Sunday, 26 December 2010

Pasta Goreng & Cucur Labu

Bahagianya kalau dapat selalu cuti 2 hari ( sabtu dan Ahad). Jadi boleh lah selalu masak..kan..kan !Hari ini kami breakfast pasta goreng (small shells) dan cucur labu. Hormon memasak tengah bagus sekarang ni...hihihi.
Kalau pasta goreng akak lebih suka small shells berbanding makaroni . Alasannya : daging cincang akan berkumpul dalam shell tu, bila makan dapat menikmati daging dalam shells tu (menyatu).



Pasta(small shells) Goreng


small shells yang belum di goreng.
.
.
Bahan-bahan:
1 paket small shells
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 sudu cili mesin
250 gram daging cincang
sos tomato
sos cili
kicap masin
kicap manis
Daun sup..potong kecil2
cili api atau cili merah potong kecil2
parutan cheese
.
.
Cara-cara:

Blend bawang besar + ulas bawang putih .
Rebus pasta dalam air mendidih yg dicampur sedikit minyak lebih kurang 10 minit
Tumis bahan yang di blend sehingga naik bau
Masukkan cili mesin dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan daging cincang
Masukkan pula sos cili dan sos tomato secukup rasa
Masukkan kicap masin & manis ...kalau kurang masin tambah garam.
Masukkan pasta...kacau hingga sebati
Bila dah masak letak daun sup & cili di atas
Lebih sedap lagi kalau di makan dengan cheese.

Cucur Labu
Bahan-bahan:
1 mangkuk labu parut
1 mangkuk tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
air
gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
.
Cara-cara :
Campur semua bahan2 diatas...air agak2 agar boleh dibentuk dengan jari jemari atau sudu.
Goreng dalam minyak yang banyak.

sebelum di goreng
Sebenarnya kalau buat cucur, cucur apa2 pun akak tak pernah pakai ukuran, main masuk2 dan agak2 je....hihihi







:-) keep smiling


8 comments:

  1. Salam kak,

    tak penah lak pulak makan cucur labu ni. Biasanya buat pengat. Nnt nak coba lah..

    ReplyDelete
  2. waduh..waduh..sungguh enak sekali..siap ada resepi lagi..hari minggu ni pula kak sal menghadiri bnyk kenduri..advantage..xpayah masak..huhu..

    ReplyDelete
  3. Sedapnye kak.. jarang saya guna pasta ni untuk digoreng. boleh try jugak nanti. Cucur labu tu sedap dan lembut. Best!

    ReplyDelete
  4. yan
    Pengat pun bestkan..
    bolih buat lepat & sira juga.


    Kak Sal
    Cuti sekolah mmang banyak kendurikan kak...ok jugs tak pyah masak.


    Hann
    pasta ni best kalau tabur parutan cheese kat atasnya...:)

    ReplyDelete
  5. akak..kebetulan baru 3 hari lepas saya beli small shell..first time beli.. :)

    ReplyDelete
  6. Sue
    dah masak belum?..kalau dah kongsi ye

    ReplyDelete
  7. cucur yang amin agak2 tu yang sedap kan kak hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...