Wednesday, 24 November 2010

Turkey : Pamukkale




Pamukkale...pamukkale...pamukkale...Waktu pertama kali, susah sangat hendak sebut "Pamukkale" . Apa dah jadi dengan lidahku??? Lidah Melayu. Cappadocia juga susah untuk disebut. Pamukkale dikenal juga dengan Cotton castle. Pamuk bererti kapas dalam bahasa Turki dan kale pula bererti benteng. Di panggil kapas mungkin kerana bewarna putih dari batuan karbonat.



Heater di lobby hotel


Kami tiba sudah malam sekitar pukul 7.30 pm. Kami menginap di Lycus River Thermal & Spa Hotel . Menurut Mr. Bulent Sahiner hotel ini merupakan 5 star hotel. Poto travel sudah upgrade pakej untuk Turkey .





Ini bilik kami...bilik my son pun sama macam ini.




Toilet


Kolam renang ...pemandangan di waktu malam. Tapi tidak ada yang berenang kerana cuaca sejuk

Kolam air panas..semulajadi.



Ramai orang-orang Jepun yang mandi di sini...kami tak join...malu...hihihi ..
Kami tidur awal sebab esok pagi-pagi lagi kami kena bertolak.




Banyak bunga mawar...berbagai warna
~
~
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami memulakan perjalanan kami setelah breakfast. Kami menuju ke kolam air panas bertingkat yang menakjubkan...Pamukkale. Pertama memandang....cuma mampu berkata...wauuu...Subhanallah. Betapa indahnya ciptaan Allah. Berbaloi perjalanan jauh kami (selama 9 jam). My back pain...no more !!! Teruja !! Putih...seperti salji...sebetulnya ia terbentuk dari batuan karbonat.




Dulunya di sini merupakan kota kuno Heirapolis yang telah runtuh akibat gempa bumi pada tahun 1324. Sebelum masihi Raja Pergamon telah mendirikan SPA & pusat rawatan di sini. Bayangkan dah sudah ada spa sejak sebelum masihi , hebat.



Runtuhan Kota Heirapolis


Peninggalan heirapolis yang runtuh


batuan karbonat...


sewaktu kami tiba matahari mula muncul


Hot spring...bersuhu 37 darjah celcius.



Air mengalir ke bawah

sempat merendam kaki disini...membuang penyakit...hihihi



Air di sini kaya dengan mineral , ramai yang datang ke sini untuk rawatan kerana mereka percaya air di sini dapat mengubati beberapa penyakit.


The biggest SPA in the world

putih seperti salji



Rumput yang cantik


bunga liar yang tumbuh di sekitar



Antara runtuhan kota heirapolis



Tour Leader kami , Mustapha Mansor yang snap gambar ni.
Cover album terbaru kami....tolong!!! jangan pengsan dulu yea.
Baru nak perasan sikit....you all dah pengsan dulu...hihihi



Mustapha & my son





Best friend ....My son & Musthapa


Dari sini kami menuju ke Konya pula...tunggu...

klik sini untuk 

Makan-makan di Pamukalle
Konya






4 comments:

  1. salam kak kasih.
    bestnyaaaaaaaaaa
    itu yg dapat kita ucapkan..speechless bila tgk gamba2 tu.beruntung dpt melancong ke sana time2 cenggini kan?

    ReplyDelete
  2. sungguhlah seronok kalau dapat duduk di pangkin sambil goyang kaki .. apatah lagi kalau dalam ayaq..

    ReplyDelete
  3. kenapa sy tgk akak jarang letak pic akak kat sini?
    malu ke? heheheh

    ReplyDelete
  4. Anymz
    ok le..alhamdulillah.


    Hann
    ya betul..cuma masa tak cukup..
    waktu rendam kaki dlm ayaq tu ok le..best
    tapi lepas tu sejuk ketaq :)


    Leez
    Panjang jwpn nya...hihi
    sebab akak yg pegang kamera..so gmbar anak & husben yg byk..
    Malu? oh tidak...akak memang pantang tengok kamera..hobby.
    Biar le anak akak yg jd hero pulak sesekali...cian dia, asyik2 gambar mak dia jer..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...