Monday, 15 November 2010

Turkey: Green Mosque,Bursa





Sebelum bercerita tentang Green Mosque ( masjid hijau) ...cerita dulu pasal Osman Gazi yang aku ceritakan dalam entry sebelumnya. Aku yakin tour guide ku sudah menceritakannya kepada kami. Cuma mungkin waktu tu aku agak blur tentang sejarah Turkey...mungkin juga dengar sambil lalu saja. Atau juga aku tertidur waktu itu....hihihi.


Cerita sedikit pasal habit ku ini...sejak dari kecil, bila naik saja kereta aku terus terlelap. Adik beradik aku semua dah tahu habit ku ini. Nak kata bad habit pun boleh ...good habit ( bagi ku) pun boleh juga. Tapi sebelum ke Turki aku berazam untuk tidak tidur...untuk menikmati pemandangan yg indah di sana setelah aku lihat blog Leez...teman blogger. Dalam usaha gigih untuk tidak tidur sepanjang perjalanan...tapi aku tetap tertidur juga. Kadang-kadang jelas suara tour guide ...kadang-kadang tidak...hihihi...kalau sudah sayup-sayup itu bererti mataku dah separuh tertutuplah.


Yesil Mausoleum

Setelah solat subuh & sarapan pagi...kami bertolak ke Green Mosque. Masih gelap lagi waktu tu. Orang- orang berjemaah di masjid tersebut pun baru saja selesai solat subuh.




Sepanjang jalan menuju Green Mosque...kedai-kedai masih belum buka lagi

Green Mosque



Green mosque = Yesil Cami (sebuatannya Yesil Jami) di bina oleh Mehmet I antara tahun 1419 dan 1923. Dipanggil Green Mosque sebab kebanyakan tile yang digunakan adalah bewarna hijau & biru. Pernah terjadi gempa bumi pada tahun 1855 mengakibatkan kerusakan pada masjid.




Di hadapan Green Mosque


Masjid tidak besar seperti Haya Sofya atau Blue Mosque...tapi yang menariknya adalah architecture nya. Kami di perdengarkan bacaan Al Fatihah oleh imam masjid tersebut. Wauuu...aku kagum. Tanpa mikrofon, suara imam itu sangat jelas dan bergema di seluruh masjid. Betapa hebatnya arkitek yang mencipta masjid ini.


Tile yang sungguh indah ...cannot imagine pada zaman tersebut mereka dah ada tile yang secantik ini.




Hiasan dalam masjid


Kubah masjid






Our tour guide...Mr Bulent sedang memberi penerangan tentang masjid ini. Penjelasan yang detail. Lihatlah carpet di masjid ini...sangat cantik. Makin lama, carpet ni akan makin cantik.



Hiasan di dinding masjid




Ini pula tempat solat sultan. Berada di tingkat atas. Tidak dibuka untuk umum.




Lampu lama...masih ada sampai sekarang.



Ada kolam di tengah-tengah masjid. Pada mulanya kami ingat tempat berwuduk, tapi ternyata hanyalah untuk hiasan.




Tile hijau di dalam masjid

Renovation sedang dilakukan di masjid ini.

Tempat solat untuk wanita biasanya terletak di belakang...tapi di masjid ini terletak di kiri & kanan masjid.






Pintu depan masjid




Keluar dari masjid...hari dah cerah.

Gambar ni diambil oleh Mustapha Mansor, tour leader kami.



Mus ni banyak berjasa pada kami dalam pengambilan photo bertiga. Kalau tak sure cuma berdua saja.



sekitar masjid

Satu lagi gambar yang di ambil oleh Mustapha.




kedai-kedai berdekatan masjid...kedai2nya cantik2.




kedai yang belum di buka



menuju ke bas



teringin nak duduk-duduk kat restoran-restoran ni. Tapi tak punya cukup masa. Bas kami dah sedia menunggu.

Bas kami di sana....bas Renk United Travel




Seterusnya kami menuju ke Grand Mosque pula...tak jauh dari sini....next entry ye...gule-gule ( bukan sweet ya....maksudnya bye-bye dalam bahasa turki)





11 comments:

  1. alahai... sonoknya laaa dgr semua cite perjalan akk di negara org... macam biasa semua pic mmg cantik dan menarik!

    ReplyDelete
  2. TQ mas..pics mas pun apa kurangnya..akak pun suka tengok & sentiasa follow.

    ReplyDelete
  3. sukerrr... ;)
    piccas cantik2..
    percutian yg menyoronokkan..
    hhhmmm bila nk terjah yerrr (hehehe ntah sampei ke tidak)

    ReplyDelete
  4. TQ nureen
    Jomm...terjah!! Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. cantik dan uniknya masjid tu kak...gambar2 akak snap lawa2 la...

    ReplyDelete
  6. Lady
    di Turkey masjidnya semua cantik-cantik...tile nya pun menarik padahal di bina sekitar abad ke 15.Hebat tamadun Islam waktu tu.

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya kak.
    bestnya akak post gambar2 kat sini..insyaAllah suatu hari nanti pasti akan jejak kaki ke sana jugak..da masuk negara ni dlm list..

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya kak.
    bestnya akak post gambar2 kat sini..insyaAllah suatu hari nanti pasti akan jejak kaki ke sana jugak..da masuk negara ni dlm list..

    ReplyDelete
  9. Anymz
    selamat hari raya juga nymz..
    masak sodap2 yo..
    Insya Allah, suatu hari anymz juga akan ke sana.

    ReplyDelete
  10. hello... nie along nk test comment.. hihihih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...