Monday, 6 December 2010

Turkey; Masjid Ayub Al Ansari




Makam Ibnu Ayub Al Ansari

Kami meneruskan perjalanan setelah lunch ke Masjid Abu Ayub Al Ansari. Abu Ayub adalah sahabat Rasulullah SAW dan yang sangat disayangi oleh Rasulullah SAW. Di antara kisah menarik Abu Ayub Al Ansari ialah:

Beliau pernah menjadi jiran Nabi Mohammad dan Rasulullah SAW pernah tinggal di rumahnya sewaktu rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Ayub Al Ansari sangat sayang pada Rasulullah. Sering mendahulukan Rasulullah SAW dalam apa jua keadaan .


Hatiku bergetar semasa berada di dalam masjid ini....mengenang betapa besarnya jasa Abu Ayub al Ansari di dalam usaha mengembangkan panji Islam di kota Contantinaple ( Istanbul).
Dan aku bersyukur kerana berpeluang menziarahi makamnya yang selama ini aku cuma membaca dari buku kisah kehebatan beliau.

pintu masuk masjid
Abu Ayub al Ansari telah menghabiskan kebanyakan dari hidupnya untuk menegakkan syiar Islam. Beliau sering bersama mujahid Islam yang lain di dalam medan peperangan demi agamanya Islam . Dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah zaman Muawiyyah. Perangnya yang terakhir adalah di zaman Muawiyyah ke atas Constantinaple sewaktu usianya menjangkau 80 tahun. Semangat jihad yang ditiupkan oleh Abu Ayub telah menyemarakkan hati para mujahidin yang akhirnya memberikan kemenangan kepada tentera Islam.



Dinding tile biru


Tapak kaki (foot print) nabi Mohammed

(marble stone and framed in silver lays embedded in the wall that faces the direction of prayer)



Pemandangan dari dalam masjid
Cantik nya tile dalam masjid ini


Tempat wuduk

Mr. Bulent Sahiner memberitahu kalau tiba di masjid ini, ada bau busuk itu datangnya dari najis binatang untuk Aidil Adha yang banyak di sekitar masjid.



anak kecil perempuan yang sungguh comel .
Kebanyakan Turkish semua comel, aku suka melihat mereka..Subhanallah.


pemandangan dari luar masjid

Banyak makam disini dan batu nisannya besar dan berbentuk unik



3 comments:

  1. Berapa hari akak travel ke bumi turkey ni kak? Banyak benar tempat yang dijelajahi. Best pulak tu

    ReplyDelete
  2. Cantiknya masjid ni kak.. Teringin saya nak pegi. INSYALLAH one day..

    ReplyDelete
  3. Hann
    10hari 8 malam :)


    Yan
    Insya Allah Yan..
    semoga dpt ke sana satu hari nanti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...