Friday, 17 December 2010

Dungun

Pada akhir bulan November yang lalu kami ke Dungun untuk melawat anak kedua kami yang sedang menjalani SPM ketika itu. Kami ke sana hari sabtu sekitar 7.30 pm setelah selesai kerja. Dari tempat kerja terus bertolak ke sana. Anak kedua kami ni ( Aqi ) sekolah di Sek Men Imtiaz Dungun. Kami jarang sebenarnya dapat visit Aqi kerana jauh. Aqi yang selalu balik...kalau ada cuti dua hari pun dia akan balik KL. Kami tiba di Dungun sekitar pukul 1 pagi.




Ini pemandangan Petronas di Kerteh waktu malam. Kami melewati kawasan minyak ini sebelum sampai ke Dungun.



Di limpahi cahaya lampu.


Kerteh


Kami check in di Ulek Beach Resort.
Biasanya kalau ke Dungun kami akan menginap di Hotel UITM tapi penuh.


Resort ini ok...bilik ok, facilities pun ok...ada swimming pool, ada jacuzzi dan lain-lain.
Cuma sikit je yang kurang...hehehe
Makanan (breakfast) di sini kurang best. Mungkin kita punya expectation tinggi, sebab harga per night kat sini setaraf dengan hotel E*****rial.
Anggaplah ini cuma comment membina saja ye...kalau-kalau lah pihak resort terbaca entry ini.


Jacuzzi kecil di dalam bilik air.


Ada swimming pool.



Kebetulan malam tu bulan penuh....best sangat.
Lepas check in, kami keluar cari makan. Masih banyak warung yang belum tutup.
Kami makan roti canai di saksikan rembulan dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa ( fuhhh...ini ayat kakak saya punya ni...ayat orang sastera). Warung ni terletak betul-betul di tepi pantai.


Ombak tinggi juga malam tu, melepasi benteng.


Ulek Beach Resort


Pemandangan di siang hari


tempayan tempat mencuci kaki











makanan yang disediakan



pantai di seberang jalan je



Pantai di depan resort











bunga di tepi pantai


bukti telah sampai di sini...tapak kaki bersama buih-buih ombak




rumput pantai



rumput di atas..kalau dah kering akan diterbangkan oleh angin. waktu kecil dulu suka main kejar-kejar dengan rumput ni.


Taufan kecil di tengah laut...sekitar pukul 1 pm. Waktu tu mendung nak hujan.
Sayang kamera tak boleh zoom jauh.



Nasib baik tak ada perahu nelayan...

Kami ke sekolah Aqi pukul 11 am...setelah Aqi habis kelas. Cikgu dia buat kelas tambahan saat akhir. Esoknya Aqi exam matematik. Bawa Aqi keluar makan.


keropok lekor...bagi yang tak kenal...hihi



Nasi dagang

Kami makan di sekitar sekolah Aqi juga, di tepi pantai. Makan nasi dagang. Tapi warung ni tak ada nama. Patutnya letaklah papan tanda "Warung Kak Su" ke ...atau "Warung Kak Kiah"...senang sikit, nanti kawan-kawan blogger saya nak datang...hihi.






Ikan Celup tepung pun kami makan juga.




Setelah bersama-sama Aqi, memberi kata-kata semangat...kami pun pulang ke KL semula.
Semua ibu dimuka bumi ini ingin anak-anaknya berjaya...Semoga berjaya di dunia dan akhirat.


10 comments:

  1. cantiknya resort ni...
    makanan pun nampak sangat sedap.
    windu nak jalang-jalang kat tganu..heheheh

    ReplyDelete
  2. Not bad gak hotel dia ye kak. Cantik semuanya gambar2 yg akak amik. suka tgk.

    ReplyDelete
  3. canteknya resort ni. thnks for sharing this ye.

    ReplyDelete
  4. 1.Hairan:macam mana boleh ambil gambar kat Kerteh(...tak tidur? -tanya dg nada yg amat pelahan)
    2.Tempayan tu teingat rumah mak besar....
    3.bestnya sempat tengok bulan mengambang...dah lama tak sempat menghayati...
    4.tinggal bukti di gigi air?huhuhu..habis digigitnya...
    sekian...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum tuan umah..
    berziarah di sini..pemandangan yang sangat cantik..ceria2 selalu bersama insan2 tersayang.

    ReplyDelete
  6. Saya suka tempayan dan pencedok ayaq itu.. suntau pasaipa, sungguh membuatkan saya mengimbau zaman dulu..

    btw, saya suka terengganu. Tak tau pasaipa, tapi sungguh suka.

    ReplyDelete
  7. Leez
    mkanan di reort tu kurang sedap...tp nasi dgang & ikan celup tepung yg akak mkn di warung tu sedap...next year Leez kan plan nak ke Perhentian..nanti singgah mkn ikan celup tepung k... :)


    Yan
    TQ yan...


    Ella
    Thanks singgah di sini.. :)


    Mawar
    hehehe tak percaya?
    PERCAYALAH...

    Sal
    Waalaikumussallam
    TQ singgah..jgn lupa jadi follower ye...hihi


    Hann
    akak pun ingat waktu kecik2 dulu..rumah moyang akak & guru mengaji ada tempayan unk cuci kaki spt ini :)

    ReplyDelete
  8. biler nak lawat abang lak umi?? hihih

    ReplyDelete
  9. abggg...
    boleh mama ikuttt...hihihi

    ReplyDelete
  10. Salam kak, salam perkenalan.. Saya biasa makan jugak kat sini .. nama Saya Namakan Restoran Damai..sebab berdekatan ngan Homestay Damai,,,saya 3 tahun lebih duduk kat dungun..sebab husband kerja kat SMSD.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...