaa yg ini... no comment (jawapan artis)

@Lebih baik makan/minum yang suhunya sederhana saja. Jangan terlalu panas dan sejuk. Malah konon katanya minum minuman yang dingin tidak baik bagi tubuh.

Tapi kalau sudah ter kena ulcer bagaimana?


Selain melakukan cara pencegahan di atas, ada beberapa point tambahan yang boleh dilakukan:


@Banyak minum jus buah. Buah-buah yang baik unk ulcer adalah tomato....ini dari pengalaman ku sendiri...mujarab.
@Kumur-kumur dengan ubat kumur yg di syorkan oleh doktor..
@Titik ubat ulcer yg berupa gel atau paste (yang ada anestesi/rasa kebas). Cara titik : titikkan pada cutton bud kemudian letakkan pada ulcer. Kalau nak guna jari pun boleh..tapi tangan misti bersih.

Ok...semoga bermanafaat unk semua...ilmu perlu di kongsi..betul tak?

2 comments:

  1. good info...thank you kak!!

    saya tau...akak nak ke turkey kan!!! hehehe
    ikut agent mana?

    ReplyDelete
  2. Leez,
    dah tak leh sorok lagi..hahahha
    akak gi dgn poto leez.

    Leez pula packing nak ke mana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...