Sunday, 7 November 2010

Kuala Lumpur to Bahrain






Pada 21 Oktober kami berangkat ke Turki dan transit satu malam di Bahrain. Kami bertolak dari rumah ke KLIA pukul 6 am..kerana kami kena berkumpul dulu di sana untuk taklimat ringkas dari pihak tour agen pada pukul 7 am . Pukul 10.45 kami bertolak ke Bahrain. Alhamdulillah tak delay.


kami ikut POTO Travel & Tours


Kami ke sana bertiga...suami & anakku yg paling kecil (Adik). Adik baru habis UPSR so boleh le ikut. Abang & Aqi lain kali ummi bawa kalau ada rezeki & umur panjang. Aqi akan menghadapi SPM tak lama lagi...dia kat asrama di Dungun. Abang pula di Egypt.


Kami ikut pakej musim luruh, kebetulan ada diskaun sikit dari POTO.


Gulf Air..flight yg membawa kami ke Turki


Makanan yang di sediakan dalam flight.
Salmon, baked patato, salad & cheese cake


cheese cake ni memang best sangat...kat bawah ada rasa paste strawberry & kat atas topping dengan paste nenas...yummy2. Nanti nak suruh Lady atau anymz masakkan.

Ini pula hidangan kedua..

Setelah makan sandwish ni...tiba2 bersin tak sudah2...huhu. My sinusitis....menyerang lagi. Tak kira tempat, malu I tau...nanti orang2 sebelah ingat I di serang H wang N wang pulak. Tak sure..allergic dgn bahan2 dalam sandwish tu ke atau memang dah nak kena...suffer oiii. Telan paracetamol sebiji. Bawa bekal semua ubat...termasuk ubat sakit perut, antibiotik pun bawa...termasuk le vitamin..konon2 nak sihat walafiat le sepanjang percutian ini. Cuma ubat sinusitis (antihistamin) je terlupa bawa...huhuhu. Hidung ni tak henti2 meleleh2 (ishhhh) & mata sebelah kanan berair2...


Kami tiba di Bahrain Airport sekitar pukul 1.30 pm waktu sana. Lebih kurang 7jam setengah berada dlm flight. Beza waktu dengan Malaysia adalah 5 jam. Waktu Malaysia 6.30 pm. Urusan di airport Bahrain lancar2 saja... Alhamdulillah.

Airport Bahrain


Pantang jumpa perkataan BAHRAIN


Dari Airport Bahrain kami dibawa dengan bas ke hotel kami. Kami tinggal satu malam di Bahrain sebelum berangkat ke Istanbul. Sempat juga jalan2 di Bahrain. Nanti cerita di next N3 ye....

6 comments:

  1. salam kak kasih
    boleh2,saya pun memang looking forwrd one of these days nak buat cheese cake dgn strwberi base tapiii ole2nya dulu dari Turki ya..hehe..

    ReplyDelete
  2. akak, rindunya nak gi Turki.
    Saya tak sempat jalan2 kat Bahrain sebab sampai dah lewat malam...esok paginya dah ke airport semula.

    ReplyDelete
  3. rindunya kat aak nih.. lama tak updet.

    psstt.. kak, kalau kak anymz buat ciskek, helo2 sama ye saya nih.. nak gak rasa.. (dengan muka tak malu.. heheh

    ReplyDelete
  4. Anymz
    Ku tunggu cheese cake mu...hihi
    Datang le sini..ada lagi FM dua tiga .

    Leez
    tu le..best kan.Kat Bahrain just jalan2 sekitar hotel je..tapi ok jugak le.


    Hann
    rindu kat hann jugak..
    mengharap kalau anymz buat cheese cake dia hulur2kan kat kita...:)

    ReplyDelete
  5. wah bestnya baca perjalanan akak... menarik sangat, lady jengah website pototravel tadi hehe.. tak sabar nak baca sambungan...
    :)

    ReplyDelete
  6. Lady
    akak kena minta percent dgn poto lah kalau mcm ni, sb scara tak lansung promote their travel...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...