Thursday, 23 December 2010

Taman Negara : Canopy Walk , Bukit Terisek, Orang Asli & Rapids Shooting




Hari ke dua kami di Taman Negara, kami di bawa dengan boat panjang menuju ke Canopy Walk (Jambatan Gantung). Jambatan gantung yang sepanjang 530 meter ini terasa terlalu panjang buat ku...gara-gara takut jatuh...hihihi. Tapi sangat excited kerana dah lama nak naik jambatan ini. Ketinggian jambatan ni sekitar 50-60 meter. Yang paling mencabar adalah sewaktu menaiki tangga jambatan ini, curam sangat. Takut tergelincir...waktu itu basah baru habis hujan.


Taman Negara Pahang mempunyai hutan tebal berusia 130 jutaan tahun yang menyimpan 1,001 khazanah alam yang masih belum diterokai.


Untuk ke Canopy Walk kami terpaksa naik tangga....fuhhh...berpeluh jugalah bagi mak-mak yang dah lama tak olahraga ni...hihihi


Panjang....530meter


Paling mencabar...tangga curam...takuttttt



Anak-anak releks saja....maknya yang tak berapa nak releks....
sakit kaki, sakit badan....



Kami dibenarkan snap pics hanya di pelantar saja.
da beberapa pelantar diantara jambatan gantung ni


Selepas itu kami di bawa oleh guide kami, Muhammad Ammar mendaki bukit Terisek.
Bukit ni tak lah tinggi mana berbanding Gunung Kinabalu yang terkenal itu.
Tapi bagi ku....bukit ni tinggggiiiiii sangat...huhuhu



Mila ( anak abangku)
Kami berdua tak larat nak naik atas lagi....Nasib baik ada geng Baru 200 meter mendaki, akak dah tak larat...sakit kaki.

Akak dan Mila tunggu di bawah, yang lain meneruskan pendakian.

Waktu menunggu sempat lah snap pokok-pokok di kawasan situ .
Sambil tengok pacat juga.


Ini geng yang mampu bertahan tahap kedua.


Yol, Aqi & Ashlee ( dari Australia)



Geng ke tiga mampu sampai ke puncak Bukit Terisek


Naik seksa, turun pun seksa...licin sebab hujan.


Pemandangan di puncak Bukit Terisek


turun

Ini boat panjang yang kami naiki....best.
Di depan tu Mat Salleh dari Australia.
Akak yang paling belakang...


Kami pulang ke resort berehat &
makan siang di restoran terapung di sekitar Sungai Tembeling ini.


Di perkampungan orang asli yang pertama kami lawati..
.
.

Pukul 3 petang kami naik boat lagi untuk melihat kehidupan orang asli lebih dekat lagi dan ada Rapids shooting juga.


Dalam perjalanan ke perkampungan orang asli...kami basah kuyup kerana boat kami melawan arus...terpercik air...memang diaorang sengaja memastikan semua basah kuyup ( rapids shooting) Sayangnya tak dapat ambil gambar sebab camera semua kena simpan dalam bag plastik takut basah. Tapi acara ni memang best...enjoy sangat.


Ini guide kami Muhammad Ammar


Perkampungan orang asli yang kedua.



rumah orang asli


demo macamana untuk dapatkan api



hebat....dah nyala dah


menyumpit


Kami diberi penerangan tentang kehidupan mereka, cara mendapat api dan cara membuat sumpit.

boat panjang ni selesa juga...boleh berlunjur dan bersila.
Yang bestnya sempat tertidur...hihi



seperti biasa...tapak kaki sebagai bukti dah sampai di sini.



Sungai Tembeling



Keesokan harinya kami pulang dengan menaiki boat selama 2 jam. Tiba di jeti kami menaiki bas menuju ke KL.


Bye...Taman Negara...






6 comments:

  1. Kak Kasih,

    Kalau di bagi duit sekali pun, tak nak saya naik lagi jambatan gantung tu...


    tinggi dan gayat sungguh ! Ada yg sampai merangkak-rangkak dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. Azrina
    Betul tu reen, akak pun seram waktu tu...terutama bila ada bunyi krek kruk krek kat jambatan tu..:)

    ReplyDelete
  3. hahahah... best dow umi.. lagi tinggi lagi best.. haha

    ReplyDelete
  4. Shafwan
    no..no..
    lagi rendah lagi ok..
    hih hih hih

    ReplyDelete
  5. ohhhh...nasib mama long agak baik...hihihi

    ReplyDelete
  6. mawar
    sangat-sangat benasib baik...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...