Saturday, 13 November 2010

Turkey : Bursa

Kami tiba di BURSA pukul 7.30 pm...dah malam. Sampai saja di hotel kami terus makan malam. Kami tinggal di Hotel Kervansaray. Makanan di hotel ni best juga...pasta & lauk nya semua sedap-sedap. Yang paling best...dessertnya yang di panggil baklava. Bermacam-macam jenis ....walaupun manis, tapi sedap. Begitu juga dengan buah-buahan...segar-segar . I like...
Setelah makan kami di beri kunci bilik masing-masing. Keychain nya unik sekali...dari tembaga, berat!!!! Boleh buat senjata kalau dalam bahaya..hihi.
my son's room....bilik kami pun sama macam ni.



Pemandangan di depan Hotel Kervanseray BURSA.


Keychain no bilik 611


Turkish dessert...baklava.

makanan aku pada malam tu...maksudku salah satu...hihi


Ku cuba semua dessert ni...manis!!


Permandangan dari bilik hotel.



Selepas solat & mandi, kami keluar sekejap jalan-jalan sekitar hotel. Bandar BURSA tak le sibuk sangat...di lihat dari trafiknya . Kami jalan-jalan sepanjang jalan berdekatan hotel kami. Udara makin sejuk. Banyak kedai-kedai pakaian di sekitar sini. Banyak pilihan baju sejuk ...cuma kami tak sempat nak memilih, kedai-kedai dah mulai tutup.
Di depan hotel ada mini market...kami ke sana untuk membeli air mineral & makanan ringan. Bestnya di Turkey, kami tak perlu risau tentang halal atau haram...semuanya halal...Insya Allah.

Kedai pakaian

Lihat le sayur-sayurannya...segar-segar semuanya.



Patutlah tour guide kami, Mr.Bulent Sahiner selalu cakap, tomato & timun di Malaysia...lousy tomato & cucumber, itu yang selalu dia sebut. Mula-mula tak percaya ( mamat ni saja nak mengata kita) ...rupa-rupanya betul, tomato & timun di sana jauh lebih baik & segar. Kena lah menerima kenyataan itu.

Di depan hotel kami ada statue orang berkuda..tertulis nama Osman Gazi...mungkin pahlawan mereka. I've no idea...kalau siapa-siapa tahu ...please let me know...ok.

Balik dari jalan-jalan...kami terus tidur sebab besok pagi-pagi kami dah kena check out....untuk meneruskan perjalanan kami.

N3 berikutnya pasal Green Mosque....tungguuu!!

P/S : dah dapat info from Pakcik google tentang Osman Gazi...ikuti cerita ringkas tentang beliau..yang sempat di copy paste.

The founder and the first sultan of the Ottoman Empire, Osman, was born in 1258 AD in Sogut, near Bursa. He was one of the three sons of Ertugrul Gazi, and his mother was Hayme Hatun. Osman Gazi was only 23 years old when he took the control of Kayi Clan in Sogut and than ascended the throne after the death of his father, ruling for 27 years until his death in 1326.
After his ascension to throne, he gathered several Turcoman groups around himself and fought against Byzantines, collaborating with Alaaddin Keykubat of the Seljuks. When the Seljuk Empire remained rulerless after the exile of Alaaddin, Osman Gazi reunited them under his rule in 1299 marking the history as the foundation of the Ottoman Empire.

8 comments:

  1. sukanya tengok kunci bilik tuh.. :)

    ReplyDelete
  2. sama ajer itinerary kita kak.
    hotel pun sama.

    ReplyDelete
  3. hann
    tak risau kalau kena kejar anjing..kalau baling kat anjing sure meninggal punya...hihi

    Leez
    sama je leez..hotel pun sama kan.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap betul makanan kat sana.. ehehe.. yang kunci bilik tu uniknya hehe

    ReplyDelete
  5. Lady
    akak semuanya boleh makan..hihi

    ReplyDelete
  6. salam. akak gune tour agency from malaysia ker, turkish? brape hari n berape bayer? thanks.

    ReplyDelete
  7. i'm ulya
    wsalam..
    akak guna POTO travel (malaysia)..ulya boleh search google.
    10 hari dan waktu tu RM 5100/person...ada promotion musim luruh.
    Tapi akak rasa sgt2 berbaloi sebab besttt sgt kat sana :)

    ReplyDelete
  8. i'm ulya
    wsalam..
    akak guna POTO travel (malaysia)..ulya boleh search google.
    10 hari dan waktu tu RM 5100/person...ada promotion musim luruh.
    Tapi akak rasa sgt2 berbaloi sebab besttt sgt kat sana :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...