Thursday, 18 November 2010

Turkey : Grand Mosque, Bursa




Pemandangan dari depan masjid.


Grand Mosque ( Ulu cami) terletak tidak jauh dari Green Mosque. Cuma ambil masa 10 minit dengan menaiki bas. Cuaca agak sejuk. Menurut Tour leader kami (Mustapha Mansor) bateri kamera akan lebih cepat berkurang bila cuaca sejuk. Ini yang tak suka ni... ..almaklum saja lah kalau tak ada kamera...rasa tak bermakna lah. Berharap agar bateri tak habis, sebab masih jauh perjalanan kami selepas ini.


tempat wuduk....sejuknya air !!



Kepala paip yang menarik


Masjid ini di bina oleh atas arahan Sultan Bayezid I pada tahun 1396-1400. Senibina nya adalah senibina awal Ottoman tapi lebih mengikut style senibina Seljuk. Menurut tour guide kami, Mr Bulent Sahiner, sultan Bayezid telah berjanji akan membina 20 masjid jika mereka menang perang. Mereka menang tapi peruntukan untuk membina 20 masjid tidak mencukupi. Jadi sultan telah mengarahkan membina 20 kubah. Masjid ini mempunyai 20 kubah & 2 minaret.



Kubah...ada 20 kubah


Mendengar explaination dari Mr Bulent...sewaktu aku berada dalam bas aku mula mencatat semua yang Mr Bulent telah explain. Kadang-kadang terlupa take note. Mr Bulent ini sangat expert dalam sejarah...semua dia tahu. Kagum...


Ada fountain dalam masjid ni. Kanak-kanak memanggil masjid ni mosque with pool. Sebenarnya tempat ni adalah tempat wuduk. Di setiap dinding di lukis dengan callighaphy.


mihrab

mimbar
Masjid ini agak berlainan dari masjid-masjid lain kerana tidak menggunakan tile untuk hiasan dalamannya. Masjid ini di design dengan calligraphy di segenap dinding masjid. Calligraphy ini perlu di repainting setiap beberapa tahun sekali. Alasan kenapa tidak menggunakan tile adalah faktor biaya yang tidak mencukupi pada masa itu.

Gambar kami di depan Grand Mosque...bantuan Mustapha.
Thank you Mus.


Kami beredar dari Grand Mosque menuju ke Silk market pula. Silk market cuma bersebelahan dengan Grand Mosque. Cuma berjalan kaki saja. Nanti cerita tentang silk market pula di next entry ....
Klik sini untuk Silk Market.












5 comments:

  1. cantiknya tempat wuduk tu kak..air jernih betul...huwa masa ni cuaca macam mana kak? sejuk ye?

    ReplyDelete
  2. susahnya nak buka dan nak baca....hihihi...belum sempat selajar...

    ReplyDelete
  3. lady
    waktu pagi sejuk juga le...kalau wuduk pagi2 tu..sejjjjuuukk..ketaqq


    Mawar
    selamat belajar ye :))

    ReplyDelete
  4. i like ur blog space, kasihredha.
    was in Turkey last year. loved the place but we did not go to Bursa..
    hey what a coincident, our tour guide was also Mr Bulent. funny guy :))

    ReplyDelete
  5. Kalavathy
    Thank you.
    You're right, Mr Bulent was funny, helpful and knowledgable guide.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...