Monday, 22 November 2010

Turkey : Bursa to Pamukkale


Dari Bursa kami meneruskan perjalanan ke Pamukkale. Perjalanan yang mengambil masa 8 jam hingga 9 jam dengan bas. Pemandu bas kami, Mr. Said adalah good driver. Tak pernah memandu laju. Sepanjang perjalanan, di kiri dan kanan terlihat tanah pertanian yang luas . Luas ....sangat luas,sukar untuk digambarkan.
Maaf.. mutu gambar tidak begitu bagus kerana pics have been taken from the bus. Pemandangan sepanjang jalan sangat cantik, aku sentiasa berusaha agar tidak tertidur. Tapi perjalanan terlalu jauh...hihihi...aku tertidur juga. Bukan aku saja, hampir semua ahli rombongan tidur ( cuba membela diri sendiri )...setiap kali pasti Mr. Bulent Sahiner akan cakap..."good night" bila kami semua sudah terlelap padahal dia masih menerangkan sesuatu. Dan bila kami sudah jaga, dia kan cakap "good morning"...hihihi
Kandang kuda


kandang kuda...kuda bagi tujuan export...mahal kuda-kuda ini.

Masih pemandangan kandang kuda yang sangat luas.

Berbagai tanaman di tanam


Mr. Bulent Sahiner selalu memberi info tentang toilet...dan sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa tempat untuk buang air. Bahasa Turkey lelaki dipanggil "Bay" dan perempuan dipanggil "bayan". Jadi toilet yang tertera bay bererti unk lelaki & bayan untuk perempuan


Kami singgah sekejap di petrol station untuk ke toilet & membeli makanan ringan.
Menarik perhatian ....biskut ini... macam cup cake.
Ada restoran juga...lihat cili hijau ini...sangat pedas woooo

Kami meneruskan perjalanan kami lagi... oh tidak! sakit belakang !!..tapi masih bersemangat.

pemandangan


di tepi jalan banyak gerai buah-buahan & tembikar

Kami tiba di restoran ini pada pukul 1.48 pm. Sebelum sampai Mr Bulent sudah menceritakan tentang menu lunch kami. Mr Bulent bukan saja tahu tentang sejarah Turkey tapi tentang makanan pun dia pun pakar juga. Restoran ini meatball nya sudah terkenal dan antara restoran meatball terbaik . Nama restoran ini Kofteci Ramiz(1928 ).




pilihan dessert



I really miss Turkish dessert (baklava) & pizza...Ada restoran Turkey di KL ? Kalau ada yang tahu, tolong beritahu.


Berbagai-bagai salad...pilih saja

Ini lah meatball itu...awas... cili hijau ini pedas!!!


Olive



Kami berhenti solat di sebuah surau dan jumpa dengan polis ini.
air wuduk sangat sejuk!!


sayur-sayuran







pokok zaitun


sungai



quincy


Singgah di kedai ini


menenun


cantik..


USD 2...di Cappadocia... 1 lira saja.
Kesimpulannya di kedai ini jauh lebih mahal.


Di kedai ini aku membeli body scrub (special ), menurut Mr Bulent scrub ini boleh tahan 10 tahun...cuma tidak boleh terkena sabun. Jika terkena sabun, scrub ini tidak akan tahan lama.


di sini kami minum kopi instant 3 in one plus huzelnut....yummy yummy
Nanti cerita pasal Pamukalle di next entry ya.

klik sini untuk Pamukalle.



3 comments:

  1. akak,

    meatball tu nampak macam lazat tak terhingga je.

    ReplyDelete
  2. hehehe sama ajer cerita kita kak.
    Bila tgk pic akak....saya jadi rindu pada Turkey and jejaka2 Turkey yg ganteng.

    Sya teringat masa kat Spice Bazaar masa beli balakva dan rempah ratus...ada mamat turkey ni sibuk sgt nak berkenalan dgn saya...hehehe. Siap minta email lagi...akhirnya saya bagi email yg palsu. Bila ingat balik....kesian plak dia.

    ReplyDelete
  3. hann
    kalau perut dah lapar,tambah cuaca sejuk...semuanya jd sedap :)


    Leez
    ayooo..manyak rugi ooo...hihi kalau ada kawan kat Turkey kan senang..boleh kirim duit kat dia, pas tu minta tolong dia poskan apple tea atau baklava :) cian mamat tu.

    Turkey mmg best...akak pun rasa nak gi lagi..tp bukan tmpat yg sama le...tempat yg lain pulak. Masih byk tmpat yg bagus2 di sana...jommm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...