Thursday, 16 December 2010

Pengat Pisang



Pengat pisang merupakan makanan kegemaran arwah my father. Setiap kali makan pengat pisang mesti ingat pada arwah. Beliau sangat suka pengat pisang dan masih terbayang-bayang my father sedang makan...kusyuknya.
.
Walaupun dah 6 tahun pemergian beliau (12. 12 . 2004) tapi kadang-kadang terasa seolah-olah beliau masih ada....rindu!!
.
Walaupun makanan ini simple semua orang pun tahu buat, tapi layan je lah...mana tahu adik-adik atau anak-anak yang baru nak belajar masak perlukan resepi ini...kan..kan.
.
.
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
* 3 biji pisang nangka atau pisang tanduk atau pisang se spesis dengan nya
(buang kulit dan potong serong)
* 3 @ 4 cawan santan
* satu keping gula melaka atau gula putih
* sedikit garam
* daun pandan
.
.
Cara-cara
masukkan santan, pisang, gula melaka, sedikit garam. dan daun pandan. masak hingga mendidih. tambah gula jika kurang manis.
.
.
Cadangan lain:
Biasanya pengat dimakan dengan kuah tapi boleh dimakan juga dengan kuah yang sedikit...di atasnya di letak santan pekat (seperti gambar )
.
.
Santan pekat :
1/2 cawan santan pekat di masak dengan
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
dan garam.
kacau hingga pekat.




keep smiling




:-)

6 comments:

  1. alahai..

    teringat pulak kat arwah ayah. Memang suka pengat pisang atau keledek..


    sejak arwah meninggal tahun 1990; mak dah tak buat lagi...


    Al-fatihah buat mereka.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya buat minumpetang. Hubby saya suka sangat pengat ni...

    ReplyDelete
  3. aslmkm kak..selamat pagi...bestnyer pengat pisang....resepi pengat pisang makan dengan santan pekat tu dil kongsi ye..x pnh try pun..selalu buat pengat yg kuah byk tu je....

    ReplyDelete
  4. Rin
    sayu...


    Yan
    sedap juga kalau makan sejuk2 kan


    ummikhalish
    selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  5. huhuhu....sambil sapu mata....

    ReplyDelete
  6. mawar
    dilarang mnangis sewaktu mkn pengat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...